Selasa, 14 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Bukan lagi angan-angan

Posted: 13 Jun 2011 12:10 PM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Najib umum 9 lagi inisiatif bawah ETP babit pelaburan RM2.77b

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan sembilan lagi inisiatif projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan bernilai RM2.77 bilion, yang akan menjana pendapatan negara kasar (PNK) RM18.67 bilion dan mewujudkan 36,595 peluang kerja baru.

Ini menjadikan secara keseluruhan projek di bawah ETP sejak dilancarkan Oktober tahun lalu kepada 87, termasuk enam projek yang diumumkan pada laporan perkembangan terakhir program itu 19 April lalu. Secara keseluruhan, 87 projek itu membabitkan pelaburan RM170.28 bilion yang mampu menjana PNK bernilai RM220.15 bilion dan mewujudkan 362,396 peluang kerja baru.

"Sejak dilancarkan 25 Oktober tahun lalu, sebanyak 50 peratus atau 65 daripada 131 projek permulaan (EPP) yang diletakkan di bawah ETP sudah dimulakan.

"Hampir lapan bulan sejak ETP dilancarkan dan dalam tempoh secara relatifnya agak singkat itu, perubahan atau transformasi ekonomi kita sudah mula kelihatan.

"Berdasarkan prestasi ini, sasaran kerajaan mencapai pertumbuhan purata ekonomi enam peratus setahun sehingga 2020 bukanlah angan-angan Mat Jenin tetapi satu realiti yang bakal kita rasai bersama," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis menyampaikan laporan kemajuan keenam ETP di sini.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama lalu, adalah jelas ekonomi Malaysia berada pada landasan tepat dan stabil.

"Walaupun pertumbuhan KDNK berada pada tahap sederhana iaitu 4.6 peratus, pertumbuhan perbelanjaan dan pelaburan masing-masing pada 6.6 dan 6.5 peratus menggambarkan keyakinan pengguna dan pelabur yang semakin meningkat," katanya.

Antara projek terkini yang diumumkan Perdana Menteri semalam termasuk rancangan pembangunan bandar pendidikan perubatan bersepadu bernilai RM850 juta oleh Kumpulan UCSI di atas kawasan seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson.

Konsortium lapan pembekal latihan pusat jagaan dan didikan awal kanak-kanak (ECCE) diterajui Kumpulan Pendidikan SEGi pula melabur kira-kira RM1.2 bilion untuk membina pusat latihan ECCE di kawasan 'Greater Kuala Lumpur' serta pusat berkaitan di seluruh negara.

Kumpulan Perubatan Sime Darby akan membina dua pusat perubatan pakar, iaitu Sime Darby Medical Centre Ara Damansara serta Sime Darby Medical Centre Desa ParkCity yang masing-masing bernilai RM240 juta dan RM40 juta.

Sementara itu, JEFI Aquatech Resources Sdn Bhd melabur RM575 juta untuk menerajui satu inisiatif bagi membangunkan Malaysia sebagai pengeluar udang terbesar bagi pasaran global dan halal dengan membangunkan usahawan tani di kawasan luar bandar.

Yanming Resources Sdn Bhd pula melabur RM5 juta bagi menambah keupayaan pengeluaran sarang burung untuk dimakan dengan meningkatkan usaha penggunaan jentera dalam barisan pemprosesannya daripada 10 peratus sekarang kepada 60 peratus.

Firma tempatan, VADS Bhd memeterai perjanjian kerjasama dengan gergasi teknologi maklumat global, Cisco untuk membina Infrastruktur Pertukaran 'TelePresence' yang pertama di Malaysia, bernilai RM11.3 juta bagi menawarkan perkhidmatan 'TelePresence' Terurus kepada sektor swasta dan dan awam di dalam negara dan serantau.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menerajui inisiatif dibiayai kerajaan bagi merangsang jualan peralatan kecekapan tenaga bernilai RM50.2 juta tahun ini untuk menambah baik kecekapan penggunaan tenaga di negara ini.

Satu lagi projek membabitkan program 1Malaysia Unified Sale yang akan menyatukan tiga acara jualan murah utama negara kepada acara berpusat dan diselaraskan, di mana ia akan mula diperkenalkan 15 Jun ini hingga 31 Ogos, membabitkan penyertaan kira-kira 50 sektor peruncitan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

razak paklah

projek mega dan bernilai bilion ringgit hanya kat kL je...orang pedalaman apa dapat...susidi minyak makin kurang,minyak semua orang guna untuk kerja seharian,projek mega untuk golongan tertentu je yang dapat merasa tempiasnya...

bib

byk pluang kje tp last2 amek PATI gak.
sedey tgk fenomena skang nh. orang asing berduyun-duyun dtg kje kt mesia. mnx pihak y bertanggungjawab amek perhatian.
tQ

Pendekar Laut

Aku pakai broadband byr 48 henget sebulan pun laju.. leh download movie lagi...

Kerajaan pun satu, kate je kaye byk duit.. tp subsidi pun byk potong.. cian kami org berpendapatan sederhana.. ikat perut cam nak mampos da nie....

NIR

Sembilan inisiatif projek baru yang tidak menarik. Tidak ada satu kebaikan untuk rakyat secara langsung. Berisiko. Lebih baik, dilakukan rangsanagn terhadap benda yang sudah tersedia ada. Contoh, udang terlalu tinggi risikonye dan cuma hanya kepada segelintir tauke yang dapat. Hospital boleh di baik pulih dan tokok tambah perkhimatan. Pendidikan anak2 membazir je kalau kementerian keluarga tak di tukar. Yang lain langsung tak menarik.

WPS

Projek berbilion2 ringgit... tp nape pasaran saham x aktif macam tahun 93.. orang ramai x melabur di pasaran saham macam tahun 93... harap ramai orang melabur di pasaran saham supaya pasaran saham kite boleh aktif macam tahun 93..

Yangretibase

Uruskanlah ekonomi negara dengan penuh keadilan. Keadilan merupakan intisari yang sangat penting dalam sistem negara berkebajikan. Setakat ini, rakyat masih berasa curiga terhadap kerajaan PM Najib. Maaf.

dindang

jgn bermimpi di siang hari...duit zakat bnyk2 mana pergi...rakyat miskin semakin berlambak...yang muflis semakin ramai..buatlah pelarasan subsidi setiap minggu..baru maju negara malaysia ni...

razi

benda ni xkan berlaku klau org2 yg diamanahkan buat kerja sambil lewa atau kebas duit.

ahmad

kerajaan umum mcm2 projek ckap boleh beri peluang pekerjaan. untung berbilion. ekonomi semakin kukuh. tp peliknya byk subsidi rakyat dipotong..

dz

pakai ler unifi kalau nak laju

zainul

Kerajaan Malaysia Harus Tegas Dalam mentanggani Masalah Demontarasi Jalanan.
Kerana Ia Bukan mendatangkan Kebaikan Malah Mendatang Banyak Masalah kepada kesejahteraan Rakyat malaysia kerana kami faham ianya hanya merupakan Agenda Politik Yang mempunyai niat untuk memburukkan kerajaan. Jangan samakan Malaysia dengan Negara luar. Kami membantah Keras usaha yang akan menjahanam Nagara. Jangan Tunduk kepada Ugutan Yg berniat nak menjahanam kan Negara.

XmEnMesia

Susah nak cerita la. Projek macam banyak, tapi yang tak ada kerja pun banyak jugak. Kenapa tak ambik masuk industri berteknologi tinggi? kata nak jadikan M'sia negara berteknologi tinggi? Mana pergi?

manarianz5

satu je aku mintak,xde ke projek untuk membaiki tahap kelajuan internet kat malaysia ni?? mcm banyak gle je duit aku tgk kat atas ni,x kan nak tenet laju,xde prob,lancar dan konsisten pon x boleh?? kata nak jadi negara maju...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan