Jumaat, 24 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


‘Hindar budaya mazmumah’

Posted: 24 Jun 2011 04:30 PM PDT

Nasional

Seri Paduka bimbang krisis perpecahan umat Islam kian ketara

BALIK PULAU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, melahirkan kerisauan mengenai umat Islam kini yang sedang menghadapi krisis perpecahan yang begitu ketara serta membimbangkan.

Baginda bertitah, keadaan seumpama itu tidak wajar dibiarkan berterusan dan usaha untuk mengembalikan semula perpaduan sesama Islam perlu dipertingkatkan supaya tiada pihak lain berpeluang menangguk di air keruh serta menghancurkan kekuatan umat Islam.

"Beta menyeru kepada semua umat Islam untuk hidup bersatu di bawah satu akidah dan agama, tidak mengutamakan kepentingan diri atau kelompok sendiri, sentiasa berfikiran terbuka dan bertolak ansur antara satu sama lain. "Hindarilah perbuatan yang boleh mencetuskan perpecahan dan mengamalkan budaya mazmumah," titah baginda ketika merasmikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pembinaan Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor yang siap sepenuhnya pada 31 Disember 2010 dibina dengan kos RM41 juta peruntukan Kerajaan Pusat yang disalurkan menerusi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Seri Paduka juga mahu supaya pertelagahan sesama umat Islam yang berlaku di negara Islam lain yang menyebabkan rakyat menderita dan negara tidak stabil kerana berada dalam pertelingkahan panjang dijadikan sebagai pengajaran.

"Kita patut mengambil pengajaran supaya perkara sama dapat dibendung daripada berlaku di negara ini," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga menyarankan supaya institusi mulia di sisi Islam seperti institusi pendidikan dan masjid terus dipulihara dan diperkukuhkan sebagai suatu pangkalan dakwah dan tempat untuk membina perpaduan bagi membangunkan negara serta menghadapi cabaran semasa yang melanda umat Islam.

Seri Paduka turut memuji semangat kerjasama Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), ibu bapa dan pelajar dalam membina Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami.

"Semangat kerjasama dan toleransi sebeginilah yang mesti diamalkan dalam usaha memajukan umat Islam," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar bohong dakwa saya jumpa Rahim: Najib

Posted: 24 Jun 2011 04:29 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menganggap dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduhnya ada berjumpa bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berhubung isu video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang itu sebagai satu pembohongan.

"Tan Sri Rahim tak berjumpa saya... itu satu pembohongan. Dia (Anwar) boleh dakwa, tapi dia (Rahim) tidak jumpa saya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), di sini malam tadi.

Perdana Menteri mengulas dakwaan Anwar seperti dilaporkan laman portal berita kelmarin, kononnya Abdul Rahim ada mengadakan pertemuan dengan Najib berhubung isu video seks berkenaan. Mengenai hasil analisis Prof Hany Farid dan Prof Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat yang mendapati 99 peratus gambar dalam video terbabit adalah tulen, Najib berkata, terserah kepada rakyat membuat penilaian.

"Ia sesuatu (perkara) yang rakyat sendiri kena buat penilaian. Kalau kita kata apa pun, paling penting adalah untuk cari kesahihan dan kebenaran. Itu kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan apa yang dikatakan berdasarkan penilaian dua pakar dari Amerika Syarikat yang membuat kesimpulan sedemikian," katanya.

Mengulas cadangan pembentukan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu video seks berkenaan, Perdana Menteri berkata, kerajaan belum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

"Polis sudah hantar pita (video) kepada pihak yang pakar dalam hal ini dan laporan telah diterangkan dalam mahkamah hari ini (semalam)," katanya merujuk kes membabitkan Abdul Rahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim yang didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan menayangkan secara terbuka video seks berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata, laporan bedah siasat Pilihan Raya Negeri Sarawak turut dibentangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam tadi, tetapi menganggapnya tidak perlu diulas kerana ia perkara dalaman.

"Banyak perkara dibincangkan tetapi saya tidak perlu ulas kerana ia perkara dalaman, rahsia yang perlu kita kaji dan ambil iktibar daripadanya. Kita turut membincangkan keahlian terus anggota BN membabitkan kira-kira 10,000 pemohon tetapi mungkin selepas ditapis kelak oleh semua komponen BN, tinggal kira-kira 3,000 saja," katanya.

Mengenai cadangan kumpulan pengacau yang berkeras mahu mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini, Perdana Menteri berkata, semua rakyat di negara ini mempunyai hak untuk bersuara.

"Masing-masing ada hak dalam negara ini dan kita ada undang-undang. Kalau BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) ingin buat (perhimpunan), Pemuda UMNO pun nak buat juga," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan