Berita Harian: Mutakhir |
Pegawai muda kastam gagal isytihar harta disebabkan baru bertugas Posted: 24 Jun 2011 03:26 AM PDT Mutakhir JOHOR BAHRU: Kebanyakan pegawai Kastam Diraja Malaysia yang gagal mengisytiharkan harta mereka terdiri daripada pegawai muda yang sememangnya tidak mempunyai harta disebabkan baru bertugas dengan agensi itu, kata Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad.Katanya, pegawai berkenaan tidak mengisi borang pengisytiharan harta kerana berpendapat mereka tidak perlu berbuat demikian disebabkan mereka tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan. Ibrahim memberitahu bahawa mereka ini tidak menyedari bahawa peraturan jabatan menghendaki mereka mengisi borang pengisytiharan itu walaupun tidak mempunyai sebarang harta. Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Khazali Ahmad dilaporkan berkata, semalam bahawa 3,900 pegawai jabatan itu gagal mengisytiharkan harta masing-masing, dan mereka ini berhadapan kemungkinan tidak dinaikkan pangkat, tidak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran, tidak dibenarkan bercuti di luar negara dan tidak boleh bertugas di luar negara.Menurut Ibrahim, 3,900 pegawai terbabit termasuk mereka yang bertugas di Sabah dan Sarawak. Katanya, kesatuan akan membantu pegawai yang gagal mengisytiharkan harta itu memenuhi tanggungjawab mereka dengan mengisi borang pengisytiharan harta. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Jenazah juruterbang Malaysia dibawa pulang dari Medan Posted: 24 Jun 2011 03:22 AM PDT Mutakhir JAKARTA: Jenazah juruterbang Malaysia, Allahyarham Kolonel (B) Zakaria Salleh, dibawa pulang ke tanah air hari ini untuk dikebumikan di Rawang.Mengiringi jenazah dalam penerbangan Malaysia Airlines, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan, Sumatera, pada 3.50 petang waktu tempatan, adalah balu Allahyarham, Laila Zurina Ahmad Nordin dan tiga orang lagi. Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman, berkata jenazah Zakaria sebelum itu diterbangkan ke Medan dari Padang, menggunakan pesawat Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI AU) kira-kira 11 pagi. "Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia kerana semua kerjasama dan bantuan mereka dalam melancarkan usaha kami untuk membawa pulang jenazah Kolonel Zakaria," katanya ketika dihubungi di Medan.Zakaria, 56, terbunuh selepas pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang di Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat, petang semalam. Allahyarham sedang menerbangkan pesawat Cristian Eagle apabila kemalangan itu berlaku pada 5.24 petang. Lapan pesawat dari Malaysia mengambil bahagian dalam pertunjukan udara itu.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan