Sabtu, 10 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


600,000 pelajar dapat manfaat

Posted:

600,000 pelajar dapat manfaat

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Adnan Yaakob memakai beg sekolah kepada kepada seorang pelajar sambil diperhatikan Liow Tiong Lai pada majlis menyampaikan beg dan pakaian sekolah di Bentong, kelmarin.


BENTONG 10 Mac - Yayasan Pahang (YP) membelanjakan RM678 juta bagi menjayakan program pembangunan pendidikan yang memberi manfaat kepada 600,000 pelajar di negeri ini sejak ditubuhkan pada 1983.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perbelanjaan itu meliputi RM331 juta untuk pinjaman kepada 30,000 pelajar serta RM201 juta biasiswa kepada 170,000 pelajar.

Baki RM142 juta lagi, kata beliau, dibelanjakan bagi melaksanakan program modal insan, kebajikan dan sosial kepada 389,000 penduduk negeri itu.

"Sejak ditubuhkan YP hanya membelanja kira-kira RM1.5 juta setahun dan meningkat kepada RM22 juta pada 1999 dan 12 tahun kemudian perbelanjaan meningkat berkali ganda hingga kini mencecah RM192 juta setahun," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Karnival Seni Warisan tingkat jumlah pelancong

Posted:

Karnival Seni Warisan tingkat jumlah pelancong

MARAN 10 Mac - Karnival Seni Warisan Maran berpotensi menjadi program kesenian utama di negara ini sekali gus dapat membantu meningkatkan jumlah pelancong ke daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil (gambar) berkata, karnival melibatkan pelbagai acara kesenian bukan sahaja menghiburkan pengunjung tetapi banyak memberi maklumat berhubung seni warisan rakyat negeri ini.

Katanya, ia bertepatan dengan kedudukan daerah Maran sebagai lubuk kepada lagu-lagu rakyat negeri ini seperti yang diketengahkan budayawan terkenal, Ariffin Said.

''Ini kerana Maran yang sinonim dengan bandar ayam kampung wajar mempunyai pakej lain sebagai daya tarikan pengunjung dan bukannya kali terakhir mereka ke Maran.

''Justeru Karnival Seni Warisan Maran ini sebagai usaha pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendekatkan diri dengan komuniti menerusi aktiviti seni, budaya dan warisan,'' katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Pelatih jururawat maut dirempuh jip

Posted:

Pelatih jururawat maut dirempuh jip

KUANTAN 10 Mac - Seorang pelatih jururawat pergigian maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah jip di Kilometer 4, Jalan Jerantut-Temerloh dekat bandar Temerloh malam tadi.

Mohd. Imran Abdul Rahim, 22, berasal dari Pekan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman, kemalangan pukul 9.15 malam itu berlaku ketika pemandu jip berkenaan, Kam Nyat Yong, 51, seorang penyelia dalam perjalanan dari arah Mentakab menuju ke Jerantut.

"Motosikal ditunggangi mangsa dikatakan gagal dikawal lalu bertembung dengan jip itu yang datang dari arah bertentangan.

"Berikutan itu, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan