Berita Harian: Wilayah |
Posted: 29 Jun 2011 10:40 AM PDT Wilayah SEBAHAGIAN pendatang yang ditahan PGM. KOTA TINGGI: Sekumpulan 25 pendatang tanpa izin Indonesia, nyata menggadai nyawa apabila menaiki bot bocor dikendalikan dua tekong untuk pulang ke negara asal menerusi pantai daerah ini, awal pagi semalam. Namun, perjalanan pulang mereka secara bersesak dalam bot tanpa memakai sebarang jaket keselamatan itu, tersekat apabila ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) di luar Pantai Tanjung Pengelih di sini, kira-kira jam 12.05 pagi. Dalam gerakan itu, sepasukan anggota PGM yang menjalankan rondaan Operasi Octapus dengan Bot Ronda RH24 terserempak bot fiber sepanjang kira-kira lapan meter dalam keadaan mencurigakan sedang menghala ke arah perairan antara bangsa.Komander PGM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, menyedari kehadiran anggotanya, tekong bot berkenaan cuba memecut melarikan diri apabila diarah berhenti untuk pemeriksaan. "Kejadian itu menyebabkan anggota PGM terpaksa mengejar kira-kira 10 minit, sebelum berhasil memintas bot berkenaan. Pemeriksaan mendapati bot yang dilengkapi enjin 200 kuasa kuda itu dikendalikan seorang tekong dan pembantunya membawa 25 pendatang tanpa izin termasuk tujuh wanita. "Ketika ditahan, bot kecil yang sesak dengan penumpang itu sudah mengalami kebocoran. Semua warga asing terbabit nyata menggadai nyawa mereka kerana masing-masing tidak memakai jaket keselamatan sepanjang berada dalam bot terbabit, " katanya di sini, semalam.
"Tangkapan terbabit termasuk 16 wanita serta dua kanak-kanak yang dipercayai dikumpulkan dalam ladang sawit itu sementara menunggu peluang untuk dibawa pulang secara haram ke negara asal. "Mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan menggunakan khidmat sindiket untuk menguruskan kepulangan ke negara asal," katanya. Katanya, sepanjang tempoh enam bulan tahun ini, PGM Wilayah Dua sudah membuat 52 tangkapan membabitkan 558 pendatang tanpa izin serta 10 tekong, sama ada ketika cuba masuki atau keluar dari negara ini. Katanya, jumlah tangkapan yang dilakukan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu apabila 371 warga asing daripada pelbagai negara ditahan oleh pasukan terbabit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 29 Jun 2011 10:39 AM PDT Wilayah Motosikal bertembung kereta ketika ke pasar malam beli sateJITRA: "Saya sedih kerana arwah kempunan tidak sempat makan sate ayam yang baru hendak dibeli di pasar malam," kata ibu pelajar tingkatan tiga yang maut selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan untuk ke pasar malam berdekatan rumahnya di Jalan Sungai Korok di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.15 malam, Mohd Firdaus Kamis, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam di sini, mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan muka manakala rakannya, Mohd Nazrul Rusli, 15, yang membonceng motosikal itu cedera parah serta dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Ibu Mohd Firdaus, Habsah Shariff, 50, berkata sebelum kejadian anak bongsu daripada tiga beradik itu meminta wang RM10 daripadanya untuk membeli sate di pasar malam berhampiran rumah mereka selepas mendakwa tidak berselera untuk makan nasi.Selepas itu, katanya, arwah terus ke rumah Mohd Nazrul di kampung berhampiran sebelum pergi ke pasar malam dengan menaiki motosikal. "Tidak lama kemudian saya mendapat tahu dia terbabit kemalangan," katanya ketika ditemui semalam. Jenazah Mohd Firdaus dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Sepat, pagi semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga masuk ke laluan bertentangan kerana mahu mengelak sebuah kereta Perodua Kancil yang keluar secara melulu dari simpang berhampiran.
Beliau berkata, pemandu Proton Saga dan Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan dan keterangan mereka sudah diambil untuk siasatan lanjut. "Seorang lagi mangsa yang cedera parah kini ditempatkan di HSB,"katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan