Berita Harian: Mutakhir |
Perhimpunan BERSIH terus dibantah Posted: 19 Jun 2011 03:33 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai depan terus menerima bantahan daripada pelbagai pihak.Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM) menyuarakan bantahan itu dalam Mesyuarat Agung Khas cawangan Taman Koperasi Polis, Sentul, Dang Wangi, Cheras dan Brickfields di sini pagi ini. Pemangku PBPM, Datuk Yusuf Hamdain Diego, berkata perhimpunan ini hanya akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan pendapatan peniaga kecil dan pemandu teksi yang antara mereka adalah anggota persatuan itu. "Persatuan menggesa warga kota supaya tidak membabitkan diri atau menyokong perhimpunan ini kerana ia lebih untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya atas dasar memelihara demokrasi seperti didakwa," katanya.Perhimpunan jalanan haram kali kedua itu dirancang diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara dan juga di Sabah dan Sarawak kononnya bagi menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil. Sementara itu, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) yang turut membantah perhimpunan itu memuji ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, untuk tidak membenarkan mana-mana pihak termasuk Pemuda UMNO daripada terbabit dalam perhimpunan itu. Presidennya, Amir Amsaa Alla Pitchay, berkata Hishammuddin itu kena pada tempatnya sungguhpun beliau adalah bekas Ketua Pemuda UMNO.
Amir berkata, pertembungan kedua-dua pihak nanti akan menimbulkan situasi yang kucar-kacir dan akan menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. "Kalau nak lakukan sesuatu, kita juga perlu fikirkan kepentingan rakyat. Dengan adanya perhimpunan itu nanti, ia akan mengundang kesesakan lalu lintas dan menjejaskan rutin harian serta pendapatan rakyat seperti peniaga kecil dan pemandu teksi," katanya. Justeru, beliau berharap kerajaan akan menghalang perhimpunan itu dengan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menganjurkannya. Sementara itu, di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tujuan pembangkang mengadakan demonstrasi jalanan haram itu adalah untuk
Beliau percaya ada perkara yang tersembunyi mengenai apa yang ingin dicapai pembangkang di sebalik rancangan mengadakan perhimpunan haram itu. "Jika benar seperti yang mereka dakwa pilihan raya umum di negara ini 'tidak bersih' bagaimana (di) empat negeri kita (Barisan Nasional) kalah. Apakah jika mereka menang semua, barulah pilihan raya itu dikatakan bersih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program "City Survival Skill". Katanya, dakwaan penganjur bahawa perhimpunan itu tidak ada kaitan dengan politik adalah satu penipuan kerana semua rakyat tahu akan pembabitan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau menasihatkan penduduk Perak yang bercadang untuk menyertai perhimpunan itu supaya berfikir dan menimbang perkara itu dengan matang dan risiko yang bakal mereka hadapi kerana perhimpunan itu diadakan tanpa permit. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
MCA yakin ahli parti tidak akan sertai BERSIH 2.0 Posted: 19 Jun 2011 02:21 AM PDT Mutakhir KUANTAN: MCA percaya ahli parti itu tidak akan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang 9 Julai depan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.Liow berkata, beliau sudah mengarahkan ahli parti supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana ia tidak memberi sebarang manfaat malah ia berbaur politik kotor pembangkang semata-mata. "Kita perlu terangkan bahawa adanya motif politik di sebalik perhimpunan BERSIH ini... mereka cuba gunakan perhimpunan ini untuk menaikkan emosi rakyat supaya membenci kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Kuantan di sini hari ini. Penganjur perhimpunan menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil semasa pilihan raya.Liow berkata, sekiranya ada ahli MCA didapati terbabit menyertai perhimpunan tersebut, tindakan di peringkat parti akan diambil. "Kita boleh ambil tindakan mengikut peraturan dalam parti," katanya. Beliau berkata, nasihat yang sama turut diberikan kepada rakyat di seluruh negara supaya tidak membabitka diri dalam perhimpunan itu. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan