Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 28 Jun 2011 02:57 PM PDT MukaDepan Penahanan dua warga luar negara di Johor disyaki cuba peralat kumpulan pengacauPUTRAJAYA: Penahanan dua warga asing di Johor pada Sabtu lalu kerana disyaki ada kaitan dengan penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini menunjukkan anasir asing sudah meresap masuk dalam kumpulan pengacau itu untuk kepentingan peribadi dan menyebarkan ideologi politik tertentu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata selain mereka, siasatan polis mendapati ada lagi individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang memperalatkan perhimpunan haram itu untuk kepentingan mereka, tetapi mungkin tidak disedari oleh penganjur perhimpunan itu sendiri. "Saya rasa kumpulan pengacau itu sudah memulakan sesuatu yang mereka sendiri tidak dapat kawal dan jauh terpesong daripada matlamat asal kononnya mahu memastikan proses pilihan raya di negara ini benar-benar telus serta bebas daripada penyelewengan," katanya pada sidang media selepas membentangkan kertas kerja pada Persidangan dan Pameran Kelengkapan Umum Polis (GPEC) Kedua Asia 2011 di sini, semalam.Beliau tidak menyatakan kewarganegaraan dua warga asing terbabit. Bagaimanapun, seorang warga Filipina, Romeo Castillo, 59, dan warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di Johor, pada Sabtu lalu bersama 29 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi membantu siasatan berhubung kegiatan cuba menghebahkan propaganda komunis. Hishammuddin juga berkata, kedua-dua mereka sedang disiasat dan dalam proses untuk diusir keluar dari negara ini. "Majoriti rakyat kini sudah menyedari tembelang kumpulan itu dan sesiapa saja yang berfikiran rasional akan menolak budaya demonstrasi haram, lebih-lebih lagi apabila matlamat perjuangan asal diputar belit dan dimanipulasi pihak tertentu untuk agenda politik peribadi," katanya. Beliau turut memberi amaran supaya jangan membuat provokasi seolah-olah sengaja memaksa kerajaan menahan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudian mengkritik kerajaan kerana menggunakan akta itu. "Saya harap kumpulan itu tahu apa yang mereka mahu lakukan kerana nampaknya sudah banyak pertubuhan lain dan orang luar mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi yang tiada kaitan langsung dengan isu pilihan raya," katanya. Terdahulu, ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran dan Pengurusan Ancaman Jenayah Transnasional Dalam Abad Ke-21, Hishammuddin berkata kegiatan anasir subversif kekal menjadi igauan ngeri dalam strategi keselamatan keseluruhan negara. "Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya sentiasa menekankan bahawa Malaysia tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang mengancam ikatan perpaduan rakyat pelbagai kaum. Namun, apa yang sebelum ini menjadi ancaman dalam negara, kini terdedah kepada dunia luar kerana jenayah rentas sempadan semakin berleluasa sehingga menggugat kedaulatan negara," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmie rebus yg pasti melayu dgn melayu akan bertempur sesama sndiri...menang sorak kg tergadai... mohd lasa jangan beri ruang berita untuk mereka. ini akan memencilkan meriks. mungkin 1% sahaja cukup. aziz langkawi aku pernah keje luar negara,aku rindu. aku sayang Negara aku,betapa untungnya aku. SEDAR BANGSA KU tiada negara sebaik MALAYSIA. MALAYSIA TUMPAH DARAH KU peace kecewa apabila ada segelintir org melayu yg xtahu menghargai keamanan. sedangkan nenek moyang kita bermandi darah utk menjadikan negara aman dan merdeka. janganlah disebabkan berlainan fahaman politik, keselamatan negara digadai dan maruah bangsa dicabul. carilah jalan penyelesaian yg lebih baik utk merungkai segala permasalahan. bukan dgn demonstrasi jalanan yg hanya akan merugikan byk pihak. kepada semua umat melayu khususnya dan rakyat Malaysia, janganlah kita terjebak dgn perkara2 yg boleh memudaratkan diri kita dan negara Malaysia yg kita cintai ini.. jebat mnang jadi abu kalah jadi arang... ape nak jadi orang melayu... smata2 nak rbutkan kuasa.. mangsa orang melayu juga n gaduh orang melayu juga... mohd zamri zamri melayu oh melayu ( islam )...apabila kaumnya x tidas, x di zalim seperti umat islam di negara thailand, arab. seperti kita semua tahu umat islam di bunuh, di zalim, pergaduhan sesama sendiri tanpa di suruh...9 julai kita lihat pula tahap kecerdikan pemikiran umat islam di malaysia, bertembung sesama sendiri, saya yakin 80% yg trun adalah melayu islam...maknanya x perlu di tindas r di zalim melayu islam sendiri cari pasal..sekiranya berlaku kematian mana2 pihak..x mustahil akan kluar fatwa 'shayid tulen n syahid x tulen'..kita ada cerdik pandai golongan agama n agama kita menekankan hubungan sesama islam, tetapi kenapa sampai hari ini pemimpin islam kita gagal dalam isu perpaduan antara pemimpin islam..yg di tunjukkan adalah dendam kesumat, semangat untuk bermusuh sesama sendiri..BILA NAK SEDAR PUN X TAHU!!! nisma sani janganlah kita terlampau fanatik sehingga menjejaskan keamanan negara. zmie Selamatkan Malaysia...Jauhi perhimpunan haram BERSIH. Hindari AMBIGA.. Ross Kelebihan negara kita adalah stabiliti dan keamanan. Kalau kita tidak dapat jaga 2 perkara ini, maka kita pun sama dengan beberapa negara jiran. Harap sangat polis bertindak tegas sebab rangkaian pengaruh asing ini mungkin lebih dari apa yang kita sangka. rakyat malaysia kalau benda yg dh x betul kena la betul kan.....fahammm.... pencinta keamanan 9 JULAI lebih hebat daripada 13 MEI? ini pendapat saya memandangkan ada beberapa pihak yang mahu turun seperti, pemuda umno,perkasa,silat lincah & lain2.saya bkn menyebelahi mana2 parti politik.apa yg merisaukan saya 9 julai akan menjadi sejarah hitam buat malaysia.Antara kesan yang akan berlaku ialah ekonomi Malaysia akan jatuh merudum,premis perniagaan xberoperasi,rakyat sendiri hidup dalam ketakutan,keperluan asas sukar diperolehi..sebenarnya bangsa lain cuma menunggu peluang sahaja untuk menjatuhkan sistem Perlembangan Malaysia yg banyak dikuasai bangsa Melayu.Jika kita lihat,fahaman komunis juga cuba disebarkan.Susah payah org terdahulu berjuang menentang komunis,skrg ada cubaan untuk menyebarkan semula.Negara asing juga mengintai & menunggu peluang untuk menjatuhkan Malaysia.Harapan saya, tiada perkara buruk yg jadi kat Malaysia pada 9 julai.kepada pembaca BH, wajarkah kita menyimpan keperluan asas untuk mengelakkan terputus bekalan? janganlah jadi seperti pak pandir "menang sorak,kampung tergadai"....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan