Utusan Online - Politik |
Pemimpin BN Sabah ramal PRU-13 pada bila-bila masa Posted: Pemimpin BN Sabah ramal PRU-13 pada bila-bila masaKOTA KINABALU 29 Jun - Desas desus mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada bila-bila masa semakin kencang bertiup apabila indikator mengenainya seperti disahkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dalam pertemuan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini. Beberapa pemimpin yang menghadiri pertemuan tertutup sempena lawatan kerja Perdana Menteri selama dua hari ke Sabah yang bermula hari ini, ketika ditanya mengenai intipati ucapan Najib itu sama ada turut menyentuh mengenai tarikh PRU-13, mereka menyatakan bahawa Pengerusi BN itu menekankan kepada usaha untuk menguatkan jentera parti. Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Mahiruddin menjelaskan bahawa Perdana Menteri meminta semua pihak supaya menggandakan usaha turun padang kerana PRU-13 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. "Pendirian kami adalah supaya pucuk pimpinan tidak terlepas pandang Pergerakan Wanita termasuk di Sabah dan mahukan kuota 30 peratus sebagai calon itu dikekalkan," katanya. Sementara itu, Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyatakan bahawa Perdana Menteri meminta semua parti-parti komponen segera menyelesaikan perkara dan isu berbangkit yang ditimbulkan oleh pengundi di peringkat akar umbi. "Beliau (Najib) banyak menekankan kepada semua jentera untuk memantapkan persiapan kerana PRU-13 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja," katanya. Dalam pada itu, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup yakin BN akan mampu mengekalkan kemenangan dan beroleh majoriti dua pertiga dalam PRU-13 nanti. "Jentera PBRS telah bersedia sepenuhnya, malah jika diadakan PRU-13 minggu ini pun kita telah bersedia," katanya. |
Posted: NICA sahkan ada unsur komunisOleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS KUALA LUMPUR 29 Jun - Agensi-agensi perisikan antarabangsa termasuk National Intelligent Coordinating Agency (NICA) mengesahkan lelaki warga Filipina, Romeo Castillo adalah Timbalan Setiausaha Agung sebuah parti berhaluan kiri, Partido Lakas dan Massa (PLM) serta Organisasi Hadapan Komunis di Filipina. Agensi-agensi itu berperanan menjalankan risikan dan perkongsian maklumat berhubung ancaman luar yang boleh menjejaskan keselamatan negara terbabit. Menurut sumber, strategi politik parti PLM yang berkait rapat dengan parti bersenjata komunis adalah dengan mencetuskan semangat rakyat sebelum menggulingkan kerajaan kapitalis bertujuan untuk menubuhkan kerajaan rakyat. "Kerajaan Filipina tidak mengharamkan parti itu tetapi memantau rapi aktivitinya. Agensi perisikan antarabangsa memohon pihaknya dimaklumkan kedatangan Castillo ke negara ini supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat mengenai tujuan kedatangannya. "Difahamkan, Castillo juga menghubungi Pengerusi PLM, Sommy Melencio dan memaklumkan penahanan ahli-ahli PSM. Dia (Castillo) kini gagal dikesan selepas dibebaskan baru-baru ini," kata sumber itu. Semalam, sekumpulan anggota PLM diketuai Sommy telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Filipina, pukul 11 pagi, bertujuan mendesak kerajaan membebaskan ahli-ahli PSM yang ditahan dan menyatakan sokongan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Difahamkan, selain itu, alamat penginapan Castillo di Kajang sama dengan alamat pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM). Akhbar hari ini melaporkan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan menuduh akhbar Utusan Malaysia membuat laporan karut mengenai lelaki Filipina, Castillo dan warga Korea, Min Young Song yang didakwa ejen asing untuk membawa gerakan komunis di negara ini. Menurut Arutchelvan, kehadiran Castillo dan Young Song, 24, ke negara ini bukan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan, sebaliknya datang menyertai Kongres PSM pada 3 hingga 5 Jun lalu. Katanya, walaupun hadir sepanjang program PSM di Johor baru-baru ini, mereka berdua tidak membuat ucapan umum atau terlibat dalam perhimpunan atau sebarang aktiviti yang boleh dilabel sebagai jenayah. Sebelum ini, polis menahan 30 individu daripada PSM yang dipercayai penyokong Bersih di dalam sebuah bas ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan haram Bersih. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan