Utusan Online - Timur |
- RM42 juta wang ihsan diagih
- 450 tentera gotong-royong bersih masjid, kubur
- Juara Rakyat Pemuda UMNO Ketereh meriah
Posted: RM42 juta wang ihsan diagihOleh YATIMIN ABDULLAH KOTA BHARU 26 Jun – Sebanyak RM42 juta peruntukan wang ihsan diagihkan kepada rakyat negeri ini sejak sumbangan itu mula diberikan tahun lalu. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, agihan itu meliputi aspek pendidikan, bencana alam dan bantuan ekonomi demi kepentingan rakyat. "Dalam soal agihan, tidak timbul soal pilih kasih kerana golongan sasar mendapat manfaat sama tanpa mengira perbezaan politik. Kita tidak pernah tanya mereka penyokong UMNO atau Pas dalam pengagihan wang berkenaan. "Sebagai contoh, dalam soal pendidikan, hari ini seramai 12,000 pelajar cemerlang seluruh negeri menerima manfaat antara RM100 hingga RM800 melalui agihan wang ihsan ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera dekat sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh dan Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Zahari Daud. Mengulas lanjut, Mustapa memberitahu, sumbangan tersebut bertujuan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka. "Setiap murid dapat 5A dalam UPSR, menerima sumbangan RM100, PMR dengan keputusan 8A ke atas (RM150) dan pelajar SPM yang memperoleh 8A ke atas akan menerima RM200 setiap seorang. "Sementara bagi calon STPM, mereka dapat Gred Nilai Purata 3.5 dan ke atas menerima RM200, manakala yang layak ke program matrikulasi, asasi dan prauniversiti terima RM300," katanya. Tambahnya, pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda pula akan menerima sumbangan berjumlah RM500 dan RM800. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
450 tentera gotong-royong bersih masjid, kubur Posted: 450 tentera gotong-royong bersih masjid, kubur
JELI 26 Jun - Seramai 450 anggota tentera pelbagai pangkat menyertai gotong-royong perdana sempena ulang tahun ketiga Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan di Kampung Gunung Reng dan Batu Melintang di sini kelmarin. Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan, Leftenan Kolonel Zambery Jefry Darus berkata, gotong-royong itu yang turut disertai penduduk kampung melibatkan empat kawasan iaitu masjid dan kawasan perkuburan Gung Reng serta masjid dan perkuburan di Batu Melintang. Beliau berkata, aktiviti itu merupakan acara pembukaan sempena ulang tahun pasukan dan ia bagi mengeratkan hubungan anggota dengan masyarakat. "Aktiviti ini merupakan projek jiwa murni yang dirancang oleh pasukan pada tahun ini dan ia juga merupakan tanggungjawab sosial tentera terhadap masyarakat setempat. "Matlamatnya adalah untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa tentera boleh melakukan semua aktiviti sosial, kemasyarakatan, keagamaan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin. Menurutnya, selain gotong-royong, pelbagai acara menarik lain turut diadakan bersempena sambutan ulang tahun pasukan itu, antaranya kempen derma darah, ceramah perdana ehwal Islam, sukaneka, sukan rakyat dan 'makan besar' bersama rakyat. Pada majlis gotong-royong itu, pihak Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan turut menanam pokok pinang dalam usaha mengindahkan persekitaran masjid yang telah berjaya dibersihkan. Dalam pada itu, imam Masjid Gunung Reng, Seman Dollah melahirkan penghargaan atas usaha anggota tentera terbabit. Menurutnya, bantuan itu membolehkan sekitar masjid dan tanah perkuburan dibersihkan dalam waktu yang singkat. "Saya berharap, selepas ini hubungan antara tentera dengan penduduk lebih erat dan kerjasama sentiasa terjalin antara kedua-dua pihak," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Juara Rakyat Pemuda UMNO Ketereh meriah Posted: Juara Rakyat Pemuda UMNO Ketereh meriahKOTA BHARU 26 Jun - Lebih 1,000 pengunjung memeriahkan program Juara Rakyat anjuran Pemuda UMNO Ketereh di Sekolah Kebangsaan Peringat dekat sini kelmarin. Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Mohammad Abdullah berkata, program itu bertujuan mendekatkan pergerakan itu dengan masyarakat setempat terutama golongan muda. "Alhamdulillah, kehadiran pengunjung amat menggalakkan dan menampakkan program ini semakin diterima masyarakat. Melalui program sebegini, memudahkan kami menyampaikan mesej kerajaan kepada masyarakat. "Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara kami dengan golongan muda dan masyarakat sekitar Ketereh, sekali gus berkongsi masalah yang dihadapi mereka," katanya di sini, kelmarin. Program itu dirasmikan Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. Mohammad memberitahu, program tersebut akan diteruskan ke peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Ketereh sedikit masa lagi. "Kita akan memperluaskan program ini dalam usaha untuk mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat dan menyahut seruan pimpinan selaras dengan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya Jelasnya, sepanjang program berlangsung pelbagai acara menarik diadakan antaranya pameran, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Jabatan Kesihatan negeri dan servis motosikal percuma yang dikendalikan oleh pelatih Giat Mara. Sementara itu, seorang pengunjung, Mohd. Noraidi Jaafar berharap, program seumpama itu diperbanyakkan dari semasa ke semasa untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapat maklumat terkini daripada agensi kerajaan terlibat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan