Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 15 Jun 2011 12:19 PM PDT PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pengajian Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi, Tourism Sabah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah digodam penyerang siber pagi semalam, bagaimanapun berjaya dipatahkan dan dipulihkan menjelang petang. Berikutan serangan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua agensi kerajaan supaya bersiap sedia dan mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 36 jam akan datang. Amaran itu dikeluarkan berikutan ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka 'Anonymous', yang mahu menyerang portal kerajaan, www.malaysia.gov.my melalui 'Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi ini dengan alasan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail. Difahamkan, laman web Tourism Sabah, UiTM Sabah dan Jabatan Pengajian Politeknik digodam pada jam 10 pagi dan kembali pulih selepas jam 3 petang semalam. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata semua cubaan menggodam itu berjaya dipatahkan berikutan arahan berjaga-jaga yang dikeluarkan kepada semua agensi sejak kelmarin, selain persiapan awal yang dibuat untuk menghadapinya.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang menutup semua sistem komputernya hari ini berikutan ancaman itu, Thajudeen berkata, kerajaan tidak akan mengaku kalah kepada penggodam, sebaliknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi mereka. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan cubaan godam yang dilakukan semalam adalah berskala kecil atau dilakukan penggodam tempatan. Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga sudah bersiap sedia menghadapi ancaman siber berkenaan serta yakin berupaya menangkis cubaan mereka. Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan semalam, berkata mereka sudah menyelaras strategi bersama semua agensi kerajaan berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. "Sebelum ini pun ada serangan siber dilakukan terhadap laman web kerajaan tetapi kita (SKMM) dapat memulihkannya dengan pantas kerana sudah ada mekanisme dan prosedur bagi menanganinya. "Bagaimanapun, SKMM akan terus berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman siber bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian perhubungan demi integriti pelanggan di Malaysia," katanya. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri, dalam satu kenyataan berasingan berkata, pihaknya memandang serius ancaman itu dan menganggap kebarangkalian ia berlaku adalah tinggi. 'Anonymous' dikesan pegawai sebuah syarikat perisian keselamatan di Finland dan makluman mengenainya dibuat pada jam 4.42 pagi Selasa lalu. Minggu lalu, 'Anonymous' melancarkan DDoS atau 'distributed denial of service' terhadap laman web Kerajaan Turki sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan itu untuk memperkenalkan penapisan internet. Hujung minggu lalu pula, laman web Senat Amerika Syarikat diceroboh kumpulan penggodam Lulz Security tetapi gagal melepasi 'firewall' untuk memasuki rangkaian laman web yang lebih sensitif. Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata semua tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menghalang cubaan menyerang laman web kerajaan. "Kita sudah memaklumkan perkara (serangan) ini kepada semua pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SKMM dan semua agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan siber," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini, semalam. Rais menjelaskan Malaysia tidak pernah mengenakan sekatan internet tetapi akan mengambil tindakan terhadap mana-mana laman web yang mengandungi unsur jenayah. "Saya rasa mereka tidak faham niat baik kita. Kita tidak ada sekatan tetapi apabila berlaku jenayah siber, mekanisme itu (sekatan) akan digunakan," katanya. Beliau berkata, semua laman web yang berkenaan (disekat) boleh merayu kepada SKMM agar sekatan itu ditarik balik, bagaimanapun setakat ini suruhanjaya itu tidak menerima sebarang rayuan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenNor Hananee Amir tahniah pada kerajaan ...teruskan usaha keras anda ...
megaupload user megaupload dah kena block,rugi wooo,account tak expired lagi,kalau seringgit dua tak kisah lah Mus Nape GOV nak block fileshare website? bukannye ada buat ape2 pun.. Kalau macam tu.. Malaysia x layak ada internet. Biar hidup tanpa ICT.. walaupun saye tengok di berita semua kaitan dngan ICT ... Vendetta hero seperti ini dinantikan...robin hood malaysia Fran saya sokong Anonymous. kalau tak ada hackers, bila mau pandai jaga web sendiri. duk_tenet Sokong tindakan Anonymous... baik juga ada perkara hacking2 ni .. mereka (hacker) sebenarnya nak belajar saja tu tuk mengasah bakat mereka ... perkara biasa dah hacking2 nie .. takyah nak sibuk sangat pasal hal nie .. para hacker godam kat malaysia so mereka yg di malaysia ni boleh juga belajar tuk menaik tarafkan mutu perkhidmatan mereka dari segi keselamatan.. sa percaya mereka (hacker) ni hanya membuat serangan kecil-kecilan... kita tunggu dan lihat saja bila mereka dapat hack tuk kawal nuclear .. woooooo ahmad PILIHANRAYA TAK LAMA LAGI.. MENANGILAH HATI RAKYAT, takyah sekat2 file sharing. rugi bapak aku yang bayar orangkecil Hacker mungkin nak test POwer kot.. Jdlah pengguna IT yg bijak.. dam ular yang sokong SKMM memblock file sharing ni kebanyakkannya manusia yang tau guna facebook jer. lepas tu cakap hua hua bagai-bagai.. macam melayu bersembang politik kat kedai kopi.. lebai malang nampak nya dok pi dok mai dok tang tu gak,kalau sekat jadi ok tak pe, tp skrg ni dah ko lak Malaysian Anarchy Aku bru 17thun, aku sokong "Anonymous" 100%...tindakan die ni utuk kite sedar yg media kite disekat oleh Malysian Gov't...Dalam Msg "Anonymous", die dah kte 'This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own.' So memang kte patut sedar lar bende ni... saya harap kerajaan mengenakan sekatan yg menyeluruh pada laman web porno.. laman web seperti ini banyak merosakkan jati diri bangsa dan agama.. Pendekar Laut azrin ariffin tu same je ngan DAYUNGlaju2.. dua 2 ni x reti pikir kegunaan internet laju. Tanpa Batasan konon. Da kne sekat tanpa batasan ape lagi?? blok sharing file watpe.. blok la porn site.. Tu kan lebih brmakna di dalam mengekang maksiat.. mj Kepada manusia yg xreti untung tinggal di Msia ni dipohon agar jgn ikut telunjuk yahudi kerana si kafir2 ini akan sentiasa mencari jalan unutk menghuru-harakan Msia. Kerajaan sering melakukan yg terbaik demi rakyat dan bangsa serta agama cuma ada setengah2 jahanam yg menangguk di air keruh yg mempunyai PhD yg xbleh pakai iaitu Perasaan hasad Dengki. Perasaan iri hati ini akan merosakkan bangsa dan negara maupun agama di masa akan datang. Mereka ini akan menghancurkan generasi akan datang. Setan2 sebegini tidak boleh diberi peluang dan ruang kerana bagi mereka hanya mahukan kebebasan tanpa memikirkan batasan2 yg perlu kerana mereka tidak meletakkan agama dihadapan. Fikir biar panjang...jangan setakat blaja tinggi tp pendek akal...itu yg terlalu ramai rakyat Msia miliki...bukan cerdik akal...sebab anda xcukup utk dipanggil bijak wahai 'Anonymous' serta pengikut2, penyokong jahanam. Langkah yg Kerajaan Msia lakukan tlalu BIJAK kerana berfikir ke depan dan berjaga-jaga. ai_no padan muka,nape gatal sgt nk pi blok 10 lmn web sharing tu..da la megaupload tu fav ak, bnyk cite korea upload kt situ.. saffuan bagus..kerajaan memang cepat banteras penggodam.. afiq klu kerajaan tak block laa laman web file sharing kompem aku benci si hackers nih.. kitsune kepada Azrin Ariffin: abis you gune internet buat apa? tah2 internet pon xreti nak gne...either you buta IT or still living in the stone age. sorry to say.
Kuzumi miss schurizza1511..saya sokong dengan pendapat anda..staff Cybersecurity dan SKMM dibayar gaji untuk memantau segala perkara..kenapa mesti menyekat website yang menyediakan hosting..kepakaran ada. insan perantau mungkin kalau keadaan sperti ini berterusan, kuasa pengguna akan menentukannya, sama ada mahu memboikot shahrul Hapuskan je internet, sng citer yann kenapa tak sekat LAMAN WEB PORNO DAHULU ? laman web file sharing yg disekatkan , nampak macam pikirkan keuntungan sesuatu pihak semata mata . Anonymous Kata website kerajaan semua bernilai berjuta-juta ringgit. Sekarang ni laa masanya kita nak tengok. Duit buat website tu banyak dah diselewengkan masuk poket kroni. Lepas tu klaim cakap harga website jutaan ringgit. HANTU sebnarnya susah jugak nak kerajaan blok laman web porno kerana jika guna detection by word banyak web tak boleh buka termasuk web berita/ pendidikan/ dokumentari dsb.. mustahil berita tak siarkan kes jenayah seks.. jadi kena buka satu2 web dan blok ikut url.. utk filesharing ni memang susahla kerajaan blok pasal sesetengah fail share disitu nak share diweb sendiri hosting tak cukup.. kpd encik azrin ariffin: kalau semua nak blok, baik tak payah ada internet yus Kepada yang rasa rugi langgan broadband mhal2 pastu x leh download....senang je...korang x payah pki tenet...boikot...bg TM rugi...nnt kerajaan juga yang x dapt cukai...kene balik kerajaan... dak pun..langgan je VPN server...setel bagi yang sokong file sharing ni disekat.....nk sekat mmg ok....tp lebih baik yang disekat ni dapat memajukan negara....sbb, filesharing ni boleh menurunkan kadar aliran matawang keluar.... kalau x caya, setiap kali kite beli muvi online, nilai matawang akan jatuh..so kalu nk sekat filesharing, block yg dalam negara dh la....yang luar nye software/muvi jgn la......pandai2la pk nurul hrap langkah pnyelasaian sgera.... block pornography first patutnya sekat web2 porn dulu. carlloss laman web patot block x block.. apepun tahap security web gov malaysia tahap low.. hacker pon boleh masuk camtu je.. nasib baik hacker malaysia baik hati kut.. bystander83 come to think about it,yg kena sekat,file sharing,bukan laman porno. so,naper Gov x sekat porno and just pantau file sharing? and untuk apa buat iklan internet laju sekiranya file sharing dsekat? patut ke file sharing d sekat dan bukan nya laman web porno? neutral saya tak sokong "Anonymous" nak hack website malaysia hanya sebab diorang tu anonymous. tak tahu siapa dan tak tahu kat mana. kalau diorang hack akaun bank kita nanti kita jugak yang susah. lain la kalau diorang ada buat press conference tunjukkan identiti sendiri dan berani bertanggung jawab dengan tindakan sendiri. ni tak... tapi saya jugak tak sokong kerajaan malaysia nak block2 file sharing website ni. kalau assignment saya semua diupload di megaupload mesti dah menangis sekarang. budak jalanan yang dah kena hack tu tak sempat nak shutdown server.. lepas tu mengaku dapat menangkis serangan dari hackers.. kalau nak sekat sangat, baik sekat semua dan tak payah ada connection internet kat malaysia ni... Siti Jienah sokong dan patuhi saja undang2 negara. fikir positif jangan ikut keras kepala sendiri. Penggodam tu pun.... cosmo lebih baik tarik balik sekatan yang dikenakan ke atas 10 laman web tersebut, saya bsetuju dgn cadangan untuk menyekat laman web porn, sebabnya, kes jenayah rogol pula semakin meningkat berbanding dgn kes copyright ni..lagi, apa guna langgan highspeed ratus2 ringgit kalau kena sekat..alamatnya takda la pelanggan yang akan langgan internet lagi pada masa akan datang.. Azrin Ariffin saya sokong kerajaan block2 nih!! jadi sy cadangkan kpd kerajaan utk blok site ni juga: youtube - macam2 ada~
harap sangat2 kerajaan dpt block site yg sy cadangkan tu..
(tangan ke dada.. mata ke atas..)
yar Saya setuju dengan penggodam. Buat apa internet yang laju kalau semata-mata untuk tengok status fb orang? Unify? apa gunanya kalau tak boleh download file? tindakan penggodam tersebut harus dipuji kerana diorang telah membela rakyat! Frankie Jong Kerajaan harus sedar bahawa internet merupakan media yang tidak harus disekat kerana ia adalah hak seseorang untuk mencari apa2 maklumat. Sekiranya mereka mula melakukan sekatan sedikit demi sedikit, tidak lama kemudian semua hak bersuara kita di internet akan disekat tanpa kita sedari! Kepada yang mengatakan bahawa (10Gbps) high speed internet hanya digunakan untuk melayari facebook, anda silap. Kenapa sistem online kerajaan masih tidak popular sampai sekarang walaupun telah banyak dipromosikan? Sebab connection terlalu lambat! Nak bayar saman online, renew road tax kadang2 kena tunggu 1 jam sebab line busy. Line streamyx pun kadang2 tidak stabil dan asyik putus2. Buat apa kita bayar mahal2 untuk menggunakan internet yang perlahan? Dah la bayar bil astro, elektrik, internet semua mahal. Nak tele-konferens pun lambat. Buat apa pergi jauh2 dari Semenanjung ke Sarawak semata-mata untuk 1 jam meeting je kalau boleh tele konferens? Kan dah bazir duit rakyat jugak bayar travelling allowance dan tiket flight yang mahal2. Banyak lagi kegunaan high speed internet ni. Bezakan dengan Korea Selatan sumbangan internet terhadap kemajuan tahap teknologi mereka. opensource file2 opensource seperti linux iso pun kena block? lebih baik tukar talian 1mb balik ke 384kbps jimat duit DAYUNGlaju2 Dgr ni semua wahai2 rakan...korg ckp buat ape langgan highspeed kan...korg ni fikir la sendiri,korg juga yg beli,nk laju katakan,so laju je...xde pun die kata boleh langgan smue website..apara!!.. korg beli menguntungkan pihak laen,korg pergi la komen dgr pihak tu...xperlu nk mengada2 kt sini! think 1st...Anonymous ni adalah musuh yg xperlu korg nk bangga sgt,bila nasi dah jadi bubur, baru la korg tahu effectnye terhadap negara yg kita cintai sekarang ni-Insan yg bersyukur. Mohd hamdan Masalah2 file sharing tu yg org download benda2 yg bukan...kebykkan porno yg diorang pi download...
MaMee camni la aku setuju dgn pendapat korg.. dah la kena byr mahal utk internet laju then nak sekat2 web pulak... time aku study kat oversea tu 4g internet speed dah cam 512mb dah..and government diaorg xde pun nak sekat2.. Din setiap kali ader issue.. laman web IPT yg jd mangsa..nmpk sgt sekuriti laman web diorg lemah.. file sharing site nie cukup lah setakat pantau jer.. takpayah nk block2.. kat luar negara pun masalah yg sama gak dgn rights holders, copyrighted material dan sbg nya... cb cr jalan penyelesaian lain selain block website... anonymouse Sy menyokong langkah Kerajaan Malaysia melalui SKMM menyekat/memblock/menghalang capaian terus ke atas perkhidmatan web perkongsian fail haram (megaupload/rapidshare/etcetc). Gunakan Internet untuk benda berfaedah, bukan mencuri (download hasil cetak rompak org lain). boss nak mengodam tak susah,banyak web@blok yang mengajar bagaimana nak mengodam. kat IPT pun ada diajar HUHU. bahkan kita boleh beli buku yg dijual kat bookstore untuk belajar utk godam, even kat Library pun banyak maklumat yg boleh dipelajari utk mengodam. so byk la kerja kerajaan perlu buat kalau nak halang kes godam web kerajaan ni. walaubagaimanapun syabas kepada pengodam, supaya bagi kerja kat(CyberSecurity Malaysia)@ SKMM supaya ada kesedaran nak majukan diri. GoAnon kenape kerajaan offline je? Pull Plug takut ker? MMG kene DDoS? Tapi mane2 pon Gov kalah. Tak dak orang suka site2 ni kene block. Rugi ar bli unifi..... Zam Gunakan alternatif lain. Gunakan OpenDNS. Google DNS. Jangan terperangkap dengan istilah 'block'/'sekatan'. Ada banyak cara boleh digunakan untuk 'bypass' sekatan tersebut. Gunakan Google atau laman-laman carian untuk belajar berfikir luar daripada kotak fikiran. nina mohd saya cadangkan laman web porno yg wajib dan perlu disekat..ini wajib diambil tindakan oleh kerajaan memandangkan inilah punca tertinggi merosakkan anak bangsa sendiri.Bila akan diambil tindakan segera? perlukan jawapan skrg bukan 10 tahun akan dtg. haidi ayat memulihkan dgn pantas x bleh blah..padahal offline..ceh..
toroks aku sangat menyokong khairul gueast169 dan sazuske89. sia2 je aku bayar internet mahal2 tiap2 bulan tapi yg lajunya hanya youtube dan facebook. nak sharing file dan main online game pun tak boleh. miss schurizza1511 kerajaan perlu block website porno. bersepah2 web lucah. nape tak ambil tindakan?nak tunggu anak2 muda Melayu Islam berzina kt tepi jalan baru nak block?file sharing website penting laa..untuk berkongsi / simpan file2 berskala besar..tak semua file2 tersebut melibatkan filem / lagu. jika ada sekalipun, pemilik hakcipta filem / lagu tu boleh request dgn admin web utk remove file. kenapa nak menyusahkan org lain. kenapa nak block website file sharing. otak di lutut kah? SKMM / gov should take action wisely. gajah depan mata tak nampak. tak semua tindakan kerajaan tu betul. think, before u take action. hackers tak salah. mereka nak suara mereka didengar. mustafa website filesharing pun boleh download porno jugak. saya sokong kerajaan dalam hal ini. malah byk hasil kerja org lain turut dimuatkan secara haram. laman web porno byk dah diblock oleh kerajaan. tapi saban hari ada je laman web baru. kalau ada maklumat bgtaulah SKMM. gunakanlah internet dgn betul. guna unifi pun gunalah dgn sebaik mungkin. jgn tau nak download free aje. cuax ko ingat byk sangat ke filem2 melayu kat dalam file sharing tu.. berape ketul sangat lagu2 malaysia dalam tu.. orang pun x hengen la nak upload, nk lawan piracy.. buat la filem gempak2.. kalau takat cerite macam drama.. xde sape nak beli.. Juragan Izzuddin Ali, kau tahu tak laman porno dan lucah diorang tak block pun. Yang diorang block ni laman perkongsian file. Liya setuju ngan Sazuske89 dan yang lain yang sependapat dengannya.. buat ape kite langgan highspeed sampai 10G kalau hanya untuk buka fb jer??? Insan Meminta Rayuan Insan Perantau,Saya Sokong cadangan anda.. laman web porno yang perlu dihalang..saya merayu SKM(MCMC)untuk membuka sekatan file share..apa gunanya Unifi yang mahal itu kalau hanya digunakan untuk melayari facebook dan laman 1Malaysia... farizY Tak boleh masuk pun laman web Malaysian gov, mesti diorang put OFFLINE je untuk lawan, cara paling mudah untuk tangkis.... Blackwaltzes tau tak kenapa diorag ni sakit hati ? bayangkan impaknya pada pengguna yang dah berhabisan duit untuk dapatkan hidmat file sharing ni then tiba2 bila duit dah bayar website kene block pulak.. apa perasaan mereka... RitzKaizer bagus jugak kena hack nih.... kalau tk kena hack takde la kerajaan nk tingkatkan system security kt malaysia ni, dah kena taruk mcm nih baru lah ade peningkatan.. kalau tk sampah giler.... hahahaha Yusuf Ibrahim Memang tak boleh masuk la laman web malaysia.gov.my. panas perut mak ko lahir kan ko -.- o0o unsur jenayah konon .. =.= yg porn ,21 sx tu bukan jenayah eh?F u pigi da .. org block lucah,porn etc yg mmg lucah tu block bukan yer filesharing =.= stupid ..mu dgr dok ?
Din setiap kali ader issue.. laman web IPT yg jd mangsa..nmpk sgt sekuriti laman web diorg lemah.. file sharing site nie cukup lah setakat pantau jer.. takpayah nk block2.. kat luar negara pun masalah yg sama gak dgn rights holders, copyrighted material dan sbg nya... cb cr jalan penyelesaian lain selain block website... hellghast salah kerajaan juga,kalau mereka tidak ugut tidak berlaku perkara seperti ini,untuk ape internet tanpa sempada dan Unifi yang laju tapi hanya boleh baca email dan main facebook? kalau mcm tu baik block semua internet!
khairul rakyat sanggup bayar duit yang lebih utk keperluan internet yg laju...supaya boleh download dan upload file dgn cepat...tiada masalah rasa yerr...jika perkongsian file@ilmu itu sendiri utk kita semua...yg penting think positif...jika nk blok porn...blok saje jerr laman web porn atau yg seangkatan dengan yerrr...bukan yerr,nk surf internet ni semata-mata utk fb dan tngk email saje.. Mikail Maliki The Butterfly Effect from all of this action will be: 1. People will start back buying the pirates DVD copy from illegal piracy. 2. The freedom of knowledge will be gone forever. 3. The freedom of speak will not be hear any more. 4. Film industry activities will be much worse with outside piracy activities. 5. What's the point to have a High Speed Broadband if we can't stream online in freedom way? 6. Outside Piracy Activity will be number 1 priority by consumer. Is this what we want in our life? Think of it people; we are farther behind with IT knowledge with other country. khairul rakyat sanggup bayar duit yang lebih utk keperluan internet yg laju...supaya boleh download dan upload file dgn cepat...tiada masalah rasa yerr...jika perkongsian file@ilmu itu sendiri utk kita semua...yg penting think positif...jika nk blok porn...blok saje jerr laman web porn atau yg seangkatan dengan yerrr...bukan yerr,nk surf internet ni semata-mata utk fb dan tngk email saje.. man sokong block web porno & lucah..apa guna kami bayar2 intrnet mahal2 jika banyak benda di sekat..jgn hanya menyekat benda yg leh masuk poket sendiri je..yg merosakkn bangsa&negara Xsekat.. guest169 kerajaan blok pun, ada cra jg org lain by pass sekatan tu.. byk org x puas hati dgn sekatan tu.. btul kata insan perantau, bt apa nak gna 2mbps klu hnya gna fesbuk je.. baik drg gna dial-up je.. ni menghalang kebebasan pengguna mengunakan internet..
IZZUDDIN ALI Apa lah nak jadi dengan 'malaun' ni. Memang patut sekatan laman web tertentu dibuat, seperti lucah dan porno.. Itu mmg tanggungjawab kerajaan.. Tahniah kerajaan dan barisan penghalang 'Anonymous' zaihan mohd haris semoga malaysia lebih cekap mengendali hal2 yang demikian.. sazuske89 u guys try think about what im about to say... u buy tm hsbb 10G highspeed download but jz to use to open fb.. does't it sound ridiculous???? what for people buy high speed if they can't even download any file??better TM jz offer 512 M only...they shud block porn site instead of file sharing site... now we dun have a single way on keeping our file in the internet.. MOHD ANUAR NASRI BIN NASIR Malaysis.gov.my dah tak boleh access. Agaknya dah kena godam.. macam mana ni? meizueda tahniah kepada pihak terlibat yang berjaya mengawal laman web kerajaan Malaysia dari diceroboh...harap pemantauan yang berterusan dilakukan kerana penggodam ini mungkin akan menggunakan kaedah yang lain untuk menyerang laman web kerajaan...wahai penggodam buatlah kerja yang lebih bermanfaat... milo ais kerajaan block sebab isu copyright...tp sbnarnya dkt website yg dia block tu...xda pon filem2 malaysia. or filem KRU. website warez-bb contohnya diblock padahal tiada pon video lucah dlm nya..bahkan rakyat guna web tu untuk tutorial dalam pelbagai bidang. kalo nak ikutkan youtube tu sbnarnya kena block sbb lagi byk...filem2..muzik2..segalanya.. so kerajaan patutnya pandang dari sudut positif.. apa tujuan internet laju2 kalau tak leh nak donwload file.. xkena langsung tema rakyat di utamakan fahmi 87 tahniah kerajaan kerana berjaya menghalang penggodam dari menggodam portal kerajaan .. tp perlu berjaga-jaga takut berlaku lagi serangan abomosleem anonymous yang takde keje lain... cube la wat mende yang berfaedah sikit... ni kes dah bosan hadapi dunia realiti fahmi laman web uitm pulau pinang di godam.
insan perantau pada pndapat saya, laman web porno yang perlu dihalang aksesnya...laman2 untuk perkongsian fail pada dasarnya sangat membantu segelintir masyarakat...apa gunanya internet yang laju dan mahal itu kalau hanya digunakan untuk melayari facebook dan laman 1Malaysia... |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan