Khamis, 30 Jun 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Serang hendap tukul kepala majikan

Posted: 29 Jun 2011 12:52 PM PDT

SEREMBAN: "Saya merayu berkali-kali supaya berhenti memukul, tetapi pembantu rumah itu seperti 'naik hantu' apabila membelasah saya bertubi-tubi menggunakan tukul besi dan kayu," kata suri rumah, Kartena Kamaruddin, 31, yang parah dibelasah pembantu rumahnya di Bandar Enstet, Nilai, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Kartena yang hendak memasuki kereta untuk menghantar anak sulungnya ke tadika berhampiran terkejut apabila dipukul lebih 30 kali di kepala dan badan oleh pembantu rumahnya yang baru sebulan bekerja.

"Ketika itu saya memasukkan anak bongsu berusia dua tahun ke dalam kereta dan tiba-tiba diserang dari belakang sebelum dipukul bertubi-tubi," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Seremban, di sini, semalam.

Menurutnya, pembantu rumah dikenali sebagai Fitriani, 19, dari Aceh, Indonesia, menarik rambut dan mengheretnya ke dalam rumah dan memukulnya.


"Ketika itu saya melihat dia mengambil gunting, tetapi saya menggigit tangannya membuatkan gunting itu terlepas. Kalau tidak pasti saya mati," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ayah, anak bertempur

Posted: 29 Jun 2011 12:43 PM PDT

PASIR MAS: Suasana di perkarangan sebuah kedai makan berdekatan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam kecoh apabila seorang bapa bergaduh dengan anak lelakinya sehingga menterbalikkan meja dan kerusi, memecahkan pinggan mangkuk serta melempar makanan dan minuman ke arah satu sama lain.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu menggemparkan kira-kira 20 pelanggan yang sedang menikmati hidangan di kedai berkenaan.

Menurut saksi, dua beranak terbabit dilihat mengadakan perbincangan secara baik, tetapi keadaan tiba-tiba berubah apabila kedua-dua mereka gagal mengawal perasaan masing-masing dan mula bergaduh sehingga mencetuskan suasana kecoh.

Difahamkan, si anak berusia 20-an mahu membela nasib ibunya sering diugut bapanya, berusia 50-an, dan bengang dengan sikap bapanya yang berdolak-dalik ketika mahu menyelesaikan kes perceraian dengan isterinya itu.


Seorang saksi yang juga pemilik kedai makan berkenaan, Fadzilah Ismail, 52, berkata ketika kejadian, dia sedang membancuh minuman untuk pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan