Harian Metro: Setempat |
Sindiket ekor sasar kereta VIP Posted: 26 Jun 2011 11:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Sindiket ramalan nombor ekor yang menjadikan orang Melayu sebagai sasaran baru kegiatan penipuan itu bukan saja memperdayakan mangsa dengan menawarkan khidmat sami Buddha yang menjanjikan kemenangan, malah turut menjadikan pemilik kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran eksklusif sebagai sasaran. Bergiat aktif di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan umum terutama orang Melayu, sindiket terbabit dikesan menggunakan taktik mudah untuk mencari mangsa dengan menjadikan pemilik kenderaan mewah dengan 'nombor VIP' sebagai sasaran untuk memperdaya mangsa kononnya boleh menggandakan wang pertaruhan dengan pertolongan sami dari negara jiran.
Menurutnya, sindiket itu menyasarkan pemilik kenderaan daripada orang kenamaan (VIP) berdasarkan nombor pendaftaran tertentu selain jenis kereta yang diguna bagi memudahkan mereka menjerat mangsa dengan tawaran memenangi wang judi terbabit. Katanya, mangsa yang menghubungi nombor telefon tertera akan diyakinkan dengan kebolehan 'luar biasa' sami terbabit dikatakan mampu meramal tepat cabutan empat nombor ekor dengan nilai kemenangan mencecah jutaan ringgit.
Muhd Khairun yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno berkata, mangsa akan ditunjukkan beberapa gambar wang berkenaan sebagai bukti kemenangan selain dipujuk menyertai pakej tertentu yang ditawarkan dengan harga berbeza. Bagaimanapun, katanya, dalam kes terbaru minggu lalu, mangsa terselamat daripada menjadi mangsa sindiket terbabit selepas didesak menyerahkan wang kononnya sebagai imbuhan kepada sami terbabit walaupun pada awalnya bersetuju untuk berbuat demikian.
Akhbar ini minggu lalu melaporkan kegiatan satu sindiket yang aktif di Lembah Klang dikesan cuba mengedarkan risalah itu dengan meletakkannya pada cermin kenderaan milik orang Melayu di kompleks beli-belah terkemuka di ibu negara dan Selangor. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 26 Jun 2011 11:06 AM PDT KLANG: Satu sindiket memindahkan gas petroleum cecair (LPG) subsidi dari tong gas domestik ke tong gas industri di sebuah kilang di Kampung Jawa, di sini, tumpas dalam serbuan yang dilakukan 18 pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Putrajaya, malam kelmarin. Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang, berkata risikan pegawai KPDNKK selama dua minggu mendapati kilang terbabit beroperasi secara haram dan tidak berdaftar di bawah KPDNKK.
Menurutnya, kilang terbabit menggunakan tujuh pam utama dan mempunyai 400 saluran paip bagi melakukan proses pemindahan gas itu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 jika disabitkan kesalahan individu terbabit akan didenda RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan