Jumaat, 17 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


51 laman web digodam

Posted: 16 Jun 2011 01:42 PM PDT

MukaDepan

  • 'Anonymous' lancar 'Operation Malaysia' awal pagi kelmarin
  • SKMM wujudkan pasukan pantau, halang serangan siber

  • KUALA LUMPUR: Sebanyak 51 laman web dengan domain gov.my diserang sejak jam 11.30 malam kelmarin sehingga pagi semalam menyebabkan sekurang-kurang 41 daripadanya mengalami gangguan tetapi pada tahap berbeza. Serangan itu dikesan lebih awal daripada ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa yang menggelar diri mereka `Anonymous' untuk menyerang portal kerajaan www.malaysia.gov.my melalui `Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi semalam.
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ketika mengesahkan serangan itu bagaimanapun menjangkakan proses pemulihan laman web terbabit tidak mengambil masa lama dan kebanyakannya sudah pulih.

    Suruhanjaya itu berkata, pemeriksaan lanjut mendapati setakat ini tiada kesan ketara ke atas pengguna di Malaysia akibat serangan berkenaan, malah cubaan menggodam laman web SKMM di alamat www.skmm.gov.my juga gagal.

    "Hasil pemantauan kami menunjukkan serangan berkurangan mulai jam 4.00 pagi tadi (semalam). Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM sudah mengambil tindakan bersepadu sepanjang masa bagi meringankan serangan dan akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain, pakar keselamatan siber serta penyedia perkhidmatan untuk memantau situasi ini.
    "Orang ramai dinasihat melaporkan sebarang maklumat mengenai identiti penggodam ini kerana tindakan mengganggu rangkaian perkhidmatan adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan akhbar mengenai penggodaman laman web kerajaan Malaysia oleh penggodam tidak dikenali, semalam.

    Kelmarin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua agensi kerajaan bersiap sedia dan mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 36 jam berikutnya.

    Amaran itu dikeluarkan berikutan ancaman `Anonymous' mahu menyerang portal kerajaan, www.malaysia.gov.my melalui `Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi semalam, dengan alasan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

    `Anonymous' ditubuhkan pada 2003 dengan moto `We are Anonymous. We are legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us' (Kami tidak bernama. Kami kumpulan besar. Kami tidak memaafkan. Kami tidak akan Lupa).

    Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia (BNM), Lee Poh Fong ketika dihubungi berkata, laman web BNM tidak menghadapi sebarang masalah penggodaman setakat ini.

    "Bagaimanapun, kami sedang mengawasi dan memantau rapi keadaan. BNM juga tiada menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak bank," katanya.

    Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Chuah Mei Lin, dalam kenyataannya, berkata pihaknya belum mendapat sebarang maklumat daripada ahli persatuan itu mengenai laman web bank mereka digodam atau dicerobohi.

    "Kami ingin memaklumkan ahli bank kami memiliki kawalan keselamatan yang kukuh serta bersesuaian bagi mengelakkan cubaan mengubah informasi yang dipaparkan atau menyebabkan kerosakan kepada laman e-perbankan tanpa kebenaran," katanya.

    Selain Malaysia beberapa negara lain turut diserang penggodam termasuk baru-baru ini Turki.


    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    Hazel

    isunya bukan pekerja swasta or kerajaan tapi individu tu sendiri. Pekerja swasta bukannya semua bagui bebeno.... cara kerja pun lebih kurang juga. Berdasarkan pengalaman kerja sementara dengan pihak swasta, baru la aku tahu.... la macam ni ke dema kerja... gah n ego je lebih tapi..... so rasanya kita kena tengok diri individu tu sendiri la... not swasta or goverment.... kkkkk. Point to ponder....

    Ahmad Zack

    Kenapa SKMM beriya-iya menyekat akses beberapa laman web download sedangkan bukan semua fail dalam laman perkongsian fail ini adalah cetak rompak, banyak fail yang telah dipadamkan jika mendapat laporan pelanggaran hak cipta... SKMM patut mengutamakan penyekatan terhadap laman web lucah, ajaran sesat & hasutan yang memberi kesan negatif yang lebih besar...

    M Ridzman

    Tunjukkan kepakaran yang kita ada. Waktu ni lah.. Ayuhhhh pakar IT negara. Buktikan!

    buntu

    sy mntak maaf kalau komen ni mcm xsebulu...tp sy merupakan planggan fileserve n byr yuran...semua backup file utk urusan kerja sy, sy upload kat fileserve..spatutnye kerajaan patut keluarkan pemberitahuan awal sblum 10 laman file hosting di sekat...sekarang sy dah xtahu mcm mana nak dpt smula backup file tu..kat sini lah punca rakyat memberontak...

    abikhsan

    Tak sangka ada yang terasa... Pekerja swasta ada productivity ke tidak.... company akan evaluate dan tentukan bonus atau increment.... Gomen plak.... kantung Perbendaharaan dah susut pun dok mintak bonus.... Toksah ceritalah sumbangan tax payer dari pekerja swasta....

    NT-Block

    Ramai mengakui kkitgn awam lbih byk mngulor dari bekoje..hahaha..web swasta kene godam xde la nk kecoh sgt..tp bila web gomen kene hack, kecoh berhari2..huhuhuuu..good job hackers..

    anonymous

    fahmi emo giler...
    mereka hack sebab nak bagi gov taw suara ati rakyat malaysia..apa guna kita bayar mahal2 utk internet..semata2 nak bka fb..yg laen daa kna block..:)

    apeksenn

    malu dol kena godam aduhai .. belajar tinggi2 sampai dekan ip server kena godam

    ANUNIMUSTAPA

    Terima kasih kepada bantuan Cybersecurity Malaysia. Mereka telah banyak bantu kami di MAMPU dalam keadaan sebegini. Terima kasih.

    unknown

    Sket2 gomen2..Korg igt gomen nyer portal je ke yg kene hack..web swasta pun kene gak..& jgn la igt sume pekerja swasta tuh rajin bebeno..ade yg lg raja mengulor pun ade..

    soalan2

    nak jejak hackers2 ni? huhu.. kalau diorg dr mesia mungkin boleh la. tapi kalau luar, jgn buat lawak antarabangsa la yek. CIA punya web pon selambe jek diorg hack. xde sapa kene tangkap pon. CIA tu

    abikhsan

    OK la tu..bagi kerja sikit kat staff gomen...

    sukasuki

    harap2 kali nie xde laa yg nak suggest xpayah ade tenet lg,klaka pulak rasa,kalo laa xde tenet,nk post komen kat sini pun xdpt,hahak! xD

    fahmi

    tahniah kepada kerajaan kerana dpt menangkis dan menghalang dan memulihkan semula portal2 kerajaan yang di serang ...

    kpd penggodam .. tahniah kerana berjaya wat huru hara .. semoga jasa anda akan di balas oleh tuhan .. semoga tuhan sentiasa laknat kamu .. amin

    Santidewi15@ymail.com

    51 lamN web d9odam hmm knape bleh jd cam ni?.....wesss anonymose bijak jg y...spai web krajaan pon na hack....sipp lah

    shafawati

    beware guys! monitor on our application that have been sign in..cheers!

    Brett

    good job..hackers.buat selalu..baru kakitangan kat kerajaan buat keje..


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jururawat hadapi dakwaan jual bayi

    Posted: 16 Jun 2011 12:38 PM PDT

    MukaDepan

    GULAB Jan keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam selepas mengaku tidak bersalah di  atas tuduhan memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan tahun lalu. - Foto Effendy Rashid

    GULAB Jan keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam selepas mengaku tidak bersalah di atas tuduhan memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan tahun lalu. - Foto Effendy Rashid

    KUALA LUMPUR: "Kenapa tangkap saya, kenapa tak tangkap Datuk," kata bekas jururawat Gulab Jan Abdul Jabir sambil menangis teresak-esak selepas dia didakwa memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan di sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini, tahun lalu.

    Gulab Jan, 49, yang memakai blaus ungu meluru keluar daripada kandang tertuduh selepas prosiding selesai, berulang kali menyatakan dia tidak bersalah dan tiada wang untuk membayar jaminan RM10,000 yang ditetapkan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain, kepada anggota polis mahkamah.

    Tertuduh yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan dan mohon dibicarakan didakwa memperdagangkan bayi itu bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, Nombor 492, Batu 3, Jalan Ipoh di sini, jam 2.10 petang, pada 1 November 2010. Dia yang diwakili peguam Gerard Lazarus menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor 'Amalina Ismail memohon mahkamah mengenakan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin terhadap Gulab Jan dengan alasan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius kerana membabitkan kes penjualan bayi dengan harga yang sangat tinggi.

    Bagaimanapun Lazarus memohon mahkamah mengurangkan jaminan terhadap anak guamnya dengan alasan tertuduh yang masih bujang tidak lagi bekerja dan ditanggung ahli keluarganya selain memberi kerjasama penuh ketika proses siasatan polis sehingga didakwa semalam.

    "Tujuan jaminan hanya untuk memastikan kehadirannya ke mahkamah, walaupun tuduhan ke atas anak guam saya serius tetapi itu semua tidak boleh digambarkan kerana ini hanya peringkat pendakwaan bukan hukuman," katanya.
    Ahmad Zamzani turut mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 18 Julai depan untuk sebutan kes.

    Wang jaminan RM10,000 dibayar dua ahli keluarganya di Kaunter Bayaran Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, kira-kira jam 2.45 petang, semalam.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan