Utusan Online - Politik |
Anwar wajib letak jawatan – Zul Noordin Posted: Anwar wajib letak jawatan – Zul NoordinOleh METRA SYAHRIL MOHAMED KUALA LUMPUR 24 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk 'T' menyerupai Ketua Pembangkang itu. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang 'tampering' (diubah-ubah) serta 'superimpose' (imej ditindih). Menurut beliau, bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku. "Dia wajib letak jawatan. Semua jawatan. Tiada dolak-dalih, tiada putar-belit dan tiada bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Letaklah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain. "Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor. "Hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama terutama dari Pas. Ringkasnya, pergilah bertaubat. Cucilah diri," katanya dalam entri terbaru bertajuk 'Dah terang bersuluh pula!' di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain pengesahan pakar dan bukti daripada CCTV, kelibat Shazryl Eskay turut muncul dalam klip video tersebut. "Klip video berkenaan juga mengesahkan terdapat tiga watak di dalamnya iaitu seorang lelaki (Shazryl Eskay), seorang lelaki dikenal pasti sebagai Anwar dan seorang wanita berbangsa Cina. "Perlu saya tekankan di sini, kita tidak menuduh Anwar berzina dengan wanita itu. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syarak. "Apa yang penting di sini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam," tegas beliau. Katanya, dalam beberapa kejadian yang berlaku di AS, Turki dan Indonesia sebelum ini, sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan 'jenayah' lucah. "Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen, Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu. "Kadang-kadang, bila tengok rentetan peristiwa di luar negara, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka," ujarnya. Zulkifli kemudiannya menggesa rakyat supaya berhati-hati ekoran sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkannya bahawa terdapat perancangan untuk membuat satu klip video palsu atau mengubah suai klip video yang ditayangkan Shazryl Eskay sehingga menimbulkan keraguan. "Video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat laporan polis mendakwa UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar klip video itu," tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Bukti UMNO tiada kaitan - Khairy Posted: Bukti UMNO tiada kaitan - KhairyKUALA LUMPUR 24 Jun - Tindakan undang-undang ke atas trio Datuk 'T' hari ini membuktikan bahawa perbuatan menayangkan video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang itu tidak ada kena-mengena dengan UMNO. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, hukuman itu juga sekali gus menafikan dakwaan pembangkang yang selama ini menjaja bahawa UMNO menjadi dalang dalam penyebaran video berkenaan. "Tindakan undang-undang itu adalah baik kerana tiada layanan istimewa diberikan oleh UMNO kepada trio Datuk 'T' ini dan mereka sewajarnya dihukum. "Malah, sejak pendedahan video membabitkan trio itu, UMNO tetap dengan pendirian bahawa tindakan mereka tidak mempunyai kaitan dengan kita," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Konvensyen Pemuda PPP 2011 di sini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan