Harian Metro: Mutakhir |
| Kontraktor mati, isteri parah dalam rompakan Posted: 07 Sep 2011 04:35 AM PDT JOHOR BAHARU: Seorang kontraktor syarikat perkapalan maut, manakala isterinya cedera parah selepas ditetak dalam satu rompakan di kediaman mereka di Jalan Tasek 24, Bandar Seri Alam di sini semalam. Mangsa, S Vijayaratnam, 47, yang ditetak di belakang kepala disahkan meninggal dunia jam 12.04 malam selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Regency di sini, manakala isterinya, G Vijayalakshmi, 45, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.
Mereka dipercayai dirompak oleh empat lelaki bersenjatakan parang. Salah seorang suspek berusia 39 tahun turut maut apabila kereta Proton Perdana milik mangsa yang dilarikan bersama rakannya terbabas lalu merempuh sebatang pokok kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.
kejadian jam 7.30 malam itu, kedua-dua majikannya sedang bersembahyang di luar
Perompak tersebut membawa pasangan berkenaan ke tingkat atas sebelum menggeledah dan mencari barangan berharga. Vijayaratnam ditetak kerana anaknya enggan keluar dari bilik yang dikunci dari dalam sebaik menyedari rompakan itu. Rasathi yang terlalu takut turut menyerahkan barangan kemas miliknya kepada penjenayah terbabit. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sebaik sampai di lokasi kemalangan pihaknya menemui dua daripada suspek dalam keadaan parah. "Suspek yang memandu kereta curi tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya berusia 31 tahun cedera parah. Polis turut menemui semula barang kemas dan telefon bimbit milik mangsa dalam kereta tersebut," katanya. Polis masih memburu dua lagi rakan suspek dan tidak menolak kemungkinan kesemua suspek sedang mabuk ketika melakukan rompakan. Katanya, suspek yang mati dan yang cedera parah itu tidak memiliki rekod jenayah lampau dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama |
| Subang pesaka nenek lumpuh dilarikan perompak Posted: 07 Sep 2011 04:19 AM PDT KUALA TERENGGANU: Seorang nenek berusia 81 tahun yang lumpuh kehilangan sepasang subang pesaka akibat dirompak oleh lelaki tidak dikenali di rumahnya di Kampung Titian Hangus di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.00 petang, mangsa Manong Salleh yang lumpuh bahagian pinggang ke bawah sedang duduk seorang diri sambil melipat baju sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang pada mulanya disangkakan anak saudaranya.
Menurut mangsa, pada ketika itu pintu rumahnya yang uzur itu berkunci dari dalam, namun dengan mudah dapat dibuka oleh lelaki berkenaan. "Lelaki yang menutup mukanya dengan tuala menyerbu masuk rumah dan kemudian terus mengilas tangan makcik ke belakang dan menyembamkan muka makcik ke lantai sebelum merentap subang pesaka yang diwarisi daripada arwah emak makcik, dan melarikan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Beliau kemudian membuat aduan polis dengan bantuan seorang jiran. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan yang dihubungi
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan