Selasa, 28 Jun 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Ubi Vitato beri pendapatan lumayan

Posted:

Ubi Vitato beri pendapatan lumayan

Ubi Vitato beri pendapatan lumayan

28/06/2011 5:29pm

BESUT – Para peserta mini estet ubi Vitato di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pelagat mampu memperoleh pendapatan bersih melebihi RM2,000 sehingga RM15,000 sebulan, bergantung kepada keluasan tanah yang diusahakan dengan tanaman itu.

Pengurus Besar PPK Pelagat Zakaria Ibrahim berkata kini terdapat seramai 50 peserta yang menyertai mini estet ubi Vitato PPK Pelagat yang membabitkan kawasan seluas 38.4 hektar.

"Ubi Vitato boleh mengeluarkan hasil dalam masa tiga bulan selepas ditanam.

Harga ubi Vitato kini adalah RM1 sekilogram di peringkat ladang manakala di pasaran antara RM1.50 hingga RM2 sekilogram," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Beliau berkata musim pertama tanaman tahun ini telah mula dituai seminggu lepas dan setakat ini pengeluaran mencapai 15 metrik tan sehektar.

"Habis musim ini, kita akan menanam untuk musim kedua pula," katanya.

Zakaria berkata tanaman ubi Vitato akan dijadikan tanaman utama bagi menggantikan tanaman tembakau, dan mini estet tanaman itu mula diperkenalkan kepada para peserta tahun lepas selepas tanaman tembakau dihentikan.

Selain itu, katanya peserta juga akan menanam jagung sebagai tanaman sampingan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diesel dan petrol subsidi dirampas

Posted:

Diesel dan petrol subsidi dirampas

Diesel dan petrol subsidi dirampas

28/06/2011 3:29pm

BUKIT MERTAJAM – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Pulau Pinang menahan lima lelaki dan merampas 61,110 lieter diesel dan petrol subsidi bernilai RM200,000 di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, M. Guna Selan berkata, rampasan dilakukan di dua lokasi iaitu Bukit Tengah di sini dan Simpang Ampat di Nibong Tebal kira-kira pukul 6 pagi tadi oleh 10 pegawai penguatkuasa.

"Kita melakukan intipan dan pemantauan sejak seminggu lepas selepas mendapati berlaku aktiviti mencurigakan ekoran banyak lori minyak keluar masuk di dua kawasan berkenaan setiap hari," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lima lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun yang ditahan itu bekerja di dua stor yang diserbu itu.

Katanya empat lori tangki dan sebuah lori yang diubah suai dan digunakan untuk membeli minyak diesel serta petrol di Seberang Perai Tengah (SPT) turut disita.

"Kita percaya sindiket berkenaan menjadikan dua stor terbabit sebagai tempat transit minyak yang dibeli di sekitar SPT sebelum diseludup ke sempadan," katanya.

Guna Selan berkata siasatan awal juga mendapati sindiket berkenaan baru beroperasi di dua tempat yang diserbu itu sejak beberapa bulan lepas.

Katanya kes itu disiasat menurut Akta Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau tiga tahun penjara untuk individu atau kedua-duanya manakala syarikat pula didenda tidak melebihi RM250,000. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mtex Langkawi terpaksa dibatalkan

Posted:

Mtex Langkawi terpaksa dibatalkan

Mtex Langkawi terpaksa dibatalkan

28/06/2011 3:28pm

LANGKAWI – Penganjuran Ekspo Pelancongan Malaysia (Mtex) 2011 yang dirancang oleh Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) untuk diadakan di sini mulai 25 hingga 28 September ini terpaksa dibatalkan berikutan faktor kewangan.

Pengerusi bersama Mtex, Pishol Ishak berkata, pembatalan itu dibuat kerana tidak mendapat kerjasama beberapa pihak seperti syarikat penerbangan yang mengenakan tambang tinggi kepada agensi-agensi pelancongan negara-negara yang mengambil bahagian, walaupun setelah beberapa rundingan dibuat.

"Selain itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tidak dapat memberi bantuan dan kerjasama bagi menjayakan program ini. Pihak agensi itu tidak mempunyai bajet (peruntukan) untuk program ini," katanya di sini hari ini.

Pishol, yang juga Pengerusi Matta Kedah, berkata Exco Matta yang bermesyuarat pada 25 Jun lepas di Kuala Lumpur membuat keputusan membatalkannya dan kemungkinan mengadakannya di Kuala Lumpur tahun depan.

Matta sebelum ini memilih Langkawi sebagai tuan rumah Mtex untuk tiga tahun berturut-turut mulai tahun ini, bagi memajukan industri pelancongan dan meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau peranginan ini dan Malaysia.

Matta pernah dua kali mengadakan Mtex, yang pertama di Melaka pada April 2007 dan kemudian di Kuala Lumpur pada Mei 2008 dengan kedua-dua acara mendapat sambutan yang baik. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan