Isnin, 27 Jun 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


26,800 hektar tanah diceroboh

Posted:

26,800 hektar tanah diceroboh

26,800 hektar tanah diceroboh

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 26 Jun – Kerajaan negeri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti penerokaan tanah kerajaan secara haram.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan mengikut undang-undang itu bagi membolehkan mereka yang terbabit dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, ini kerana siasatan pihaknya mendapati lebih 26,800 hektar tanah kerajaan diceroboh di negeri ini yang dikesan didalangi oleh sindiket tertentu.

"Kebanyakan tanah yang diteroka itu digunakan untuk tujuan pertanian dan perindustrian," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan ulang tahun kelima Pusat Pendidikan Al-Barakah di kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Sempena majlis itu, Zambry turut melancarkan buku Puasa dan Permasalahannya karya Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Mohd. Kazim Elias.

Lebih 600 peneroka mendakwa mengalami kerugian apabila Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Daerah Perak Tengah memusnahkan ladang pisang dan tanaman kontan di Sungai Tumboh dekat Seri Iskandar, Khamis lalu.

Operasi membabitkan 350 anggota termasuk PTG, polis, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan.

Zambry berkata, tindakan yang diambil PTG itu bukan zalim kerana pencerobohan tanah kerajaan negeri begitu serius sejak kebelakangan ini.

"Kerajaan tidak zalim dan menganiaya sesiapa kerana ia merupakan sesuatu yang serius jika tidak dibendung," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pulanglah berkhidmat di negara sendiri - Raja Muda Perlis

Posted:

Pulanglah berkhidmat di negara sendiri - Raja Muda Perlis

Pulanglah berkhidmat di negara sendiri - Raja Muda Perlis

Daripada ZAINU'L AZHAR ASHA'ARI


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (duduk, dua dari kiri), Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (duduk, dua dari kanan) dan Azizan Hamid (duduk, kiri) bersama 13 pelajar Perlis di Novotel, Bandung, semalam. - BERNAMA


BANDUNG 26 Jun - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta pelajar Perlis yang berada di luar negara termasuk Indonesia pulang ke tanah air selepas berjaya menamatkan pengajian masing-masing walaupun ditawarkan gaji lumayan di negara asing.

Baginda bertitah, pelajar terlibat mempunyai tanggungjawab besar kepada negara dan rakyat begitu memerlukan perkhidmatan mereka.

"Ingatlah kepentingan untuk berkhidmat kepada negara dan bangsa terlebih dahulu kerana negara kekurangan doktor ekoran pertambahan populasi dan hospital serta klinik," titah baginda pada Program Titian Kasih Pelajar-Pelajar Malaysia di sini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar.

Sebelum itu, baginda menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap seorang kepada 13 pelajar Malaysia yang menuntut di sini, Jakarta dan Yogyakarta.

Sehubungan itu, titah baginda, pelajar berkenaan seharusnya proaktif dan dinamik supaya dapat menjamin kejayaan dalam cabaran dunia global selaras aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang diakui di persada antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, titah baginda, Majlis Agama Islam Perlis memperuntukkan sebanyak RM944,630 untuk pembelajaran termasuk sumbangan kepada pelajar-pelajar negeri berkenaan yang berjaya mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Titah baginda, menerusi sumbangan tersebut, para pelajar berkenaan diharap tidak mensia-siakan peluang diberikan kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang sekali gus dapat mengurangkan kadar kemiskinan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JKKKP jelaskan peranan kerajaan Pusat

Posted:

JKKKP jelaskan peranan kerajaan Pusat

JKKKP jelaskan peranan kerajaan Pusat

KUALA NERANG 26 Jun - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Kedah perlu memainkan peranan menerangkan kepada masyarakat tentang usaha pembangunan yang dilakukan Kerajaan Persekutuan untuk rakyat di negeri ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Kedah kini ditadbir kerajaan Pas, namun segala pembangunan di negeri ini dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sehubungan itu, Pengerusi JKKKP perlu dijemput dan turut serta dalam setiap program anjuran Kerajaan Persekutuan bagi mengelak salah faham mengenai sesuatu projek dan mereka perlu menjelaskan kepada masyarakat kampung bahawa ia dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN), bukan kerajaan negeri.

"Jika tidak, masyarakat di negeri ini akan menganggap segala projek pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, sedangkan Kerajaan Persekutuan di bawah BN membelanjakan jutaan ringgit demi keselesaan rakyat negeri ini.

"Ada pihak tertentu yang bercakap kepada masyarakat setempat ini adalah projek kerajaan negeri. Ia sekali gus membolehkan mereka mendapat faedah politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Skim Bantuan Pelajaran Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil kepada 27 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi, di Pusat Latihan Naka hari ini.

Beliau berkata, ini akan merugikan Kerajaan Persekutuan dan turut memberi implikasi negatif kepada UMNO. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan