Ahad, 26 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


BN terus berjaya jika ahli berhemah tinggi

Posted: 26 Jun 2011 02:53 PM PDT

Nasional

NAJIB bersama Kayveas (enam dari kiri) dan perwakilan melaungkan 1Malaysia pada Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan PPP ke-58 di PWTC, semalam.

NAJIB bersama Kayveas (enam dari kiri) dan perwakilan melaungkan 1Malaysia pada Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan PPP ke-58 di PWTC, semalam.

Jenama terbukti masih laku, disanjung: Najib

KUALA LUMPUR: Jenama Barisan Nasional (BN) akan terus berjaya pada masa depan jika setiap ahli berhemah tinggi, sentiasa berbudi dan mendampingi rakyat kerana ia terbukti sebagai produk yang masih laku, diterima dan disanjung, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, selepas selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, BN memenangi sebahagian besar pilihan raya kecil dengan peningkatan majoriti, selain sekali lagi membentuk kerajaan negeri di Sarawak dengan majoriti melebihi dua pertiga walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi pembangkang. Beliau berkata, ia menunjukkan rakyat menaruh keyakinan dan pengharapan besar kepada BN dan berikutan itu tiada sebab ahli hilang keyakinan seolah-olah BN lemah atau bukan lagi jenama yang boleh dipasarkan.

"Kikis sebarang unsur negatif kurang keyakinan. Kita mesti yakin dan optimis BN mampu disokong serta diterima oleh rakyat, sekiranya polisi dan pelaksanaan dasar kita berjalan baik serta berkesan," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-58 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib juga berkata, kesetiaan sejati ahli dan paling bermakna kepada parti ialah apabila mereka tetap yakin serta kekal bersama dalam keluarga BN pada waktu senang dan susah.

Sambil mengumpamakan keadaan itu seperti dalam sebuah rumah tangga, beliau berkata, ada kala Tuhan akan menguji dengan memberi kesenangan dan kesusahan sama ada kurang pendapatan atau kuasa, tetapi mereka yang melepasi ujian akan berjaya serta mendapat keredaan.
"Jika kita yakin dengan matlamat perjuangan, maka dalam apa juga keadaan senang ataupun susah, kita tetap akan menghadapi pahit maung, memperbaiki segala kelemahan dan bangun dengan kekuatan baru. Kita tidak akan tunduk tertekan atau berasa kita berada dalam saf yang lemah hanya jika ada kesusahan menimpa.

"Mungkin kita kalah beberapa negeri atau kerusi kerana tidak padu sesama kita dalam parti sendiri atau di kalangan BN. Atau mungkin kerana kita terlalu selesa dibuai dalam zon selesa, berasakan kita cukup kebal dan kuat semata-mata kerana jasa serta budi kita begitu besar selama ini.

"Kita kalah mungkin kerana tidak bekerja kuat, tidak dahagakan kejayaan, kurang turun padang, kurang bertemu rakyat, kurang cuba menyelesaikan masalah rakyat dan kurang berinteraksi dengan rakyat," katanya.

Sebagai gabungan besar, Najib berkata, BN cuba berlaku seadil mungkin antara parti komponen dalam pembahagian kerusi pilihan raya, namun yang paling utama ialah memastikan BN memenangi pilihan raya dengan semua mesti menerima konsep calon mampu menang, sekali gus saling bertolak ansur supaya tidak berlaku sabotaj.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PPP sedia serah kerusi kepada parti komponen

Posted: 26 Jun 2011 02:51 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) sedia menyerahkan dua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada parti lain dalam Barisan Nasional (BN) bagi menjamin kemenangan komponen itu.

Presidennya, Datuk Seri M Kayveas, berkata berdasarkan landskap politik yang kian berubah, parti itu sedia berbuat demikian daripada menanggung malu akibat tidak mampu memenangi kerusi yang ditandingi.

"Suasana politik negara ini telah berubah, tidak boleh lagi kata kita boleh menang jika kerusi kawasan itu diberi kepada kita... PPP tak akan lakukan seperti itu, kita ikhlas... "Malah, jika Perdana Menteri kata Kayveas you (anda) tak perlu bertanding dalam pilihan raya akan datang pun, saya akan akur. Kalau BN boleh menang, kita (PPP) tidak dapat kerusi pun tidak apa. Kita akan tetap sokong BN, (dalam) keadaan sekarang kami tak kisah," katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat agung PPP oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.

Pada pilihan raya umum lalu, dua kerusi yang ditandingi PPP, iaitu Parlimen Taiping (Kayveas) dan Dewan Undangan Negeri Pasir Berdamar (Lee Heng), tewas kepada DAP. – BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan