Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 27 Jun 2011 02:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan haram yang dirancang diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini berdegil untuk meneruskan perhimpunan walaupun Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pemuda UMNO bersedia membatalkan perhimpunan masing-masing jika kumpulan pengacau terbabit bersetuju tidak meneruskan hasrat itu. Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mengetuai kumpulan pengacau menganjurkan perhimpunan itu, berkata pihaknya akan meneruskan perhimpunan dan tidak akan memohon mendapatkan permit polis. "(Perhimpunan) 9 Julai ini tetap jalan (diteruskan). Kita tidak akan memohon permit sebab polis sudah cakap tidak akan mengeluarkan (permit)," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini semalam. Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, hadir memberi keterangan hampir dua jam berhubung ucapan mereka ketika pelancaran perhimpunan haram itu di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur/Selangor di sini, pada 19 Jun lalu. Ditanya sumber kewangan untuk mengadakan perhimpunan haram itu, Ambiga berkata, ia diperoleh melalui penjualan baju T serta sumbangan orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Katanya, perhimpunan yang dirancang oleh PERKASA bertujuan membuktikan kepada orang ramai bahawa tindakan kumpulan pengacau itu tidak dipersetujui sebahagian besar rakyat Malaysia. "Kalau mereka teruskan juga perhimpunan haram itu tanpa permit, saya juga tidak menghalang ahli PERKASA dan NGO lain yang mahu berhimpun bagi tujuan menghalang perhimpunan haram oleh kumpulan berkenaan," katanya yang memberi keterangan berkaitan ucapannya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, juga pada 19 Jun lalu. Beliau disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar yang hadir untuk memohon permit perhimpunan yang dinamakan Himpunan Patriot, berkata pergerakan itu tetap meneruskan perhimpunan walaupun tanpa permit jika kumpulan pengacau itu meneruskan rancangan mereka. Sementara itu, A Samad berkata, beliau akan menyertai perhimpunan haram itu kerana berpendapat ia perlu disokong dan bukan dibantah, selain yakin perhimpunan berkenaan akan berlangsung secara aman. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenepolpool Kenapa tidak diadakan debat terbuka antara wakil BERSIH dengan wakil KERAJAAN? Ini melibatkan maruah negara yang selama ini aman damai tanpa cela dan penindasan... Biar rakyat yang menilai kebenaran... Ini hak dan negara kami... Biar kami yang tentukan siapa berhak memerintah... Satu Malaysia Selamanya... Jangan kerana kebodohan seseorang kami semua yang merana... Salam... anti bersih ambil sahaja tindakan kepada pengacau keamanan negara ini. majoriti rakyat malaysia tidak bersuara.. tetapi tidak suka kekacauan. Pak Dogol Apa masalah dia orang ni... addam usman Inilah pengacau rakyat dan negara, terpengaruh dan dibiayai oleh agensi luar yang semata-mata memenupulasi fikiran rakyat, kita mesti ingat demontrasi jalanan ini akan disertai oleh berbilang kaum Malaysia tetapi khususnya orang Melayu, mengapa ini menjadi ikutan, apakah selama ini sistem pilihanraya Malaysia tidak berlaku adil dan lemah sedangkan pemerhati luar menganggap sistem kita adalah terbaik dan adil. memberikan kuasa mentadbir kepada part-parti politik yang menang dalam pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil. Saya kira 'Bersih' adalah bayangan kepada anasir subersif yang mana selain dari memporak-perandakan keamanan mereka juga bertujuan mengulingkan kerajaan. Kita masih percaya PDRM dan ATM mempunyai kuasa dengan bekalan undang-undang yang telah ditauliahkan kepada kedua-dua Pasukan ini. Gunakan ISA sebagai pengajaran atau usir mereka yang bukan bertaraf bumiputra sekiranya berhasrat menganggu-gugat kedaulatan negara...
rashid Saya minta pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya. Nanti yang jarang jadi biasa, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. razi Beginilah kebanyakan orang yang ingin mencari populariti tanpa menghiraukan ekonomi dan keselamatan rakyat jelata. Orang yang mendengar dan mengikuti pendapat mereka adalah seperti lembu dicucuk hidung. Mereka kelihatan berpelajaran tetapi sebenarnya hati mereka sakit, tidak pernah bersyukur atau merasa tenteram melihat kesenangan orang lain. Semoga Allah menghukum orang-orang yang suka berdengki. mie bila bar council berlagak mcm parti politik, ini lah jadi..agenda di sebaliknya, ramai yg tak perasan..bila agaknya nak sedar org2 melayu yg sokong mereka ini.. azman Ambiga dan kunju-kumju harus di tahan di bawah ISA Ajis harap niat bersih 2 baik, bukan ade agenda lain untuk menjatuhkan negara atau memporak perandakan negara dan yg plg pntg, jgn mempersoalkan hak istimewa orang melayu 2 dan raja2 k :) rahimin manusia tidak akan takut selagi mereka rasa tindakan mereka tidak akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. sudah sampai masanya tindakan keras diambil oleh pihak berkuasa supaya mereka mendapat pengajaran. jika tidak, akan ada lagi perkara seumpama ini akan terus berlaku di negara kita. api yang kecil jika tidak dipadamkan akan mampu memusnahkan satu rumah. pok long bila masa jadi perhimpunan haram? kami minta perhimpunan aman...polis nak berkawal,kawallah..jgn bercampur dengan PERkasa n pemuda UMNO pada hari yg sama..Bagi peluang rakyat nak memberi cadang ini setelah kerajaan yang sedia ada masih belum membuat perubahan...kita sayangkan malaysia ini ahmad shukran Tolong.. tolonglah..hentikan penghimpunan haram tu..aku hidup dengan aman sekarang..berfikirlah dengan akal ,jangan menggunakan lutut..cuba tengok kehidupan YB pakatan ,mereka mewah,rumah berjuta harga,pergi tengok YB PAS kelantan,kita undi ,mereka kaya,sama je ,,apa - apa kita kena sedar... norshaheezam Polis sepatutnya melihat isu-isu lain spt perhimpunan Bersih ni. Cth perhimpunan mat rempit di malam minggu yg lebih menganggu dan merbahayakan pengguna jalanraya. Jangan hanya pentingkan dalam isu-isu politik saja. Jadikan Malaysia negara selamat !!!! shafiq usah kita burukkan lagi keadaan..dengan adanya perhimpunan2 ini, pcayalah, awl2 ja aman, last2 jd prgaduhan.. noni disebalik semua ini, siapa yg untung, siapa yg rugi dan siapa yg bertepuk tangan..? ada akal, fikir2kan la...dari join bersih, baik aku bersihkan hati dari dok pening2kan kepala dgn benda2 yg tk de faedah ni.. Mat Jengka Sesal dahulu jadi pendapatan,
sabahan susah sangat kalau dah terlalu pandai...
hazrin orang mcm ambiga ni lah paling sesuai di tahan bawah ISA.. tim Diharapkan KDN bertegas dalam soal ini! Jangan biarkan ianya terjadi.... jangan takut kami rakyat yang taat pada pemimpin. safiah bokari saya berpendapat bahawa perhimpunan sebegini tidak harus dilakukan kerna kita sebuah negara yang berpelembagaan dan berdaulat. sebuah negara yg dikenali sebagai negara yg aman oleh negara2 asia yg lain.oleh itu tidak wajar perhimpunan sebegini dilakukan. tim Diharapkan KDN bertegas dalam soal ini! Jangan biarkan ianya terjadi.... jangan takut kami rakyat yang taat pada pemimpin.Gunakan apa saja akta yang ada...... faizal kenapa perlu ada kan perhimpunan ini..negara kita dah cukup aman,semua nya cukup dalam negara kita ini,jangan disebabkan kepentingan politik seseorang negara menjadi kucar kacir,mahukah kita hidup seperti di palestin,iraq..hidup sentiasa dalam ketakutan...negara kita susah merdeka,apa-apa masalah gunakan la saluran yang betul...fikir-fikirkan lah...dan sayangilah kehidupan yang kita telah kecapi ini.... harun ahmad Teruskan perjuangan kerana ini pada adalah hak rakyat. Kak Non Biarkan sahaja mereka berhimpun, saya percaya jika tiada halangan dr pihak lain perhimpunan ini tidak akan menjejaskan keamanan. Mereka pun dah berjanji untuk berhimpun secara aman, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi kerajaan patut memberi kebenaran kepada mereka untuk berhimpun dan dengar apa yang mereka hendak suarakan. ianya secara tidak langsung membolehkan kerajaan muhasabah dan memperbaiki kelemahan yang ada. Tiada yang sempurna tetapi kecemerlangan boleh dinikmati jika kita bersama membuang sikap egois dan dengan rendah hati menerima kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaiki. sarida mohamed cukuplah seorang nakhoda untuk sebuah kapal agar bahtera selamat dikemudi... LAN PERHIMPUNAN BELUM BERLANGSUNG TAPI MCM2 ANDAIAN NEGETIF TELAH DIBUAT... KENAPA KITA TIDAK BERI PLUANG PADA MEREKA? ADAKAH TAKUT PADA MEREKA...RAKYAT PERLU TADI APA MEREKA PERJUANGKAN BARU DAPAT MENILAI SIAPA MEREKA..... wani apa dah nak jadi.....fikir2 lah kesan dan tanggungjawab kita. mohd zailani Ini lah yg dikatakan keras kepala..dan masa inilah AKTA ISA digunakan tidak kira siapa. Tarik balik gelaran Datuk kerana mereka tidak layak..perosak bangsa dan negara. Redzaei Shafeeq apa motif Datuk Ambiga Sreenevasan nie???adakah rakyat yg masuk perhimpunan nie tahu pasal ape perhimpunan ini perlu adakan??perhimpunan nie mmbuat negara kacau bilau dah lah tgh aman nie sengaja membuat hura-hara..kalau dah jadi mcm negara timur tgh disbabkan perhimpunan haram nie..harga barang melonjak naik...adakah rakyat malaysia nie mahukan itu semua berlaku?? negara sudah aman selama 54 tahun kenape nk membuat sesuatu yg boleh mengugatkan keamanan yang seidada, nampak benar manusia tidak pernah bersyukur ape yang ada skrg nie..negara dah maju dn aman masih lagi nk wat negara kucar kacir..pikir dulu sebelum buat..selidik dulu sebelum masuk.. Anti-Perhimpunan Tak payahlah nak buat perhimpunan haram. hari Sabtu patutnya adalah masa yang sesuai untuk bersantai dengan keluarga, bukan untuk menunjuk perasaan.Perhimpunan haram menyusahkan warga kota yang memang dah tak tahan hari-hari menghadap 'traffic jam', kalau nak buat pergilah stadium farizY Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan, jelas lagi nyata, faham perkara ini, selesai masalah.... Kalsom Ismail saya sebagai warganegara, saya berpendapat bahawa perhimpunan secara aman tu patut diadakan.kerajaan seharusnya peka kepada rakyat.apa tujuan mereka mengadakan perhimpunan tersebut.dengar dan lihat..sekiranya perhimpunan itu membawa kebaikan kepada rakyat yang inginkan pembaharuan.seharusnya kerajaan mendapat iktibar daripada perhimpunan tersebut dan mencari jalankan bagaimana untuk menyelesaikanya. epolpool skang la masenye...
Mohd Fauzi Md Bazid Saya rasa begitu sedih dan dukacita apa terjadi kepada bangsa yang suka jadi pak turut. ROSAK BANGSAKU. amrahmira Perhimpunan Bersih ini sebenarnya permainan kotor pembngkg yg cuba nk menjatuhkan kerajaan, PM kena buat sesuatu terhadap mereka kerana x menghormati undang2 & cuba menimbulkan kacau bilau azza pada saya a samad adalah sasterawan, dia seorang je tahu apa yang dalam fikiran nya.tetapi cara dia meluahkan idea dengan menyertai perhimpunan di jalan raya ini boleh mempengaruhi orang yang sememangnya mencari peluang untuk berdemonstrasi. masalah nya pernah kah terfikir oleh sasterawan ini akan implikasi perhimpunan ini...bila banyak orang banyak provokasi,banyak ragam dan jika berlaku kecederaan, semua mereka-mereka ini perlu dipertanggungjawabkan. Mawar Putih. Tahan ISA je... habis cerita.... anyone lawan tetap lawan... saya sokong BERSIH!!! daniel iskandar Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said sepatutnya menunjukan satu tabiat baik kepada generasi muda tapi sebaliknya. Suhaimi Saya betul-betul pelik perangai setengah manusia ni dah elok duduk dalam aman, selesa dan selamat mahu ubah pulak keadaan tersebut yg sedih sgt tu mereka ni yg pandai2 tapi kesian dah berubah jadi bodoh dan ada yg tak sedar dah la tak cantik, tua lg tak lama lagi mahu mati. |
30 peratus ahli lembaga pengarah kuota wanita Posted: 27 Jun 2011 02:54 PM PDT MukaDepan KUALA LUMPUR: Mulai sekarang sektor korporat dan institusi berkanun perlu memiliki sekurang-kurang 30 peratus wanita dalam peringkat pembuat keputusan selaras pengiktirafan kerajaan kepada golongan itu yang berperanan penting dalam pembangunan dan kesejahteraan negara.Dasar baru itu diputuskan mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu yang memberi tempoh peralihan selama lima tahun sehingga 2016 kepada sektor berkenaan meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah dan memegang jawatan tertinggi di syarikat masing-masing. Ketika mengumumkan perkara itu semalam, Datuk Seri Najib berkata, tempoh berkenaan adalah munasabah dan berharap ia dilihat sebagai satu notis kepada pihak terbabit untuk mengambil tindakan proaktif serta progresif bagi mencapai matlamat ditetapkan. Perdana Menteri berkata, dasar itu dapat menjadi pemangkin kepada langkah mencapai kesaksamaan gender dalam sektor korporat."Selain memastikan kepakaran, daya saing dan daya kepimpinan wanita dioptimumkan, ia menjurus kepada kepelbagaian dan keterangkuman sebagai lembaga pengarah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin wanita pada sidang akhbar di lobi Dewan Negara, di sini semalam. Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, serta timbalannya, Senator Heng Seai Kie. Ketika ini hanya 91 orang atau 13 peratus wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan). Daripada 200 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia yang dikumpulkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga November tahun lalu pula, hanya 7.6 peratus wanita dilantik ahli lembaga pengarah. Selain itu, maklumat Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan hanya 45 orang atau enam peratus wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di institusi kewangan sehingga April lalu. "Kelulusan ini adalah kesinambungan kepada dasar sekurang-kurang 30 peratus wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam yang diumumkan pada 2004, di mana pencapaiannya amat memberangsangkan. Peratusan wanita menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) meningkat kepada 32.3 peratus tahun lalu berbanding 18.8 peratus pada 2004," katanya. Bagi memastikan dasar baru itu dilaksanakan dengan berkesan, Najib berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Khazanah Nasional Berhad, Malaysian Alliance of Corporate Directors serta Malaysian Directors Academy, akan merangka program latihan bagi menyediakan wanita berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah syarikat. "Inilah caranya kita menghargai peranan wanita dalam konteks pembangunan negara kerana kebolehan mereka mengendalikan jawatan penting sudah terbukti. Saya percaya keputusan Kabinet ini adalah penting serta bersejarah yang akan mengubah penyertaan wanita dalam negara kita ke tahap yang jauh lebih tinggi lagi. "Saya ucapkan selamat maju jaya kepada wanita di negara kita. Percayalah kerajaan hari ini adalah penyokong kuat kepada pembangunan kejayaan wanita," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan