Khamis, 1 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Jom Masuk U dapat sambutan

Posted:

Jom Masuk U dapat sambutan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar mengambil bahagian dalam acara 'kerusi muzik' yang dikendalikan juruhebah Kelantan FM sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk 'U' kali ke-8 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 29 Feb. - Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk 'U' (KPTJMU) kini menjadi acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun oleh golongan muda terutama mereka yang menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menentukan arah yang perlu dituju apabila keluar dari alam persekolahan.

Karnival tahunan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran yang dimulakan sejak 2005 itu berlangsung di beberapa lokasi berbeza seluruh negara bagi memastikan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pengajian tinggi dapat disampaikan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

PPAT perkenal kaunter bookdrop

Posted:

PPAT perkenal kaunter bookdrop

KUALA TERENGGANU 29 Feb. - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) akan memperkenalkan kemudahan kaunter bookdrop di perpustakaan negeri dan daerah pada tahun ini.

Pengarahnya, Nor Akmal Abdul Fatah berkata, kaunter tersebut bagi memudahkan peminjam mengembalikan buku pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir.

''Pada masa ini pemulangan buku hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat dan ini menyulitkan peminjam

''Kaunter bookdrop akan diletakkan di pondok pengawal dan peminjam hanya memasukkan buku berkenaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nor Akmal berkata, sebagai permulaan, kaunter kemudahan itu akan diperkenalkan di perpustakaan negeri di sini dalam waktu terdekat.

Beliau menambah, pada masa ini kira-kira 400,000 orang menjadi ahli perpustakaan di seluruh negeri termasuk di enam perpustakaan daerah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

UMT kaji cuaca negara

Posted:

UMT kaji cuaca negara

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 29 Feb. - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menjalankan satu projek penyelidikan mengenai perubahan cuaca di negara ini sepanjang dua dekad lalu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Aziz Deraman berkata, penyelidikan yang dianggarkan menelan kos RM200,000 itu akan dilakukan dengan kerjasama Universiti East Carolina, Amerika Syarikat.

Menurut beliau, kajian di laut luar Bintulu itu akan mengambil teras-teras mendapan bagi mengkaji cuaca lampau dan kesannya pada masa depan.

''Kajian akan dimulakan selepas perbincangan dalam tempoh terdekat,'' katanya selepas majlis Malam Anugerah Kepimpinan Pelajar (MAKEP) 2011 UMT di sini, baru-baru ini.

Mengenai perkembangan UMT Aziz berkata, RM40 juta diperuntukkan bagi meningkatkan prasarana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan