Berita Harian: Wilayah |
| Posted: 06 Sep 2011 05:35 PM PDT Wilayah SEGELINTIR pejalan kaki melintas jalan di bawah jejantas BESRAYA, Sungai Besi. KUALA LUMPUR: Jejantas bernilai RM1 juta yang siap dibina berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai dan Pangsapuri Permai di Kilometer 8.3 Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) di sini, pada Jun lalu seperti gajah putih kerana tidak digunakan penduduk, sebaliknya mereka lebih rela membahayakan diri melintas enam lorong lebuh raya berkenaan untuk ke seberang jalan setiap hari. Dua tahun lalu, keadaan berbeza kerana penduduk di kawasan perumahan terbabit mendesak kerajaan menyediakan kemudahan itu kerana bimbang dengan keselamatan mereka terutama pelajar yang terpaksa menyeberangi lebuh raya berkenaan untuk ke sekolah mereka atau ke pekan Sungai Besi dan Stesen LRT. Pembantu stor, Ahmad Syukran Mohd Yusuff, 32, berkata setiap hari beliau menunggu bas di perhentian berdekatan jejantas itu untuk ke pejabat dan dapat menyaksikan ramai penduduk tidak menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan itu.Beliau berkata, dulu mereka desak kerajaan bina jejantas, tetapi selepas siap mereka tidak menggunakan kemudahan itu, sebaliknya sanggup membahayakan diri dengan melintas enam lorong lebuh raya berkenaan. "Macam-macam alasan mereka buat. Mula-mula beri alasan jejantas sedia ada dibina terlalu jauh iaitu kira-kira 500 meter dari penempatan mereka dan kemudian mendesak kerajaan membina jejantas baru di kawasan lebih dekat. "Selepas jejantas baru siap dibina, masih ramai yang seolah-olah tidak menyedari kewujudan jejantas itu," katanya kepada Sentral, semalam.
Seorang pelajar sekolah yang enggan dikenali berkata, beliau tidak menggunakan jejantas itu kerana tidak mahu kepenatan mendaki tangga kerana selepas itu perlu berjalan jauh untuk ke Stesen LRT Sungai Besi. "Penatlah nak daki tangga dengan membawa beg sekolah yang berat setiap hari, saya dan rakan akan menunggu masa yang sesuai sebelum melintas jalan raya yang sibuk ini. "Setakat ini faktor keselamatan masih terjaga walaupun pernah beberapa kali ternampak penduduk yang hampir dilanggar akibat tidak menggunakan jejantas," katanya. Pada September 2009, Sentral melaporkan kesusahan ratusan penduduk terutama pelajar sekolah terpaksa menggadai nyawa dengan melintas BESRAYA semata-mata untuk mendapatkan khidmat pengangkutan awam dan ke sekolah di seberang jalan sejak penempatan dibuka pada 2004. Konflik berterusan apabila jejantas yang sepatutnya siap pada Jun 2010 terpaksa ditangguhkan berikutan kegagalan kontraktor menyiapkannya. Berikutan itu, tender kali ketiga terpaksa dibuat untuk melantik kontraktor dan akhirnya pada Jun tahun ini jejantas itu siap dibina sebelum dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk M Saravanan. |
| Dinding retak, hujan mencurah masuk Posted: 06 Sep 2011 05:33 PM PDT Wilayah SARIMAH menunjukkan bahagian bilik rumahnya yang retak. Azmi Zainul Abidin, 40, dan isterinya, Sarimah Dolah, 43, bersama lima anak mereka itu terpaksa menghuni rumah berkenaan kerana tidak mempunyai pilihan lain, akibat hidup dibelenggu kemiskinan. Ketika ditemui Sentral, Sarimah berkata, kediaman mereka itu dibangunkan oleh kerajaan menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan tidak pernah melalu proses naik taraf selepas itu. Beliau berkata, kerosakan pada rumah mereka itu yang membabitkan beberapa keretakan serius pada dinding, selain berlubang di bahagian bumbung, mula dikesan pada 2004 iaitu setahun selepas mendiaminya."Kami sudah memohon bantuan untuk membaiki kerosakan itu dari pihak berkuasa dari hari berkenaan, namun sehingga kini tidak pernah menerima sebarang maklum balas. Memang hajat kami, hendak membaiki kerosakan itu sendiri tapi apakan daya, kami tidak mampu. Tinjauan Sentral mendapati rumah PPRT ini sangat daif dan memerlukan bantuan untuk dibaiki segera. Jika tidak, keluarga tujuh beranak ini pastinya akan terus hidup dalam kedaifan. Menceritakan lebih lanjut dilema dihadapi keluarganya itu, Sarimah berkata, saat paling memeritkan hidup mereka sekeluarga apabila hujan lebat pada waktu malam atau awal pagi.
"Keadaan ini sudah berlaku sejak lapan tahun lalu dan jika tiada perubahan juga, ia akan berterusan lagi selepas ini," katanya. Sarimah yang tidak bekerja, mengakui mereka sekeluarga hanya mengharapkan pendapatan dari suaminya sebagai pengawal keselamatan selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Katanya, akibat kesempitan hidup itu dua daripada lima anak mereka terpaksa dihantar ke rumah emaknya untuk disara, baru-baru ini. "Ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, kami sekeluarga memang tidak dapat merasai kemeriahannya seperti keluarga lain," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan