Selasa, 28 Jun 2011

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Konspirasi Bersih dan kultus

Posted:

Konspirasi Bersih dan kultus

Konspirasi Bersih dan kultus

Oleh Zaini Hassan

SEMASA Cuit ini ditulis, saya menerima SMS dari blogger Papa Gomo. SMSnya berbunyi: Salam, video Tulen Dato Johari Abdul PKR sahkan dan akui Anwar pelaku video seks di blog saya: http://www.papagomo. com.

Beberapa sahabat lain juga menghantar mesej yang sama. Bagi saya ia bukan cerita baru. Ia hanyalah satu penemuan baru yang dijangka keluar satu demi satu lagi mengenai kecurangan seks dan penyelewengan moral Anwar Ibrahim. Seperti yang saya katakan sebelum ini, seruan solat hajat daripada penyokongnya untuk menunjukkan kebenaran sudah terserlah dan sedang menjelma.

Semua orang yang telah melihat video seks itu mengesahkan itu memang dia. Malah pakar forensik video dari Amerika Syarikat pun memberi pengesahan 99.9 peratus itu adalah tulen dan sama dengan Anwar.

Oleh itu, apa lagi?

Pembangkang mati-matian akan terus mempertahankan Anwar, walaupun mereka tahu dalam video itu memang Anwar.

Tapi mengapa mereka terus menafikan?

Senang saja, kerana tanpa Anwar, habislah pakatan pembangkang. Samalah seperti tanpa Nik Aziz, habislah Pas. Tanpa Lim Kit Siang habislah DAP.

Pakatan itu sebenarnya terlalu rapuh. Kekuatannya bukan terletak kepada parti itu sendiri seperti BN, tapi bergantung kepada ikon yang telah dipuja supaya ia menjadi kultus peribadi atau cult.

Ikon kultus ini memang dahsyat pengaruhnya. Ingat lagi pada 18 November 1978, sebanyak 918 warga Amerika dan 909 lagi ahli sebuah pertubuhan sesat yang taksub kepada Jim Jones meminum racun atas arahan pemimpin mereka itu – untuk ke syurga.

Jim dalam rakaman suara sebelum mati berkata: ''Kami bukan bunuh diri, kami lakukannya sebagai tindakan revolusi membunuh diri membantah keadaan yang tidak berperikemanusiaan di dunia."

Para pengikutnya yang taksub kepada pemimpin itu semuanya mati, termasuk 303 anak-anak mereka yang dipaksa meminum racun sainida itu.

Banyak lagi kejadian yang sama berlaku selepas itu atas nama pemimpin, kultus peribadi dan ketaksuban. Teringat saya kata orang tua-tua: Seperti itik jawa pulang petang, seekor dilanggar lori, yang lain pun ikut sama.

Sampai sekarang pengikut Al-Arqam masih percaya yang pemimpin mereka Ashaari masih hidup!

Malah kini, kitab suci al-Quran pun sanggup ditafsir mengikut kehendak mereka bagi menjustifikasikan kebenaran yang dibawa. Ustaz-ustaz mentafsirkan mengikut kehendak politik. Diandaikan Anwar itu masih pemimpin UMNO, maka tafsiran al-Quran mengenai soal zina dan liwat akan menjadi cerita lain pula.

Begitu juga di Malaysia yang aman, damai lagi sentosa ini. Para pengikut parti pembangkang mahu menghalalkan cara dengan mengadakan demonstrasi jalanan ala-Reformasi bagi menjatuhkan kerajaan.

Mengapa? Senang saja jawapannya. Mereka mahu menyelamatkan Anwar bin Ibrahim. Anwar kini berada dalam peringkat akhir kes liwatnya terhadap Saiful. Anwar juga sudah tidak boleh berdalih mengenai pelakuan video seksnya.

Bagaikan orang bersalah, apa nak jadi, jadilah. Maka demonstrasi Bersih akan tetap dilakukan pada 9 Julai ini. Ia, kononnya atas nama untuk membersihkan sistem pilihan raya Malaysia.

Tapi baca pula kenyataan anaknya Nurul Izzah Anwar mengenai tujuan Bersih itu mahu diadakan:

''Rakyat perlu ambil semangat rakyat Mesir di Dataran Tahrir pada perhimpunan Bersih kali ini."

Itulah niat sebenar mereka. Bapanya sedang tersepit. Anak yang baik mahu menyelamatkan bapanya dalam apa cara sekali pun, walaupun satu dunia tahu mengenai perbuatan bapanya itu.

Itulah tujuan sebenar perhimpunan haram itu mahu diadakan. Ia bukan sangat soal pilihan raya yang bersih. Pilihan raya umum kita memang bersih sehingga mereka berjaya menang di lima negeri.

Apa yang mahu dilakukan ialah memporak-perandakan negara untuk menyelamatkan bapanya. Nurul Izzah mahu samakan Malaysia dengan Mesir, yang rakyatnya hidup dalam kemiskinan walaupun mempunyai sumber asli dan duit pelancongan yang besar.

Wahai Nurul Izzah, ironisnya Tun Dr. Mahathir Mohamad kini berada di Kaherah atas jemputan kerajaan baru negara itu hingga esok bagi berkongsi pengalaman Malaysia menjaga keharmonian selama ini.

Di Malaysia bukan macam Mesir. Di sini wahai Nurul Izzah, semua orang senang. Masuk di kampung rata-rata pakai kereta atau memiliki sekurang-kurangnya motosikal. Jika hari raya, kampung sesak bagaikan Kuala Lumpur, dengan kereta-kereta berjenama mewah. Orang Cina kaya-raya di negara ini. Tiada lagi dengar berita rakyat kita mati kebuluran. Memanglah ada yang miskin, tapi tidaklah seperti di negara lain.

Namun adakah kita sedar pula siapa di belakang yang memporak-perandakan negara-negara Arab sekarang. Yang peliknya negara-negara Arab yang akrab dengan satu kuasa besar tidak disentuh pun? Jordan misalnya, sampai sekarang aman (walaupun ada demonstasi tapi hanya kecil). Kuwait pun tiada apa-apa berlaku dan Arab Saudi sekutu kuat sebuah kuasa, juga aman damai.

Kuasa besar itu tahu siapa yang perlu diporakperandakan dan dipulas telinga. Kini giliran Malaysia pula? Sebenarnya cubaan oleh kuasa asing untuk menumbangkan kerajaan Malaysia telah berlaku semasa gelombang reformasi dulu. Cuba Nurul Izzah tanya dengan ayahanda Anwar apa hubungannya dengan rakan-rakan akrabnya di Amerika itu?

Selepas reformasi itu, Dr. Mahathir akhirnya turun secara sukarela tapi kerajaan BN yang mahu dihancurkan mereka gagal dijatuhkan. Di Indonesia, tempat bermulanya gelombang refomasi campur tangan asing itu, mereka bukan saja berjaya menjatuhkan Suharto tapi parti Golkarnya sekali turut tumbang.

Di Malaysia, pada 9 Julai ini satu lagi cubaan mahu dilakukan. Jika semasa gelombang refomasi di Malaysia dulu, pelbagai NGO diwujudkan melalui dana yang dibawa masuk oleh kuasa-kuasa asing, kini ia berlaku sekali lagi.

Saya mencabar pihak pembangkang dan Anwar menafikan fakta ini.

Apakah kerajaan kita tidak sedar dengan campur tangan asing itu? Jika sedar apa tindakan seterusnya? Baca di bawah ini:

WAKIL EJEN ASING TAJA BERSIH 2.0?

(1) AIDCNews (26/06/11) - Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi itu menaja dan menyokong Bersih di Malaysia.

"Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED", lapor laman NDI, www.ndi.org.

NDI adalah salah satu daripada empat cabang operasi NED.

Selain NDI, tiga cabang NED lagi adalah IRI (International Republican Institute), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (Center for International Private Enterprise).

Allen Weinstein, penggubal dasar undang-undang NED mengesahkan operasi NED adalah seumpama operasi CIA yang pernah dilakukan sebelum ini.

Anwar Ibrahim dari Malaysia, merupakan salah seorang pemikir NED, badan yang bertopeng demokrasi didalangi Yahudi itu. Klik http://www.anwaraidc.com/?p=1229 dan http://www.anwaraidc.com/?p=12122.

Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar sebelum ini pernah menunjukkan bukti surat Ketua Umum PKR itu memohon dana daripada NED untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12.

Surat bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim dengan alamat AIA di 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170 dihantar kepada NED beberapa bulan sebelum PRU-12. Klik http://www.anwaraidc.com/?p=11672 dan http://www.anwaraidc.com/?p=11627.

Hal ini diperkukuhkan lagi bantuan demi bantuan dari salah satu cabang NED, NDI yang membantu memperkasakan parti-parti pembangkang dan NGO-NGO Malaysia pro Anwar Ibrahim.

"Pada bulan Februari 2005, NDI melancarkan program di Malaysia untuk menggalakkan perbincangan terbuka mengenai perkara-perkara perundangan dan kerajaan serta untuk menggalakkan parti-parti politik supaya lebih telus, demokratik dan komunikasi dalam hubungan mereka dengan orang ramai.

"Program ini memupuk dialog antara parti-parti politik dan masyarakat awam (civil society) berkenaan isu-isu reformasi ke arah memperbaiki parti konstituen, mesej pembangunan dan kemahiran berkomunikasi," lapor cabang NED itu.

NDI mengakui pihaknya telah mengadakan bengkel-bengkel dengan kerjasama sebuah NGO Malaysia yang dinamakan REFSA, salah satu NGO yang menjadi anggota Bersih untuk melatih kepimpinan dan pengurusan organisasi Bersih itu.

Latihan NDI dijalankan secara berkala di Malaysia, mulai dari tahun 2005, 2006 dan 2007 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada tahun 2008.

REFSA adalah nama singkatan kepada Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Research for Social Advancement), sebuah NGO Malaysia yang beralamat di 4A, Jalan Sepadu, Taman Bersatu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang dianggap badan pemikir DAP, diketuai oleh YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP, Bukit Bendera, Pulau Pinang. Klik http://refsa.org/index.html dan http://en.liewchintong.com/?cat=13.

Selain REFSA, badan-badan NGO yang menganggotai Bersih adalah Amnesty International Malaysia (AIM), All Women's Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women's Aid Organisation (WAO), Writers' Alliance for Media Independence (WAMI), Majlis Peguam dan lain-lain.

Kebanyakan badan NGO di atas ditaja oleh dana Yahudi, NED dan Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang Yahudi, George Soros. Klik http://www.anwaraidc.com/?p=12272, http://www.anwaraidc. com/?p=13003 dan http://www.anwaraidc. com/?p=12615.

"Pada bulan Julai 2005, NDI menganjurkan bengkel peringkat kebangsaan kepada pemimpin parti untuk reformasi pilihan raya. NDI telah menjalankan bengkel-bengkel di seluruh Malaysia untuk menggalakkan reformasi pilihan raya dengan kerjasama REFSA, salah satu NGO yang menjadi urus setia Bersih.

"Pada tahun 2006, NDI menjalankan bengkel untuk Bersih yang memberi tumpuan kepada memperbaiki pelan tindakan setiap peserta atau parti politik organisasi tersebut.

"Pada tahun 2007, NDI dan Bersih mengadakan beberapa siri bengkel di wilayah politik yang diabaikan di Sabah dan Sarawak untuk mendidik semula aspirasi berpolitik," lapor laman NDI. Klik http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.

(2) BLOG The Unspinners: Selain penangkapan aktivis Parti Sosialis Malaysia di tol Sungai Dua Pulau Pinang pada pukul 5:45 petang hari sama, seramai 29 ahli PSM telah ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi Ledang.

Mereka terdiri daripada 27 kaum India serta seorang warganegara Korea dan Filipina.

Daripada maklumat yang diperoleh, lelaki Filipina itu bernama Romeo Castillo, 59 tahun dan berasal dari Manila. Dia datang sebagai tetamu PSM dan menyertai konvoi PSM sejak 23 Jun dari Semenyih.

Sementara itu, warga Korea bersama mereka itu adalah Min Young Song, 24 tahun. Dia adalah wakil NGO Korea Selatan, Pertubuhan 18 Mei di Korea. Dia hadir atas jemputan dan pembiayaan National Democratic Institute (NDI) dan Electoral Integrity. Dia sudah masuk sejak dari 19 Mac dan cop semula di Tanjung Kupang pada 1 Mei lalu.

NDI adalah satu organisasi daripada empat cawangan di bawah naungan National Endowment of Democracy. Untuk mengetahui mengenai NDI, baca AIDC http://www.anwar aidc.com/?p=13225.

Kebetulan ada ceramah DAP di Tangkak dan Gobind Singh, Dr. Boo serta beberapa ahli DAP datang melawat tahanan. Mereka masih ditahan di Balai Polis Ledang.

Kumpulan PSM telah mula membuat roadshow untuk memperomosi perhimpunan haram Bersih di bawah kempen "UdahLah Bersara" mulai 24-26 Jun. Mereka telah pergi Ke Johor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Roadshow ini diketuai oleh Setiausaha Agung PSM, Arulchelvam. Mereka telah mengedar risalah Bersih dan menyeru orang ramai turun pergi demo.

Semasa bas mereka ditahan, terjumpa t-shirt dan risalah yang mengagungkan komunis.

Kebimbangan keselamatan bukan setakat elemen komunis, tetapi juga elemen militan dari selatan Siam boleh menular masuk menerusi perhimpunan Bersih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penggabungan atau pengambilalihan

Posted:

Penggabungan atau pengambilalihan

Penggabungan atau pengambilalihan

TAN SRI DR. NORDIN KARDI ialah Penyandang Kursi Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris

CIMB dan Maybank seperti hilang selera untuk meneruskan pelawaan untuk mengambil alih atau bergabung dengan RHBCap, sebuah bank yang kelima terbesar di Malaysia dengan nilai pasaran melebihi RM7 bilion. Insiden kehilangan selera ini seperti berikutan daripada penjualan saham Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) kepada Aabar Investment.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar misalnya menyatakan yang penggabungan dengan RHB Cap di luar jangkauan Maybank dan berpendapat penggabungan itu tidak mampu mencipta nilai kepada syarikat.

Yang menarik ialah apabila berita kehilangan selera kedua-dua pembida itu tersebar, nilai saham-saham di Kuala Lumpur melonjak. Jika itu alasannya, kepada orang ramai, seolah-olah pertimbangan penggabungan atau pengambilalihan syarikat besar hanya dibuat atas perkiraan perakaunan perniagaan.

Berbeza dengan semasa akhbar Utusan Malaysia hendak diambil alih atau bergabung dengan Berita Harian, pembatalan inisiatif itu (sekurang-kurangnya setakat ini) adalah atas pertimbangan yang lain. Semasa berita penggabungan Berita Harian dengan Utusan rancak, saya ada juga dirujuk dan secara di belakang media saya ada juga turut memberi pandangan peribadi saya.

Melalui media saya telah menulis mengenainya di Utusan dengan memetik kes penggabungan Hospital Beth Israel dengan Hospital Deaconess yang terjadi di Boston, Massachusetts dan sering dijadikan perbincangan kajian kes penting apabila timbul tajuk penggabungan dan pengambilalihan di Sekolah Perniagaan Universiti Harvard.

Dalam hal pengambilalihan, persepsi awam selalu melihat sebuah syarikat yang besar dan sihat mengambil alih syarikat lain yang kecil atau syarikat yang juga besar tetapi sedang sakit. Hal ini berbeza dalam kes Hospital Beth Israel dan Hospital Deaconess. Kedua-duanya ialah penyedia perkhidmatan kesihatan yang sangat sihat, diurus dengan cekap dan urus niaga masing-masing menguntungkan.

Deaconess Hospital yang tertubuh pada 1896 mengamalkan tradisi Kristian Methodist untuk memberi perkhidmatan kepada mereka yang miskin berbanding Hospital Beth Israel tertubuh pada 1916 bertujuan memberi perkhidmatan kepada imigran Yahudi di tempat itu.

Kedua-duanya mempunyai tradisi yang berbeza. Beberapa bulan selepas penggabungan di bawah jenama Beth Israel Deaconess Medical Center (BIDMC), entiti baru perniagaan kesihatan itu mengalami kejatuhan perniagaan yang sangat teruk. Niat asal mewujudkan sinergi daripada penggabungan bertukar menjadi bencana yang mengancam tenaga kerja di kedua-dua organisasi.

BIDMC hanya bangun semula selepas Ketua Eksekutifnya ditamatkan perkhidmatan dan diganti dengan yang lain. Amat penting diperhatikan mengapa ketua eksekutif perlu diganti sedangkan ketua itu pernah berjaya membawa pulangan besar kepada syarikat?

Dalam kes kedua-dua hospital yang digabungkan itu, selepas mengalami krisis pasca penggabungan dan selepas ketua eksekutifnya diganti, organisasi itu terus belayar dengan lancar mencapai kejayaan demi kejayaan. Kini Hospital itu menjadi 'hospital pengajar' kepada Sekolah Perubatan Universiti Harvard dan mendapat pengiktirafan sebagai antara Hospital 'top' dari segi penerima dana penyelidikan sains bioperubatan.

Dengan menerima dana bernilai kira-kira AS$200 juta, penyelidik di BIDMC menjalankan lebih 800 projek penyelidikan dan lebih daripada 200 projek ujian klinikal. Hospital dengan entiti baru ini menjadi sebuah institusi yang sangat berprestij selepas krisis pasca penggabungan.

Meski pun ramai penganalisis penggabungan mengaitkan kekuatan hospital BIDMC untuk keluar daripada kejatuhan dengan kekuatan pemimpin baru bernama Paul Levy tetapi ramai juga yang mengaitkannya dengan banyak faktor yang lain.

Antara banyak faktor yang dominan dalam kejayaan dan kegagalan penggabungan atau pengambilalihan, faktor budaya mendapat tempat yang tidak kurang penting berbanding nilai ekonomi, nilai kewangan dan nilai perniagaan.

Prestasi hospital yang disebutkan menjunam apabila bertembung budaya imigran Yahudi dengan budaya Methodist Kristian. Bayangkan apa berlaku jika penggabungan Utusan dengan Berita Harian menjadi realiti?

Banyak cabaran muncul sebelum dan pasca penggabungan. Sebelum penggabungan menjadi realiti, warga kedua-dua organisasi akan resah gelisah. Soalan seperti 'di manakah tempat aku, selamatkah aku, apa kesannya kepada kerjayaku, apa jadi kepada keseluruhan hidupku' akan berlegar dan dengan serta-merta menghilangkan tumpuan tugas dan serta-merta juga menurunkan produktiviti organisasi.

Ini akan berlarutan dari sebelum sehingga pasca penggabungan. Kegelisahan dan keresahan ini akan dilayan oleh individu yang merasainya dengan pelbagai cara dan sedapatnya mereka akan menggagalkan penggabungan. Kepada mereka, sekurang-kurangnya organisasi yang sedia ada telah ada jasanya kepada diri sedangkan penggabungan tidak menjanjikan sesuatu yang pasti. Sesuatu yang tidak pasti selalunya menakutkan.

Senarai sangat panjang tindakan-tindakan pasca penggabungan selalunya amat menggerunkan. Kerja-kerja di luar 'rutin' tiba-tiba datang mencurah-curah sehingga moral warga jatuh menjunam. Ada yang merasa lumpuh melihat curahan tugas bukan rutin yang tidak henti-henti datangnya.

Dalam masa transisi kelincahan pergerakan penggabungan menuju ketenteraman dan kestabilan organisasi, warganya menjadi kehilangan arah. Wawasan pemimpin dan wawasan organisasi bercampur aduk dan kabur.

Soalan sama ada pengurusan akan bersikap eksklusif atau inklusif sentiasa berlegar. Adakah pengurusan baru akan mengambil kira kepentingan semua warga atau hanya mengutamakan kepentingan sebilangan warga tertentu sahaja? Soalan seperti ini amat meresahkan.

Ketakutan terhadap sesuatu yang tidak pasti mewujudkan sistem komunikasi yang bercelaru. Rujukan-rujukan dibuat kepada sumber yang salah yang biasanya berupa yang terdekat dengan perujuk. Dalam keadaan itu maklumat jarang tepat sehingga yang tidak benar menjadi benar dan yang benar menjadi tidak benar.

Konflik kesetiaan sama ada kepada pasukan pemimpin yang baru atau yang lama muncul secara mendadak. Mereka yang nostalgik dengan kemanisan lama akan menutup pintu hatinya kepada kepemimpinan yang baru walaupun yang baru itu mungkin lebih baik.

Desakan supaya organisasi baru ini supaya segera memberi nilai tambah kepada stake holder merupakan cabaran yang sentiasa mendesak. Istilah-istilah 'pencapaian selepas 100 hari' sangat memberi tekanan kepada warga.

Ketua Eksekutif mungkin memerah tenaga warga organisasi melampaui tahap optimum bagi membuktikan penggabungan itu tidak ada menunjukkan sebarang tanda gagal. Persaingan tidak sihat dan politik organisasi muncul dengan rancak dalam keadaan ini. Jika tidak diurus, organisasi menjadi sakit.

Demikianlah antara cabaran budaya bagi penggabungan dan pengambilalihan selain daripada semata-mata cabaran pada pertimbangan nilai wang, nilai ekonomi dan nilai perniagaan.

Semua aspek yang disebutkan memerlukan penambahan nilai. Meningkatkan nilai keselesaan, nilai keyakinan, nilai wawasan organisasi, nilai kesetiaan, nilai pihak berkepentingan dan nilai budaya keseluruhan organisasi? CIMB dan Maybank mungkin telah mengira terperinci aspek perakaunan dan pada masa yang sama tentu mereka juga mengira aspek budaya dalam mencipta nilai syarikat.

Saya telah mengutip pengalaman peribadi menggabungkan beberapa belas fakulti di Universiti Utara Malaysia kepada tinggal tiga (3) entiti baru yang dinamakan Kolej. Jika Ketua Eksekutif BIDMC harus pergi selepas penggabungan, mungkin saya telah mengikuti jejaknya. Namun Mahathir pernah mengingatkan lewat puisinya bahawa 'hanya yang cekal dan tabah akan menjadi bangsa yang berjaya'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan