Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 23 Jun 2011 03:00 PM PDT MukaDepan Sebagai ganti pelajar cemerlang SPM akan ditawarkan dermasiswa, pinjaman kerajaanKUALA LUMPUR: Mulai tahun depan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian peringkat prauniversiti, termasuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi serta A-Level. Sebaliknya, mereka hanya ditawarkan bantuan kewangan atau dermasiswa daripada kerajaan, manakala biasiswa JPA dikhaskan kepada pelajar pra universiti yang cemerlang dan mendapat tempat di universiti terkemuka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semakan semula dasar sedia ada perlu kerana kerajaan mendapati pemberian biasiswa pada peringkat SPM bukan idea yang sesuai kerana ia setaraf O-Level. Beliau berkata ini kerana pelajar yang cemerlang pada peringkat SPM tidak bermakna akan cemerlang apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti.Najib berkata demikian ketika menjawab soalan pemanggil dalam program temu ramah di stesen radio bahasa Cina, One FM, di sini semalam. Program dikendalikan penyampai radio, Jack Yap, Jane Ng dan Nicholas Ong, selama sejam bermula 7.30 pagi dan disiarkan secara langsung melalui saluran ntv7. Kajian semula menyeluruh dasar itu dibuat berikutan pelbagai rungutan berhubung pengagihan biasiswa JPA apabila ada pelajar cemerlang tidak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di luar negara sehingga timbul dakwaan wujud pilih kasih dan salah guna kuasa. Mengulas lanjut, Najib berkata dasar baru itu juga akan mengambil kira keperluan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara bagi mengelak kedudukan universiti tempatan dalam senarai universiti terbaik dunia terjejas. "Kerajaan cuba bersikap adil sepenuhnya dengan memberi peluang kepada pelajar luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak. Jika tiada dasar yang jelas, akan ada pelajar tercicir terutama dari luar bandar. Oleh itu perlu adil serta seimbang dan kerajaan sedang memikirkan formula yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan itu," katanya. Perdana Menteri juga berkata, kerajaan sedang membuat pemilihan pelajar yang tidak menerima biasiswa JPA untuk diberikan biasiswa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengikuti pengajian di universiti awam dan swasta dalam negara. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komennicho Satu keputusan baik dan adil untuk keseimbangan pelajar terutama pelajar luar bandar yang memerlukan pendidikan berkualiti. jeffly jepili saya kurang setuju dengan kenyataan bahawa mereka yang cemerlang dalam spm bila berada di pusat pengajian tinggi mereka tidak dapat meneruskan kecemerlangan seperti yang mereka kecapi semasa dalam spm, buktinya ada dikalangan mereka yang dari spm berjaya meneruskan kecemerlangan mereka sehingga adanya meneruskan pengajian mereka sehingga ke tahap Phd siti azrah pelajar sekarang teruk la, diaorg ingat kerajaan malaysia ni bapak dia punya ke... Alexanderjoe. Bagi saya keputusan PM adalah adil.dan saksama. mayati bte Bulin kenyataan ini boleh melemahkan semangat pelajar2 SPM kita... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
PATI daftar pemutihan tidak dihukum Posted: 23 Jun 2011 03:00 PM PDT MukaDepan PUTRAJAYA: Pendatang asing tanpa izin (PATI) dan majikan mereka yang mendaftar sepanjang tempoh dua minggu program pengampunan dan pemutihan mulai 11 Julai ini, tidak akan dikenakan tindakan undang-undang.Ini kerana program pengampunan dan pemutihan kali ini berbeza berbanding lima program sama sebelum ini berikutan dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta, majikan dan kedutaan asing, selain membabitkan pendaftaran biometrik. Justeru, semua majikan dan PATI diminta tampil mendaftar di semua pejabat Jabatan Imigresen di seluruh negara atau syarikat yang dilantik sepanjang tempoh dua minggu itu. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata selain tidak dikenakan sebarang hukuman, pendaftaran PATI adalah percuma, sejajar hasrat kerajaan untuk mengumpul data lengkap jumlah PATI di negara ini."PATI dan majikan yang mendaftar perlu menyerahkan segala data maklumat peribadi bagi dipertimbangkan untuk proses pemutihan pekerja. Oleh itu, mereka diminta merebut peluang itu kerana program ini adalah landasan terakhir untuk mendaftar PATI secara sah, sebelum operasi penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan secara besar-besaran," katanya semalam. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Pekerja dan Pendatang Tanpa Izin, mengumumkan bahawa mulai 11 Julai ini, kerajaan akan melaksanakan program pengampunan dan pemutihan PATI bagi memperkemaskan rekod, sekali gus mengurangkan kumpulan itu di negara ini. Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini. "Program ini diharap mampu mengurangkan jumlah PATI, sekali gus mengekang jenayah yang membabitkan mereka," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmangayau Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk mengurangkan PATI khususnya dinegeri sabah. Usaha yg jitu perlu diteruskan bukan hanya permainan politik semata-mata. kita harus berwaspada bermula dari sekarang keran kalau tidak kita akan di peritah oleh mereka suata masa nanti. tengok saja di daerah Sandakan, tawau lahad datu bilanganpenduduk asing lebih ramai dari penduduk tempatan. kejadian jenayah juga amat tinggi di kawsaan tersebut luqman. Sudah!!!!! kalau saya tahu saya biarkan pembantu rumah saya jadi PATI, tak perlulah saya jamin dia masa tu, ini saya kena bayar RM 3450.00, minta kurang pun dilayan macam tak layan, tak puas hati langsung. "Kita ikut undang2 en" Apa dia ingat saya tak ikut undang2, saya cuma minta kurang tak kan salah? dah lah tak bagi kurang 1 sen pun, buat kita macam bola "ini bahagian sana en ini bahagian situ" tu sebabnya kalau saya tahu ada pengampunan macam ini, sumpah saya tak akan bertindak lurus. Kita yang lurus jadi mangsa kena bayaran macam2, mereka yang bengkok kena bagi pengampunan, wajar kah?. Nak sokong pembangkang takut lagi terkangkang apa lah nasib saya sebagai rakyat Malaysia yang lurus. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan