Isnin, 27 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Berbaur komunis

Posted: 26 Jun 2011 12:49 PM PDT

MukaDepan

YB Sungai Siput antara 31 ditahan bawa gambar tokoh PKM

KEPALA BATAS: Polis menahan 31 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj selepas menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas yang mereka naiki, di Plaza Tol Sungai Dua dekat sini, petang kelmarin.

Antara yang ditemui adalah 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto 'Che' Guevara atau dikenali sebagai El Che. Turut ditemui kira-kira 7,000 risalah PSM dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil yang bertulis 'Udahlah tu... Cukup 54 tahun.

bersaralah', 600 risalah berkaitan perhimpunan haram 9 Julai, 25 naskhah sosialis termasuk 15 naskhah berbahasa Tamil, satu set pembesar suara mudah alih, 15 bendera PSM, sembilan helai baju T tertera tulisan 'Serangan Neo Liberal Rakyat Terus Sengsara' dan lapan helai baju T tertera tulisan 'Anti Capitalism'.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Jaafar, ketika memaklumkan penemuan itu pada sidang media di sini, semalam, berkata, tiada senjata berbahaya ditemui dalam bas berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mendapati bahan yang ditemui bersama kumpulan itu sangat serius serta boleh menggugat keselamatan negara dan berikutan itu, siasatan dibuat mengikuti Seksyen 122 Kanun Keseksaan, iaitu cuba melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
"Kita melihat usaha kumpulan ini membawa ke arah penentangan dan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Abd Rahim berkata, pihaknya mendapat maklumat ada rombongan dalam sebuah bas dari Sungai Petani, Kedah ke Pulau Pinang dipercayai cuba menghasut orang ramai untuk membenci kerajaan dan membawa senjata berbahaya.

"Sekatan di laluan arah selatan di Plaza Tol Sungai Dua membawa kepada penahanan sebuah bas mempunyai kain rentang tergantung lambang dacing yang digunting dengan bertulisan 'Udahlah tu.. Cukup 54 tahun Bersaralah'.

"Semua yang ditahan berusia antara 16 hingga 64 tahun dan mereka turut memakai memakai baju T warna kelabu yang tertera gambar dacing seperti Barisan Nasional (BN) yang digunting dan bertulisan 'Udahlah Bersaralah'," katanya.

Sementara itu, Mahkamah Sesyen Butterworth menetapkan tempoh reman tujuh hari sehingga 7 Julai terhadap 30 ahli PSM terbabit, termasuk Jayakumar.

Majistret Amernudin Ahmad membenarkan mereka ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan, iaitu cuba melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Seorang daripada 31 yang ditahan kelmarin, dibebaskan kerana di bawah umur. Mereka diwakili peguam Karen Lai, A Chandra Segaran, Rowena Nair, Sukhindarpal Singh, Agatha Foo, Joshua Narendren dan Benjamin Sathyanandam.

Karen berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan mengkaji semula siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi kerana tiada sebarang senjata berbahaya ditemui.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penganjur perhimpunan haram khuatir kebangkitan BN

Posted: 26 Jun 2011 12:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penganjur dan pihak yang menggerakkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini diberi amaran keras bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan jika negara menjadi huru-hara dan keselamatan rakyat terancam akibat perhimpunan itu.

Ini berikutan niat sebenar kumpulan pengacau itu bukan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau berlaku kepincangan dalam sistem pilihan raya negara, sebaliknya untuk mencetuskan kejutan bagi memperoleh semula momentum politik kerana pembangkang semakin bimbang dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata aliran sokongan dan keyakinan rakyat berjaya dikembalikan semula kepada BN selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, hasil usaha gigih transformasi yang terbukti hasil kemenangan dalam sebahagian besar pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Malah analisa oleh pihak ketiga tiada kepentingan mendapati kerajaan berada dalam landasan betul dengan matlamat serta visi jelas," katanya sambil disambut sorakan bersemangat hadirin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-58 Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini, semalam.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi BN mencabar pembangkang menunjukkan keberanian sebenar dengan bertanding dalam pilihan raya kerana kuasa politik adalah di tangan rakyat dan bukan di jalanan melalui demonstrasi haram.

"Jika sistem pilihan raya tidak betul, kenapa kita hendak serah lima negeri kepada pembangkang pada PRU lalu dan 20 tahun lebih PAS memerintah Kelantan? Jika kita boleh memanipulasi pilihan raya, lebih baik semua negeri dikuasai oleh BN. (Namun) Kita bukan orang yang memanipulasi pilihan raya, kita tidak rela berkuasa melainkan kita didukung oleh rakyat. Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita.
"Tapi janganlah menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata hendak kuasa politik. Kuasa politik di tangan rakyat, bukan di jalanan dan demonstrasi (haram). Waktu pilihan raya bertandinglah jika anak jantan sebenar. Jika anda (pembangkang) benar-benar ada keberanian, lawan pilihan raya. Jika anda tiada keberanian, buatlah jalanan dan anda berdepan dengan akibatnya.

"Ini ada undang-undang, kita hendak menjaga kepentingan rakyat, bukan kepentingan orang yang sangat-sangat hendak kuasa politik... tidak sabar-sabar lagi... (sinis) semua orang tidak betul, doktor tidak betul, profesor tidak betul... dia saja yang betul," katanya.

Sambil mengingatkan ahli parti supaya jangan takut dan apologetik berdepan angkara sedemikian, Najib berkata, BN akan lawan habis-habisan tetapi mengikut undang-undang negara.

"Kita bukan samseng, kita lawan secara berhemah dan berbudi dengan memperjuangkan kepentingan rakyat melalui usaha, program, dasar serta peranan sebagai pemimpin. Setiap kita adalah pemimpin dan peranan yang dimain akan memastikan kejayaan besar kepada BN dalam PRU Ke-13 dengan izin Tuhan, insya-Allah," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ahmadzulkifli

TIDAK PERLU ITU SEMUA, PRU KE13 AKAN MENYUSUL TAK LAMA LAGI, ZAHIRKAN KEINGINAN ANDA DISANA. KAMI TAK MAHU KEKACAUAN MELANDA TANAH AIR TERCINTA INI.

moghaz76

Nyatakan sokongan anda kepada ANTI- Gabungan BERSIH. Mereka akan merosak keamanan dan kemajuan negara. Boikot penyokong gabungan ini.

mohd zamri zamri

klau setakat ambiga je nk berhimpun x hairan kerana jenis x sedar diri..yang menjadi persoalan PAS yg nak mengerak ratusan ahli untuk serah memoradum shj..ambiga hanya guna akal je...x mustahil lepas ni ahli pas akan keluarkan 'langkah mayat dia dulu, kalu nk sentuh ambiga pula'..walupun di malaysia ni umat islamnya satu sunnah, satu nabi, satu kiblat, satu kalimah dengan islam juga di jadikan musuh tegar..cth terbaru libya satu pihak mempertahan kan negara n satu pihak lg menentang yg menjadi org tengah barat (batu api)..yang menjadi mangsa, yang di bunuh umat islam...entah mana silap pun x tahu..samalah di MALAYSIA...suka n lebih mempercayai org luar drpd saudara islam sendiri..

dr pro

salam,kepada anak-anak warga kota,kami penjaga kota,yang lahir disini dan matipun disini,tidak rela melihat kota kami dicemari oleh sesetengah petualang bangsa,kami penjaga kota berdoa kepada yang maha esa,semoga kota kami aman tenteram berpanjangan dan di limpahi rezeki dan dijauhi pancaroba yang menganggu gugat kota kami.

ferdh aush

kami rakyat Malaysia sentiasa di belakang Kerajaan demi membentuk masyarakat Malaysia yg harmoni, bersatu padu antara semua kaum...1MALAYSIA,,,

Md. Natar Othman

Ternyata kebimbangan mereka berasas, keran beberapa PRK hujung 2010 dan 2011 memihak kepada BN. HIDUP DSN>>>

krisjati

Ingatlah kemerdekaan negara kita adalah satu anugerah dan mempertahankannya adalah satu amanah..bersyukur dan berterima kasihlah kerana kita rakyat Malaysia boleh hidup aman damai walaupun berlainan agama,bangsa,budaya dan keturunan hasil kebijaksanaan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.Kepada mereka yang suuuuuuukaaaa sangat menghasut dan memporak peranda keamanan negara sedarlah diri, di bumi mana anda berpijak janganlah menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan.Fikirlah semasak-masaknya kerana kesan tindakan bodoh tersebut boleh mengancam kesejahteraan negara.

zul jb

saya suka jalan2 , bersiar-siar dan menghabiskan duit di KL pada hujung minggu. Tapi pada hari demo , ini saya akan ke Batam, Indonesia dan menghabiskan duit saya di sana. Bukan saja nak naikkan economy negara lain, tapi buat apa pergi KL dalam kacau beliau, traffik jam dan pergaduhan. Jalan salahkan saya, salahkan penganjur Bebas

fian

buat apa nak adakan perhimpunan haram...?? jika ini berlaku, ramai yg akan rugi... terutamanya para peniaga,pengusaha teksi,pengusaha bas dan kawasan sekitarnya...kasian mereka...tak payah lah buat perhimpunan haram tu...nyusahkan orang aja...

azmie

Amat menyedihkan segelintir rakyat terpengaruh kepada kumpulan sebegini. Saya fikir, jati diri masih kurang... sistem pendidikan nampaknya perlu lebih agresif memberi input khususnya dalam soal keharmonian negara. Janganlah kerana kepentingan peribadi... negara kacau dan anasir asing mendapat peluang untuk menyusup mengganngu gugat kestabilan negara. Pihak berkuasa perlu tegas. Cegah sebelum parah...

melati5094

Berhati-hati dengan agenda yang tersembunyi. Jangan biarkan niat ikhlas kita dikaburi atau diambil kesempatan oleh mereka-mereka yang sememangnya ingin melihat melayu tumbang.
Setuju dengan tim jangan gadaikan keamanan kita. Fikirkanlah kepentingan orang lain sama.

aku_syg_msia

apa pun tak dapat, hanya kepuasan sendiri semata-mata, dan hanya memberi reaksi negatif, rakyat bertambah benci dan muak, adakah itu yang kita cari, adakah itu hala tuju hidup kita ? sentiasa ingat ALLAH TAALA, dan ingat maut itu akan menjemput pada bila-bila masa sahaja

Anuar Shaharom

Betul tu PM. Kami sokong PM dan jgn biarkan negara kita tergadai oleh segelintir yg ada kepentingan dan sanggup menjual bangsa, ugama dan negara untuk berkuasa. Semoga Allah melindungi PM dan Negara kita. Amin

zikri

mukin pada tarik 9/7 bandar raya kuala lumpur tak berapa ramai orang kerana sejak akhir-akhir ini beberapa peringatan dan nasihat telah diberi oleh kerajaan saya fikir rakyat malaysia bijak menilai suasana politik semasa negara.hidupkan isa,bukan sekadar tahan tampa bicara tapi gantung sampai mati untuk mereka yang cuba menguji,keamanan yang telah dikecapi oleh semua rakyat malaysia selama ini.

zid

nape tak di buat dinegeri sendiri contohnya kelantan,penang,kedah dan selangor....
kan lbh afdal...
kalau berani buat lah perhimpunan kat jambatan penang...

eddy azhar

perhimpunan haram xperlu ada pun...tngok negara islam di asia barat??per dah jadi...amik iktibar cikit pembangkang.ada cara lain untuk lawan politik...bukan cari sebergini...fikir2kan lah keamanan negara...

adabiah ahmad

kita berharap golongan ini sedar diri waktu zaman komunis di negara kita, ramai orang melayu yg. terkorban menentang komunis, sekarang pula mereka nak petsahkan orang kita dan perintah, kita berharap polis,tentera dan lain-lain anggota kesalamatan akan berhati-hati seratus-peratus pada hari tersebut...

kita kan sudah merdeka, mereka nak apa lagi???

Abdul Hamid Hj Sabal

Bahagian Keselamatan Negara dan orang awam haruslah berani memadam asap api bersih atau yang tidak bertanggungjawab mencentus kekacawan... supaya bertindak lebih awal sebelum api merebak lebah besar....saya sebagai rakyat awam Malaysia cintakan keamaanan tak rela menyerah kalah.. kita dilandasan yang betul dan benar... mempertahankan keselamatan dan kesejataraan rakyat dan orang awam...kereta tak tepat halatuju jika tiada pemandunya... kapalterbang tak akan menemui destenasinya jika tiada pailotnya...olih itu pamandu dan pailotlah yang bertanggungjawab membawa ke destenasi yang selamat atau sebaliknya.....

tim

Penganjur adalah golongan minoriti malaya,jadi kita kaum pribumi jangan tertipu dengan tipu helahnya, jangan gadaikan keamanan ini... Sejarah mengajar kita erti hidup.... Apa gunanya parlimen? apa gunanya wakil2 rakyat yang kita pilih? salurkanlah segala masalah melalui mereka.. bukan dengan cara begini.. kita kan orang cerdik dan berakal? akal taruk mana???

ARZEQ

Penganjur perhimpunan ini fikir-fikirkanlah buruk baiknya apa yang anda lakukan.Tahukah anda dengan perhimpunan ini menyebabkan kesesakan jalanraya di merata tempat seperti yang pernah terjadi sebelum ini?Bayangkan bagaimana petugas awam lain seperti doktor atau jururawat yang hendak menyelamatkan nyawa orang untuk pergi bertugas dan sebagainya..begitu juga sekiranya anak isteri suami atau keluarga anda sendiri yang pada waktu itu dalam keadaan kecemasan memerlukan bantuan?

yus rowk

hentikan la niat untuk berhimpun secara haram..

mohd redzham salleh

Diharapkan Kerajaan dapat mengambil tindakan tegas, sekeras-kerasnya terhadap golongan yang suka sangat menyusahkan orang ramai ini. Di kemudiannya nanti, sudah pasti akan ada insiden-insiden yang semua pihak kesali. Ingatlah, "Mencegah Lebih Baik daripada Menyesal"...

KML86

Penganjur dan pihak yang menggerakkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini diberi amaran keras bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan jika negara menjadi huru-hara dan keselamatan rakyat terancam akibat perhimpunan itu.

zul

selesai secara runding terus, kedua-dua pihak jangan angkuh...memorandum...bukan apa..orang nak bagi ambil..bukan kena bayar dan lepas tu bincang..dah kecoh baru nak runding...slow

emas tulen

Berfikir juga pengamalan banyak parti merugikan rakyat kerana banyaknya fikiran, tenaga, wang dan masa dihabiskan untuk 'politiking'. Berfikir juga banyak parti boleh memberi ruang kepada tanggungjawab 'check and balance'.

anak bangsa

kerajaan dan polis tlg jgn biarkan manusia tidak sedar di untung mcm diorang ni. kuatkuasakan undangx negara untuk menghalang manusia seperti mereka ini. sesungguhnya rakyat yang cintakan kedamaian sentiasa berada di belakang anda. wahai org melayu dan mengaku islam sedarlah.

DINO

Rakyat Malaysia harus bersyukur atas nikmat kemakmuran serta reseki merimpah ruah di Bumi Malaysia ini. Berfikir dengan waras sebelum sesuatu tindakan dibuat.Menyesal kemudian tidak berguna Lagiapabila Negara Hancur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan