Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 Jun 2011 08:58 AM PDT MELAKA: Seorang warga emas ditemui mati di dalam sebuah bangunan kilang miliknya di Malim Jaya, dekat sini, tengah malam kelmarin selepas dilaporkan hampir dua bulan tidak berhubung dengan anaknya. Mayat mangsa dikenali sebagai Pang Kow Yong@Pang Teck Long, 63, dari Bukit Baru, dekat sini, ditemui mati oleh seorang anak lelakinya yang menetap di Singapura ketika mencarinya di kawasan kilang terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Wan Ahmad Wan Abbas ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut selain menunggu laporan penuh bedah siasat mayat mangsa yang dijalankan di Hospital Melaka, semalam.
"Kita mengesyaki mangsa terjatuh dari tempat tinggi ketika melakukan kerja pembaikan atap premis kilang itu dan mati," katanya yang tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia sejak beberapa hari berdasarkan keadaan mayat yang mengecut dan berbau.
"Mayat mangsa ditemui di dalam bangunan kilang yang berkunci dan tiada sebarang kesan pecah masuk dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah," katanya.
|
Pelatih dibotakkan satu kesilapan Posted: 25 Jun 2011 08:36 AM PDT ALOR SETAR: "Saya bagi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat meminta maaf kepada keluarga Hizyaty Othman. Saya percaya apa yang berlaku adalah kesilapan yang tidak disengajakan," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung mengenai kes Hizyaty Othman, 28, dan beberapa pelatih wanita lain yang dibotakkan ketika mendaftar diri untuk menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, bulan lalu. Chor yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, berkata beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian itu dan jika perlu, ambil tindakan terhadap pegawai yang bertanggungjawab.
Hizyaty dari Taman Berjaya, di sini, berkata dia amat terkejut dengan tindakan membotakkan kepala pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan