Selasa, 28 Jun 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Mabuk punya hal

Posted: 28 Jun 2011 03:57 AM PDT

KULIM: Dua pendatang Myanmar bergaduh dipercayai mabuk selepas minum minuman keras yang berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat pergaduhan itu di Jalan Bayu, di sini, semalam.

Mangsa berusia 30-an yang belum dikenal pasti identiti disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Kulim selepas dikejarkan orang ramai yang menemuinya dalam cedera parah di depan kedai tempatnya bekerja.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang ramai berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di depan kedai terbabit kira-kira jam 8 pagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes Norish ditangguh

Posted: 28 Jun 2011 03:52 AM PDT

SHAH ALAM:Mahkamah Tinggi Syariah, di sini,menangguhkan perbicaraan kes hadanah (hak penjagaan kekal) pelakon, Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, pada 15 Disember depan.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menetapkan tarikh itu tanpa kehadiran Norish Nor'Asikin Karman, 36, selaku plaintif dan Hashimuddin (defendan) hadir ke mahkamah semalam. Norish mendirikan rumah tangga dengan Hashimuddin, 63, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Menanti, Negeri Sembilan, pada 11 Januari 1998 di Perlis.


Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, 15 Julai 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan