Khamis, 16 Jun 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Jurulatih redah laut bergelora selamatkan remaja dari lemas

Posted: 16 Jun 2011 12:46 AM PDT

MIRI: Walaupun tanpa sebarang latihan menyelamat, seorang jurulatih tenis tempatan bertindak nekad terjun ke laut bergelora untuk menyelamatkan seorang remaja yang hampir lemas berdekatan pantai Miri lewat petang semalam.

Menceritakan pengalamannya kepada Bernama hari ini, Zaini Abdul Razak, 47, berkata beliau langsung tidak merasa berbelah-bagi lagi sewaktu mengharungi laut dengan ombak setinggi lebih 2 meter untuk menyelamatkan Morison Kudi Silau, 13.


"Entah berapa banyak air laut yang saya telan waktu itu. Luka di tangan dan kaki saya akibat terkena batu tajam di laut bagai sudah tidak terasa lagi. Yang saya tahu nak selamatkan budak itu. Kesian anak orang," katanya sewaktu ditemui di sini.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 petang semasa bapa kepada tiga orang anak itu sedang bersantai di benteng pemecah ombak berdekatan pantai Marina Bay di sini selepas selesai memancing, sambil memerhatikan sekumpulan remaja sedang mandi-manda.


"Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang daripada remaja itu berlari ke arah saya dan beritahu dua orang rakan mereka hilang. Saya terus buat panggilan 999," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jabatan Perikanan terus pantau telur penyu

Posted: 15 Jun 2011 11:55 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Terengganu akan terus membuat pemantauan melalui satelit berhubung kehidupan penyu selepas hidupan itu datang bertelur di negeri ini, meskipun projek terdahulu gagal.

Pengarah Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata pemantauan menerusi sejenis peranti satelit yang dinamakan "Platform Transmitter Terminal" (PTT) pernah dijalankan terhadap seekor penyu belimbing pada tahun lepas.


"Namun pemasangan alat pada seekor penyu belimbing yang dinamakan Puteri Rantau Abang pada tahun lepas gagal dan kita hanya dapat mengesan dua kali penyu itu di Pulau Kapas sedang menghala ke utara sama ada ke Vietnam atau Filipina," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Kemungkinan yang boleh berlaku adalah alat yang dipasang pada badan penyu belimbing berkenaan tertanggal atau haiwan itu mati, katanya.


Sehubungan itu, Zakaria berkata untuk tahun ini Jabatan Perikanan akan meneruskan kembali program pemantauan melalui alat berkenaan itu kerana ia terbukti mampu memberi banyak maklumat berhubung corak penghijrahan hidupan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan