Harian Metro: Mutakhir |
| Posted: 13 Jun 2011 10:56 PM PDT KUALA TERENGGANU: Pemain bola sepak pasukan Terengganu, pengurus dan pegawai menerima durian runtuh apabila kerajaan negeri memberikan ganjaran berupa wang tunai RM10,000 seorang. Lebih istimewa, skuad penyu akan dibawa ke London dan penaja utama skuad penyu iaitu Top IT turut menghadiahkan komputer riba kepada pasukan itu.
Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada majlis meraikan Skuad Penyu dan wira-wira Sukan Malaysia ke-14 di Dataran Shahbandar malam tadi yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong.
|
| Labur RM21 juta projek ternakan ikan Posted: 13 Jun 2011 10:53 PM PDT KUALA TERENGGANU: Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) melabur RM21 juta dalam bidang ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir sejak 2007. Pengerusinya Razali Idris berkata projek itu kini mempunyai kira-kira 2,200 sangkar yang melibatkan kawasan ternakan seluas lebih 10 hektar.
Razali berkata anak Syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berjaya mengeluarkan 200 metrik tan hasil ikan tahun ini.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan