Berita Harian: Wilayah |
Diskaun lima peratus bayar cukai tanah online Posted: 23 Jun 2011 03:31 PM PDT Wilayah RAJA NONG CHIK bersama pemenang selepas Majlis Penyampaian Hadiah Jom Bayar dan Menang sempena Hari Bertemu Pelanggan PPTGWP di Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah meluluskan diskaun atau pengurangan lima peratus kadar cukai tanah kepada pemilik tanah di Wilayah Persekutuan yang membuat pembayaran secara dalam talian. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, setakat Mei lalu, jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan secara dalam talian bagi membayar cukai tanah mencecah 13.91 peratus dengan transaksi sebanyak RM6.8 juta. Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 52.94 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu. "Dalam usaha memastikan berlakunya peningkatan berterusan membabitkan angka ini, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) turut mewujudkan kaunter pembayaran secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan menjelaskan pembayaran cukai tanah serta mendapatkan maklumat berkaitan."Pembayaran cukai secara dalam talian ini boleh dilakukan sama ada di laman rasmi PPTGWP, Maybank2u.com, CIMB Clicks, Pos Online, HSBC Online, Affin Online dan RHB Online. "Saya percaya peningkatan yang berlaku dalam jumlah kutipan cukai tanah pada masa ini antara lain disebabkan kemudahan diwujudkan di bawah PPTGWP," katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Jom Bayar dan Menang sempena Hari Bertemu Pelanggan PPTGWP yang diadakan di Rumah Persekutuan, di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persektuan, Hasim Ismail. Selain insentif Jom Bayar dan menang, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Raja Nong turut bersetuju memberi insentif Diskaun Premium Pemberimilikan Tanah (Notis 5A) yang akan menyaksikan pengurangan premium diberi kepada pemohon yang menjelaskannya dalam tempoh ditetapkan. Sementara itu, See Kok Leong,65, yang memenangi hadiah kereta bagi utama cabutan Jom Bayar dan Menang berkata, amalan membayar awal cukai tanah miliknya memberi rezeki hingga mampu memenangi hadiah lumayan itu. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Wilayah Petaling, Sepang alami gangguan bekalan air Selasa Posted: 23 Jun 2011 03:30 PM PDT Wilayah KUALA LUMPUR: Penduduk di Wilayah Petaling dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 12 jam pada Selasa ini bermula jam 9 malam hingga jam 9 pagi keesokannya.Gangguan berkenaan bagi memberi laluan kerja pembaikan paip bocor dan penggantian injap bersaiz 1,200 milimeter di Puchong Gateway, Wilayah Petaling oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Kawasan terbabit di keseluruhan Lestari Perdana; Lestari Puchong; Taman Desaminium; kawasan Kota Perdana; Bandar Putra Permai; Taman Pinggiran Putra; Bandar Bukit Jalil; Saujana Puchong; Bandar Puncak Jalil; Lestari Putra; Prima Tropika; Pasar Borong Selangor; Seri Kembangan; Taman Datok Demang; Hospital Serdang; Kompleks Agrobio, Serdang dan Hospital Veterinar, Serdang. Di Wilayah Sepang pula, ia membabitkan IOI; IKRAM; Taman Suria Tropika; MARDI; Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); Dato' Abu Bakar Baginda; Taman D'Alpina; Taman Prima Tropika; Taman Alam Putra dan Plaza Tol Ayer Hitam (SKVE).Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som, berkata pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berkenaan. Jika mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL Komen Anda |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan