Selasa, 21 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


SPR guna biometrik

Posted: 20 Jun 2011 03:14 PM PDT

MukaDepan

Teknik imbasan ibu jari sah identiti pengundi PRU ke-13

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Untuk melaksanakannya, SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membolehkan sistem biometrik yang diguna pakai beberapa agensi, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen untuk mengesan kemasukan pendatang asing, digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR akan menggunakan kaedah sama untuk mengesahkan identiti pemegang MyKad dan maklumat peribadi individu sebelum dibenarkan mengundi, termasuk menerusi cap jari. "Pemegang kad pengenalan perlu meletakkan jarinya pada alat biometrik dan maklumat yang tertera pada skrin akan sama dengan kad pengenalan yang dibawa. Sebaik disahkan, SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih.

"Jika namanya ada dalam senarai, barulah kita berikan kertas undi. Mereka yang sudah mengundi tidak boleh lagi mengundi di tempat lain kerana nama mereka sudah ditanda dalam bank data," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai ini kononnya untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih. Selain beberapa pertubuhan bukan kerajaan, perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau itu mendapat restu parti pembangkang.

Abdul Aziz berkata, penggunaan sistem biometrik lebih sesuai kerana ia tidak memerlukan pindaan Perlembagaan berbanding menggunakan dakwat kekal.
Beliau juga berkata sehingga ini, SPR tidak pernah menerima aduan atau petisyen yang mendakwa pengundi mengundi lebih daripada sekali, seperti dakwaan sesetengah pihak kononnya pilihan raya diadakan secara tidak bersih. 

"SPR tidak boleh menghalang seseorang daripada menunaikan tanggungjawab mengundi semata-mata kerana ada dakwat kekal pada jari mereka kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata penggunaan sistem biometrik juga lebih menjimatkan kerana menggunakan peralatan sama yang digunakan oleh jabatan dan agensi kerajaan lain.

Ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu kononnya daftar pemilih sekarang tidak bersih, Abdul Aziz berkata ia tidak benar kerana SPR melakukan pembersihan data setiap hari.

Abdul Aziz berkata, SPR juga sentiasa bekerjasama rapat dengan JPN bagi membolehkannya mengenal pasti dan mengemas kini maklumat jika ada pengundi yang meninggal dunia sebelum daftar pemilih dipamerkan kepada umum. 

"Kumpulan haram berkenaan hanya menjadikan SPR kambing hitam. Hakikatnya, di Malaysia, parti yang mendapat sokongan ramai di sesuatu tempat akan menang. Penganjur perhimpunan haram itu juga tidak bersih kerana diperkudakan oleh ahli politik tertentu,|" katanya.

Dalam perkembangan lain, polis menerima 761 laporan daripada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah perhimpunan haram itu sehingga jam 12 tengah malam kelmarin.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

MyKad

SPR kena buat kaji selidik dgn JPN, kalo cip MYKad rosak bagaimana tindakan SPR... ??? masih boleh mengundi ke ??? @ semakkan dengan menggunakan No My Kad dengan data base JPN & pengesahan Cap Jari tanpa guna Cip My Kad

Jin IT

Siapa yg dapat mengesahkan sistem tersebut benar2 telus & online yakni bukan simulasi atau tipu. Kena ada wakil setiap parti politik sahkan & jaga sistem tersebut telus dan tidak di manipulasikan. Dakwat khas@hitam lebih praktikal. Siapa pulak yg lembik benarkan jarinya utk dihitamkan. Berlaku Amanah itu bagai mengemgam bara api namun ingatlah balasan API NERAKA yang lebih dahsyat jika tidak berlaku AMANAH.

NR

tidak salah jika ada kempen serupa ini....tidak menjejaskan,malahan mbil moralnya...perbaiki pa yang kurang...pokok xkan beroyang kalau xda angin..

kambing kuning

banyak lagi tuntutan bersih yang perlu diberi perhatian serius demi pilihanraya msia benar2 adil..

jembal

sy amat bersetuju sgt jika biometrik dapat di gunakan .

albert

Pastikan sistem adalah realtime online,,kalau setakat nak baca mykad je,,serupa macam tunjuk mykad je,,

arif

Masalah akan berlaku kerana banyak kad-kad pengenalan yang tidak dapat di baca kerana kerosakan cip. Apa akan berlaku kalau 2 dari sepuluh orang tidak dapat mengundi kerana kerosakan cip.

aar

"Perbaikilah segala usaha dan perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha supaya baik amalannya." (Al-Baqarah: 195)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan