Kosmo Online - Negara |
Muslihat hidupkan fahaman komunis Posted: Muslihat hidupkan fahaman komunis Oleh RIZAM ZAKARIYA ABD. RAHIM (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada kumpulan dipercayai ahli PSM di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. KEPALA BATAS - Polis percaya kumpulan 31 warga tempatan yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, dekat sini ketika menaiki sebuah bas petang kelmarin, cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, ia berdasarkan penemuan pelbagai bukti yang ditemui dan dirampas pihak polis di dalam bas yang dinaiki oleh kumpulan tersebut. "Kumpulan itu dilihat cuba mewujudkan semula fahaman komunis menerusi Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan nanti. "Ini satu perkara serius yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini semalam. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan perhimpunan di ibu kota pada 9 Julai ini. Menurut Abd. Rahim lagi, beberapa barangan yang dirampas daripada kumpulan terbabit dengan jelas cuba menghasut rakyat supaya menentang kerajaan dengan menyertai Perhimpunan Bersih terutamanya menerusi beberapa jenis risalah yang dicetak dalam pelbagai bahasa. Selain itu katanya, beberapa helai baju-T berwarna merah yang dirampas juga ada mempunyai cetakan gambar pemimpin fahaman komunis iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin, Chin Peng dan Suriani Abdullah selain beberapa helai baju lain yang tertera tulisan serangan neo-liberal rakyat terus sengsara dan anti-capitalism. Jelas Abd. Rahim, polis turut merampas 15 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Tamil, 10 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Melayu, 15 bendera logo Parti Sosialis Malaysia (PSM), 600 helai risalah tertera Perhimpunan Bersih 2.0 dalam bahasa Melayu dan 1,500 helai risalah PSM dalam bahasa Melayu. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Khairy terima SMS ugutan bunuh Posted: Khairy terima SMS ugutan bunuhKHAIRY menunjukkan SMS ugutan yang diterimanya di KLIA, Sepang semalam. SEPANG - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tengah malam kelmarin yang ditujukan kepada ahli Pemuda UMNO yang akan menyertai perhimpunan 9 Julai ini. SMS itu yang diterima pada pukul 12.18 tengah malam dari nombor yang tidak dikenali pemiliknya turut mengandungi kata-kata kesat. Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam, Khairy berkata, laporan polis mengenai perkara tersebut akan dibuat oleh setiausaha pergerakan itu, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima SMS serupa dari nombor yang sama. "Saya nampak perkara ini amat bahaya sekali dan mengancam keselamatan dan seolah-olah memberi satu ancaman terhadap mana-mana ahli Pemuda UMNO yang ingin turun pada 9 Julai. "Saya harap polis boleh mengambil tindakan sebab ini adalah perkara yang serius," tegasnya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Menteri sedia jumpa keluarga Oleh NORLIDA AKMAR IDROS ALOR SETAR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung sedia berjumpa keluarga bekas pelatih bomba bagi mendengar sendiri kejadian sebenar rambut wanita itu dipotong sehingga botak ketika menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu pada 2 Mei lalu. Sehubungan itu, beliau akan menetapkan satu tarikh yang sesuai bagi mengatur pertemuan dengan keluarga bekas pelatih bomba tersebut. "Saya sedia berjumpa keluarga bekas pelatih itu bagi mendengar sendiri insiden yang berlaku seterusnya berbincang dengan baik supaya keadaan dapat dijernihkan semula," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Berhubung permohonan maaf, Chee Heung berkata, ia sudah dilakukan secara terbuka menerusi media kelmarin dan berharap agar keluarga bekas pelatih bomba itu dapat menerimanya dengan baik. "Saya harap keluarga bekas pelatih itu dapat terima permohonan maaf itu kerana ia telah dilakukan secara terbuka dan selepas ini satu pertemuan akan diatur dengan mereka," ujarnya lagi. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan