Harian Metro: Setempat |
Gaduh dalam bas, ditetak di kubur Posted: 20 Jun 2011 10:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya kerana berlaku perselisihan faham dalam bas, seorang lelaki warga Indonesia maut ditetak dengan parang di tanah perkuburan Kristian, Jalan Kuari, Cheras, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 30-an menaiki sebuah bas bersama dua rakannya dari Taman Len Seng, di sini, untuk ke pusat bandar.
Katanya, ketika itu, mangsa dan rakannya dalam perjalanan ke pusat bandar selepas pulang dari tempat kerja di sebuah tapak pembinaan di Taman Len Seng.
Ku berkata, mangsa yang dipercayai berasal dari Surabaya ditetak menggunakan parang. Seorang lagi rakan mangsa parah manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.
"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui senjata yang digunakan. Malah, tiada dokumen peribadi ditemui pada mayat mangsa," katanya.
|
Posted: 20 Jun 2011 10:10 AM PDT SHAH ALAM: Akibat terlalu penat dan memberhentikan kereta di tepi jalan, seorang kontraktor bukan saja kerugian hampir RM100,000 apabila menjadi mangsa samun bersenjata, malah dibogelkan sebelum penyamun itu melarikan keretanya. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) itu, mangsa berusia 32 tahun berhenti berehat selepas memasuki Plaza Tol Setia Alam, di sini, sebelum merancang meneruskan pemanduan.
Sumber berkata, suspek kemudian memandu Honda City milik mangsa dan diekori Toyota Vios berwarna hitam dipercayai dipandu rakan suspek.
"Suspek meninggalkan mangsa keseorangan dalam keadaan bogel di Kilometer 7.1 NKVE sebelum melarikan diri menggunakan kereta mangsa," katanya.
Menurutnya, anggaran kerugian dialami mangsa hampir RM100,000 itu termasuk kenderaan, wang, dua telefon bimbit, jam tangan, kasut berjenama dan beberapa lagi barang berharga.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan