Ahad, 26 Jun 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


RM2j guna teknik thermografik

Posted:

RM2j guna teknik thermografik

RM2j guna teknik thermografik

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my

MACHANG 25 Jun - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menjalankan kerja-kerja pemeriksaan menggunakan teknik thermografik sebagai langkah mengurangkan gangguan bekalan kepada pelanggannya dan mencegah kebakaran.

Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Zulkffli Ab. Rahaman berkata, alat pengimbas khas yang dikenali sebagai thermografi itu diperkenalkan sejak tiga tahun lalu untuk mengesan punca yang menyebabkan berlaku peningkatan haba pada peralatan disebabkan pertambahan beban, sambungan longgar, penambahan cuaca atau suhu serta kecuaian manusia.

''Peruntukan tersebut melibatkan lebih kurang 11,000 pemegang akaun TNB di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan TNB yang antara lain tujuannya mengelak kejadian kebakaran di kalangan pengguna.

''Kawasan dikenal pasti akan diperiksa oleh kontraktor yang dilantik oleh TNB yang seterusnya mengambil tindakan seperti menukar meter kepada yang baru selepas mengesan bacaan atau tanda-tanda luar biasa pada meter di rumah pengguna, premis perniagaan dan pepasangan TNB," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam program lawatan ke premis perniagaan sekitar bandar Machang di sini baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Kelantan, Yeo Soo Peng.

Zulkifli menambah, menggunakan moto TNB Kelantan, ''elektrik ado sokmo" pihaknya mendapati selepas pemeriksaan dilakukan, banyak masalah berkaitan bekalan elektrik telah dapat diatasi.

''Jika dibandingkan sebelum alat pengimbas tersebut digunakan, kini terdapat perubahan yang positif apabila kekerapan ketiadaan bekalan menunjukkan perubahan yang positif. Begitu juga dengan masalah di kalangan pengguna yang sebelum ini terbeban dengan bayaran perkhidmatan bil yang tinggi disebabkan meter lama juga telah dapat ditangani," ujarnya.

Katanya, jika meter lama yang digunakan bertahun-tahun tidak diganti, ia akan menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik dan punca berlakunya kebakaran terutama di kediaman dan premis lama.

''Menggunakan kaedah imbasan tersebut, tidak ada sebarang caj dikenakan kepada pengguna yang diperiksa meter mereka walaupun pihak TNB menukar kepada meter baru selepas mengenal pasti masalah berkaitan.

''Kontraktor yang dilantik akan menjalankan pemantauan di beberapa lokasi yang dikenal pasti dan mengambil tindakan dengan menukar meter bermasalah. Sekiranya ada kalangan pengguna yang mahu membuat aduan mengenai masalah berhubung meter masing-masing, mereka boleh berhubung dengan TNB berhampiran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

600 penunggang basikal sertai kayuhan amal

Posted:

600 penunggang basikal sertai kayuhan amal

600 penunggang basikal sertai kayuhan amal


AHMAD Said (dua dari kiri) bersama peserta Kayuhan Malam Amal 2011 di Taman Awam Batu Buruk Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 25 Jun – Lebih 600 pengayuh basikal berdaftar menyertai program Kayuhan Malam Amal sejauh kira-kira 20 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Awam Batu Buruk di sini malam tadi.

Pengerusi Kelab Remaja Terengganu (KRT), Saiful Bahri Baharudin berkata, program itu antara lain bertujuan menghimpunkan para peminat basikal untuk berinteraksi sesama mereka di samping membantu meringankan beban pihak yang memerlukan.

Menurutnya, hasrat KRT untuk menyelami minat orang muda dilihat berhasil kerana daripada program itu, mereka sanggup berbelanja lebih untuk basikal mereka serta memberi sumbangan kepada tabung yang pihak penganjur wujudkan.

"Pada program itu, sejumlah RM3,511 berjaya dikutip daripada peserta dan pengunjung yang hadir untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Perkampungan Taman Rahmat, Marang dan Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa Batu Buruk," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program itu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw.

Sebagai gimik pelancaran itu, Ahmad turut membuat kayuhan dengan disertai Pengerusi Persatuan Lumba Basikal Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail dan beberapa ahli jawatankuasa persatuan itu serta Pergerakan Pemuda UMNO negeri.

Tambah Saiful Bahri, program julung kali diadakan itu sedikit sebanyak membantu mempromosi budaya baru orang Terengganu yang beriadah dengan cara sihat dan selamat kerana ia tidak melibatkan cuaca yang panas terik.

"Kayuhan amal antara 45 minit hingga satu jam ini membuat pusingan di Pulau Duyung sebelum berpatah balik menuju garisan penamat di sini,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wang ihsan bukan gula-gula politik

Posted:

Wang ihsan bukan gula-gula politik

Wang ihsan bukan gula-gula politik

BACHOK 25 Jun - Pengagihan wang ihsan bukan bermotifkan gula-gula politik sebaliknya untuk kepentingan rakyat Kelantan yang sangat memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, golongan pelajar, mangsa ribut, mereka yang tinggal di rumah hampir roboh antara yang sudah mendapat manfaat daripada pemberian wang ini.

"Kita tidak pernah tanya mereka penyokong UMNO atau Pas dalam usaha pengagihan wang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang ihsan kepada tiga mangsa ribut di Kampung Anak Ru dan Kampung Teluk di sini, semalam.

Mereka ialah Zalami Mat Noor, 40; Salma Ishak, 45, dan Ghazali Pak Adek, 52, yang masing-masing memperoleh sumbangan berjumlah RM9,000.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan yang dilemparkan beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Pas yang menyifatkan pengagihan wang itu oleh Kerajaan Pusat sebagai gula-gula politik.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kalau benar-benar UMNO ingin membeli undi sudah pasti hanya penyokong parti itu sahaja yang mendapatnya.

Katanya, sehingga kini baki yang diperuntukkan sebanyak RM25 juta yang tidak habis dibelanjakan sepanjang tahun lepas akan digunakan bagi meneruskan program berkenaan tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan