Berita Harian: Mutakhir |
| Kerajaan Melaka sumbang RM20,000 kepada keluarga allahyarham Noramfaizul Posted: 07 Sep 2011 03:46 AM PDT Mutakhir MELAKA: Kerajaan negeri Melaka menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BERNAMA TV yang terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia, Jumaat lalu.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyampaikan cek sumbangan itu kepada wakil BERNAMA pada satu majlis rasmi Ilmu Wacana Pemikiran Bersama di Seri Negeri di sini hari ini. Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar. Mohd Ali berkata, kerajaan negeri yang prihatin dengan pengorbanan warga media ketika membuat liputan di luar negara untuk tatapan umum, amat menghargai jasa Allahyarham Noramfaizul.Noramfaizul, 39, terbunuh akibat terkena tembakan curi semasa menaiki kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan selepas penyampaian bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran daripada Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia. - BERNAMA |
| Muhyiddin akan namakan 5 Ahli Parlimen BN dalam Jawatankuasa Terpilih Posted: 07 Sep 2011 03:30 AM PDT Mutakhir PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menamakan lima Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) tidak lama lagi.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata Muhyiddin akan mengemukakan senarai nama itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. "Tiga Ahli Parlimen dari pembangkang dan seorang ahli Bebas boleh juga mengemukakan nama kepada Tan Sri Pandikar sebelum saya membentangkan usul itu pada sidang Parlimen Oktober ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan dalam proses pilihan raya.Jawatankuasa itu akan dipengerusikan seorang menteri kabinet. Nazri berkata beliau telah membentangkan satu memorandum yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penubuhan jawatankuasa itu kepada Kabinet hari ini. "Kabinet bersetuju dengan kerangka kerjanya. Jika anda teliti kerangka kerja itu, ia sangat luas bagi mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan SPR bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bebas.
Nazri berkata Kabinet juga bersetuju bahawa jawatankuasa itu akan diberi masa enam bulan bagi mempertimbang kerangka kerja itu. "Bagaimanapun, jika perlu, ia akan dilanjutkan," katanya. Nazri berkata Kabinet juga bersetuju bahawa perkara-perkara yang dibincangkan dalam jawatankuasa itu akan dilaksanakan secepat mungkin tanpa menunggu semua laporan asalkan ia dipersetujui sebulat suara tanpa sebarang pindaan kepada akta atau perlembagaan. Semasa ditanya jika pembangkang memboikot jawatankuasa itu, Nazri berkata jawatankuasa itu akan diteruskan tanpa menghiraukannya memandangkan kerajaan mahu pilihan raya yang adil dan bebas. "Ia adalah permintaan pembangkang dan NGO (badan bukan kerajaan) supaya sebuah jawatankuasa dibentuk, jadi jika mereka tidak mahu mengambil bahagian, maka ia adalah pelik," katanya. Menjawab soalan jika jawatankuasa itu akan dibubarkan jika pilihan raya diadakan lebih awal, sebelum tempoh Parlimen berakhir, Nazri berkata: "Kita sedang berusaha berlandaskan bahawa tempoh masa parlimen akan tamat pada April 2013 dan selepas itu 60 hari lagi untuk mengadakan pilihan raya umum." - BERNAMA Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan