Jumaat, 9 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Buang ibu di hotel bajet

Posted: 08 Mar 2012 01:24 PM PST

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Rakan selamat 12 anak

Posted: 08 Mar 2012 01:21 PM PST

AMPANG: "Saya terpaksa memecahkan siling bagi menempatkan anak dan isteri di bahagian atas selepas air naik ke paras muka menyebabkan kami sekeluarga terperangkap dalam rumah.

"Ketika itu, saya hanya berdoa dan berharap tiada kejadian tidak diingini menimpa keluarga. Mujur rakan datang membantu mengeluarkan kami ke kawasan selamat," kata mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Halim Mohamad Zain, 48.

Selain terperangkap dalam rumah, Halim juga hilang mata pencarian apabila teksi yang menjadi punca pendapatannya sekeluarga rosak teruk dihanyutkan arus deras sejauh 150 meter dari rumahnya.

Menurutnya, ketika kejadian, isteri serta 12 anaknya berada bersamanya dalam rumah dan tidak menyangka hujan lebat dua jam menyebabkan air naik hingga rumahnya hampir tenggelam.


Katanya, selepas menempatkan anak dan isterinya di bahagian atas rumah, dia cuba mendapatkan bantuan mengeluarkan mereka sekeluarga dari kawasan banjir itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan