Utusan Online - Kota |
Posted: Derita 350,000 pembeli rumahOleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB SERAMAI 500 pembeli di lapan projek perumahan yang terbengkalai berhimpun di hadapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pusat Bandar Damansara bagi mendesak campur tangan dan tindakan tegas kerajaan terhadap pemaju yang terlibat, kelmarin. KUALA LUMPUR 30 Jun – Lebih 350,000 pembeli di lapan buah projek perumahan terbengkalai sekitar Lembah Klang kini semakin tertekan berikutan masalah yang mereka hadapi itu belum menampakkan sebarang tanda penyelesaian. Pelbagai usaha sudah dilakukan dan yang terbaru, kira-kira 500 orang yang mewakili keseluruhan pembeli terbabit berkumpul di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini bagi membantah kegagalan pemaju menyiapkan projek mengikut jadual. Dalam perhimpunan tersebut, mereka menyerahkan memorandum untuk meminta kementerian berkenaan campur tangan dan bertindak tegas bagi menangani masalah terbabit. Memorandum itu diserahkan oleh wakil pembeli, Mohd. Akram Mohd. Akhbar, 58, kepada wakil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Apa yang menarik ialah kesemua yang hadir memakai baju berwarna oren yang tertera tulisan "100,000 keluarga mangsa projek terbengkalai" bagi menyatakan perasaan mereka. Rata-rata mereka terdiri daripada pembeli dari kawasan perumahan terbengkalai di Taman Ukay Bistari, Lestari Puchong Fasa 3, Taman Bukit Jalil, Taman Lestari Perdana, Taman Puncak Jalil, Bukit Pandan Bistari dan Lake Villa, Putra Perdana. Mohd. Akram ketika ditemui berkata, projek-projek perumahan itu sudah dimulakan sejak 10 tahun lepas, namun sehingga kini pembeli masih tidak mendapat rumah yang mereka beli. Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, para pembeli sering tertekan menanti rumah mereka yang tidak siap-siap walaupun pihak pemaju sering kali menjanjikan rumah akan siap dalam masa terdekat. Ujarnya, selain tertekan, pembeli-pembeli itu juga kerugian dari segi kewangan kerana terpaksa membayar faedah pinjaman bank setiap bulan dan ramai yang sudah membayarnya sejak 10 tahun lepas. "Kalau dihitung, rata-rata pembeli sudah membayar lebih RM 50,000 sepanjang tempoh itu tetapi rumah yang dibeli tidak juga disiapkan. Ramai juga yang terpaksa menyewa rumah lain," katanya. Sehubungan itu, katanya, pembeli merayu agar pihak kementerian segera mengambil tindakan sama ada mengarahkan pemaju yang terlibat menyiapkan projek mereka atau mencari pemaju ganti. "Kami sudah tidak tahu lagi ke mana hendak mengadu...kerajaan sahajalah yang dapat membantu kami menyelesaikan perkara ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
'Hanya kerajaan harapan terakhir kami' Posted: 'Hanya kerajaan harapan terakhir kami'KUALA LUMPUR 30 Jun - Lebih 350,000 pembeli di lapan projek perumahan di Lembah Klang yang terbengkalai sangat berharap kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi selama ini. Mereka kini sudah tidak sanggup kerana terpaksa menanggung beban membayar faedah bank dan dalam masa yang masa membayar sewa rumah yang dihuni sekarang. Kata mereka, sudah terlalu lama pembeli bersabar dan berharap janji-janji yang diberikan oleh pemaju akan ditunaikan tetapi sehingga kini, semuanya hampa. Seorang pembeli, Noraidah Hatta, 40, berkata, sudah tujuh tahun dia menantikan rumah yang dibelinya di Taman Ukay Bistari untuk disiapkan sehingga kadang kala dia merasa seperti sudah berputus asa. Katanya, rumah terbabit sepatutnya siap pada tahun 2004, namun sampai sekarang masih belum siap dan melihat pada keadaan terkini di projek perumahan terbabit, tidak ada tanda-tanda ia akan siap dalam masa setahun dua ini. Dia mengakui sangat kecewa dan sedih dengan situasi yang dialami sekarang dan berharap ada pihak khususnya kerajaan akan membantu pembeli teraniaya sepertinya. "Setiap bulan saya masih membayar faedah pinjaman dan juga perlu membayar sewa rumah yang dihuni sekarang. "Keadaan ini amat merumitkan memandangkan saya bukannya terdiri daripada golongan berada. Pendapatan bulanan perlu dibelanja dengan bijak bagi mengelak masalah kewangan yang serius," katanya di sini semalam. Seorang lagi pembeli, Zaina Omar, 36, berkata, dia menunggu rumah yang dibelinya daripada tidak mempunyai anak sehinggalah sudah mempunyai empat orang anak kini, namun rumahnya masih belum siap juga. Katanya, dia berharap, sebelum dia mendapat seorang lagi cahaya mata, rumah yang dibelinya itu akan disiapkan. Mohamad Rosli Md. Samah, 38, pula berkata, dia membeli rumah kira-kira sembilan tahun lepas namun sehingga kini rumah yang dibeli masih tidak siap. Katanya, sepanjang tempoh tersebut, dia sudah membayar hampir RM50,000 faedah pinjaman bank dan akan terus membayarnya selagi rumah itu tidak siap dan diserahkan kepada pembeli. "Saya berharap pihak kementerian akan membantu kami tetapi bukan dengan hanya menyenarai hitam pemaju yang terlibat kerana ia tidak akan membantu pembeli," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: 2 pejabat UMNO disimbah catOleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR 30 Jun – Kakitangan di pejabat UMNO Bahagian Cheras dan Bandar Tun Razak di sini gempar apabila mendapati pekarangan pejabat mereka disimbah dengan cat kuning dan dilempar bangkai ayam serta kucing pagi semalam dan hari ini. Kedua-dua kejadian itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki bermotosikal antara pukul 2 hingga 6 pagi. Menurut Pengurus Urus Harta UMNO Bahagian Cheras, Mohd. Idrus Mohd Isah, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh kakitangannya kira-kira pukul 8.15 pagi ini. Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di pekarangan pejabat di Jalan Peel, beliau mendapati beberapa bahagian pintu dan dinding pejabat disimbah dengan cat kuning dan terdapat dua ekor bangkai ayam. "Kami tidak menolak kemungkinan kejadian ini dilakukan oleh kumpulan penyokong satu perhimpunan yang dirancang tidak lama lagi kerana rasa tidak puas hati dengan tindakan kita (UMNO) menentang perhimpunan haram tersebut. "Bagaimanapun, saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Berikutan kejadian itu, Mohd. Idrus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira pukul 9.30 pagi. Sementara itu, Pembantu Khas UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di Taman Tenaga, Cheras, Sharuddin Zainal Abidin berkata, pihaknya menemui empat bangkai ayam dan satu bangkai kucing yang dilemparkan di pekarangan pejabat mereka semalam namun tidak membuat laporan polis. Beliau berkata, bagaimanapun, apabila mendapati pejabat UMNO bahagian itu disimbah dengan cat kuning kira-kira pukul 6.30 pagi ini, beliau bertindak membuat laporan di balai polis berhampiran. "Individu yang bertanggungjawab melakukan perkara ini sengaja menggunakan cat kuning yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Bersih," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan mengenai kedua-dua kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat pada kedua-dua pejabat tersebut. "Kami sedang memburu individu yang bertanggungjawab melakukan perkara itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan