Isnin, 20 Jun 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Agong lawat Pulau Pinang Jumaat dan Sabtu ini

Posted: 20 Jun 2011 03:22 AM PDT

Mutakhir

GEORGETOWN: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Pulau Pinang mulai Jumaat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Seri Paduka berdua dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 11 pagi dan disambut oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Sharif.

Tuanku Mizan kemudiannya dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri di sini sebelum berangkat bersama Tuanku Nur Zahirah untuk merasmikan sekolah agama Maahad Al Mashoor Al-Islami di Balik Pulau. Pada sebelah malamnya, Seri Paduka berdua akan diraikan pada majlis Santapan Menjujung Kasih Kerajaan Negeri di Hotel Equatorial di Bukit Jambul.

Majlis itu turut dihadiri Abdul Rahman dan isteri serta Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersama isteri Betty Chew Gek Cheng.

Pada Sabtu, Tuanku Mizan dijadual merasmikan Al-Khamsa Endurance Club di Taman Perbandaran Pulau Pinang pada jam 9 pagi sebelum menyertai Tuanku Nur Zahirah untuk menaiki Bukit Bendera pada jam 10.30 pagi.

Seri Paduka berdua akan menghadiri majlis santapan tengah hari di kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri di Seri Mutiara sebelum berangkat ke Terengganu pada jam 4.20 petang. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tujuh cedera apabila kereta kedutaan Perancis meletup

Posted: 20 Jun 2011 01:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BAGHDAD: Tujuh rakyat tempatan mengalami kecederaan selepas bom meletupkan sebuah kereta Kedutaan Perancis di selatan Baghdad hari ini, kata sumber Menteri Dalam Negeri dan hospital.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan