Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 21 Jun 2011 02:58 AM PDT MIRI: Seorang murid tahun empat menjadi mangsa kedua kejadian lemas yang berlaku di sini dalam tempoh seminggu, menurut Penguasa Bomba dan Penyelamat Balai Lopeng, Mohd Ayub Hassan. Beliau berkata mayat Mohd Hakimi Daud, 10, ditemui di Sungai Miri kira-kira pukul 2.30 petang ini setelah dilaporkan hilang selepas berenang bersama-sama beberapa orang rakannya di sungai itu kira-kira pukul 6.00 petang semalam.
Dalam kejadian itu, Mohd Hakimi dipercayai telah tenggelam setelah ditarik arus deras sewaktu keadaan air sungai surut.
|
Polis tahan tiga lelaki, rampas revolver Posted: 21 Jun 2011 02:51 AM PDT MELAKA: Polis menahan tiga lelaki dan merampas sepucuk revolver serta dadah bernilai kira-kira RM10,000 di sebuah rumah di KM 20 Kampung Paya Redan dekat sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Sallehhudin Abd Razak berkata lelaki berkenaan berusia antara 24 dan 28 tahun ditahan kira-kira 12.30 malam.
Beliau berkata polis turut menemui empat paket plastik disyaki berisi heroin, satu paket plastik disyaki syabu serta enam pil Eramin 5.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan