Khamis, 23 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Rumah rakyat berkualiti

Posted: 23 Jun 2011 04:35 PM PDT

Nasional

NAJIB ketika ditemu bual oleh deejay di konti One FM di Sri Pentas, semalam. - Foto Effendy Rashid

NAJIB ketika ditemu bual oleh deejay di konti One FM di Sri Pentas, semalam. - Foto Effendy Rashid

Projek di tapak TUDM peluang orang muda miliki kediaman

KUALA LUMPUR: Sebahagian tapak pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi akan dibangunkan dengan projek perumahan rakyat 1Malaysia (PRIMA) yang memberi peluang kepada golongan muda memiliki rumah mampu milik berkualiti berharga RM220,000 ke bawah selepas pangkalan itu dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan.

Projek pembangunan berkonsepkan perniagaan sosial untuk kepentingan negara itu antara inisiatif kerajaan menjayakan Skim Rumah Pertamaku yang bakal memberi manfaat kepada generasi muda berusia 35 tahun ke bawah dengan pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sudah berbincang dengan beberapa syarikat pemaju seperti Sime Darby, SP Setia dan Perbadanan Putrajaya untuk membolehkan projek perumahan rakyat berkualiti dibangunkan di kawasan berkenaan. "Projek itu tidak akan menjadi projek komersial, sebaliknya projek berasaskan model sosial bisnes dengan kerajaan menyediakan tanah... pemaju membangunkan perumahan berkualiti dan mereka perlu mengemukakan perancangan projek kepada kerajaan termasuk kos.

"Kerajaan akan melakukan analisis perniagaan untuk memastikan pemaju tidak membuat sebarang keuntungan tetapi pada masa sama tidak rugi. Saya harap kita boleh melaksanakannya sebagai program nasional," katanya dalam temu ramah bersama tiga penyampai radio One FM, Jack Yap, Jane Ng dan Nicholas Ong, semalam.

Temu ramah sejam bermula dari jam 7.30 pagi turut disiarkan secara langsung melalui saluran ntv7. Orang ramai bukan saja berpeluang mendengar jawapan Najib mengenai pelbagai perkara berhubung kehidupan peribadi serta dasar kerajaan, malah berpeluang mendengar celoteh anak Perdana Menteri, Norashman yang fasih berbahasa Mandarin.

Terdahulu, ketibaan Najib disambut Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin dan pegawai-pegawai kanan Media Prima.
1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan bagi melaksanakan projek yang boleh menjana peluang berimpak tinggi kepada ekonomi negara dipertanggungjawabkan mengubah wajah kawasan pangkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar kepada sebuah perbandaran baru bersepadu dikenali sebagai Bandar Malaysia.

Perdana Menteri berkata, Unit Khas di Jabatan Perdana Menteri akan mengendali pengagihan rumah mampu milik untuk memastikan ia dilaksanakan secara adil dan telus.

Menjawab soalan Nicholas mengenai kesukaran mendapatkan tanah di sekitar ibu negara untuk membangunkan projek perumahan, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu lebih imaginatif untuk mencari lokasi sesuai untuk melaksanakan program perumahan berkualiti dan mampu milik.

"Projek ini akan memberi manfaat kepada generasi muda dan sebagai kerajaan yang prihatin kita perlu memenuhi keperluan rakyat," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib mula ucapan dalam bahasa Kantonis di One FM

Posted: 23 Jun 2011 04:34 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: "San Tai Gin Hong Man Si Yu Yi". Demikian ucapan mesra Datuk Seri Najib Razak dalam bahasa Kantonis kepada pendengar radio dalam kunjungan sulung beliau ke konti One FM, stesen radio berbahasa Cina, semalam.

Ungkapan bermaksud semoga rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat serta sejahtera dan semoga semuanya berjalan lancar diucapkan Perdana Menteri sebagai mengakhiri temu ramah bersama tiga penyampai stesen radio berkenaan dalam program Morning Kaki yang turut disiarkan secara langsung di saluran ntv7.

Beliau turut memulakan ucapan dengan memperkenalkan diri dalam bahasa Kantonis. Perdana Menteri dilihat begitu teruja bertutur dalam bahasa Kantonis, malah lebih menarik kunjungan beliau ditemani anak bongsunya, Norashman, 20, yang fasih berbahasa Mandarin. Secara berseloroh Perdana Menteri memuji dirinya yang boleh berbahasa Cina walaupun tidak sempurna. "Ia tidak sempurna tetapi OK," kata Najib sambil disambut gelak ketawa mereka yang berada dalam konti.

Selain mengenai dasar kerajaan termasuk isu perumahan rakyat dan biasiswa, temu ramah turut menyentuh soal kehidupan Perdana Menteri bersama keluarga.

Menjawab soalan penyampai radio, Norashman menyifatkan bapanya seorang yang tidak terlalu tegas tetapi mempunyai harapan yang tinggi untuknya berjaya dan berharap dapat mencari isteri yang sempurna.

Dalam reaksinya Najib berkata, beliau menaruh harapan yang tinggi dalam apa juga yang boleh dicapai oleh anaknya.
"Saya harap beliau mendapat isteri yang baik... saya boleh pilih untuk dia," katanya berseloroh.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan