Jumaat, 17 Jun 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


4 suspek rompak alat ganti RM1 juta ditangkap

Posted: 17 Jun 2011 03:49 AM PDT

TANJUNG MALIM: Polis menahan empat suspek dan menemui semula sebahagian daripada alat ganti kenderaan bernilai kira-kira RM1 juta yang dirompak dari sebuah kilang vendor di Proton City Tanjung Malim, 180 km dari sini Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata empat lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu diberkas di Bukit Sentosa, Selangor dan polis masih memburu enam lagi suspek.


Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata dalam rompakan pada kira-kira 3.45 pagi Isnin, 10 lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang mengikat tiga pengawal kilang berkenaan sebelum melarikan alat-alat ganti dengan sebuah lori.

Hasil siasatan, polis menjejaki kumpulan itu ke Selangor dan dalam serbuan ke sebuah rumah di Rasa, sebahagian daripada alat-alat ganti yang bernilai lebih kurang RM210,450 telah ditemui, katanya kepada pemberita di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebutan semula saman fitrnah Dr Ng 12 Julai ini

Posted: 17 Jun 2011 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan kes saman fitnah yang difailkan oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen terhadap seorang pengarah agensi pengiklanan.

Hakim Datuk V.T.Singham menetapkan tarikh tersebut dalam kamar hari ini.


Peguam Sunil Abraham, yang mewakili Dr Ng, memberitahu pemberita bahawa pihak defendan telah memohon kes itu diselesaikan di luar mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 14 April lalu, Dr Ng mendakwa pengarah TBWA-ISC Malaysia Sdn Bhd dan Integrated Strategic Communications Sdn Bhd (ISC), Austen Victor Lauw Zecha telah merujuk kepada Menteri Pelancongan dalam satu wawancara dengan stesen radio, Business FM89.9.


Dr Ng berkata pihak defendan telah mengeluarkan kata-kata aduan palsu dan serangan terhadapnya sebagai Menteri Pelancongan dan telah meminta rasuah yang tidak benar sama sekali.


"Wawancara dan kata-kata aduan pihak defendan itu telah menerima liputan luas di media cetak di Malaysia serta di internet,," dakwa Dr Ng, yang juga Naib Presiden MCA. Sebelum itu, ISC, yang mengendalikan kempen "Malaysia Truly Asia" mendakwa mereka menolak pembaharuan kontrak dengan Kementerian Pelancongan setelah diminta memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Dr Ng, selaku plaintif, mendakwa kata-kata semasa wawancara itu telah merosakkan reputasi dirinya sebagai ahli politik dan menteri termasuk di mata pelanggan dan syarikat yang mempunyai urusan dengan Kementerian Pelancongan.


Justeru itu, Dr Ng menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta injunksi untuk menghalang defendan sama ada menerusi defendan sendiri, agen dan/atau pekerja daripada menerbitkan kata-kata atau berpunca daripada menerbitkan sebarang kata-kata berbaur fitnah terhadapnya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan