Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 19 Jun 2011 10:58 AM PDT BIARPUN kedudukan skuad negara untuk melepasi halangan pusingan kedua Olimpik London 2012 masih belum terjamin, seri 0-0 dengan Lubnan pada aksi pertama di Beirut memberi sedikit kelebihan apabila mereka bertemu sekali lagi di Stadium Bukit Jalil, Khamis ini. Walaupun gagal mencatat kemenangan dengan aksi positif di tempat lawan, sekurang-kurangnya anak buah Ong Kim Swee boleh pulang ke tanah air dengan lapang dada kerana berjaya mengelak lawan daripada mendapat bekalan berharga untuk perlawanan kedua nanti. "Misi kami di sini (Beirut) boleh dianggap berjaya kerana mencatat keputusan seri dan tidak membenarkan mereka (pemain Lubnan) mendapat gol. "Tapi, agak kecewa sedikit kerana kami hampir mencatat kemenangan jika pemain tidak mensesiakan banyak peluang.
Berbekalkan sorakan semangat yang diberikan lebih 300 penyokong yang kebanyakannya anggota tentera daripada pasukan Malbatt dan Malcon Malaysia yang bertugas menjaga keselamatan di Lubnan, skuad negara yang pada mulanya tenggelam berjaya mengancam kubu tuan rumah. Asakan awal bermula dengan rembatan pemain sayap kanan Wan Zack Haikal Wan Nor yang Berjaya ditepis penjaga gol tuan rumah Mohamad Dakramanji pada minit ke-11. Seminit kemudian Malaysia terlepas peluang terbaik apabila tandukan Izzaq Faris Ramlan melambung tinggi walaupun mendapat hantaran cantik Fandi Othman di depan pintu gol. Bagaimanapun, Lubnan yang dikendalikan jurulatih Samir Saad hampir mendahului pada minit ke-32 namun rembatan kencang Hassan Chaito sedikit tersasar walaupun penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas. Pada babak kedua beberapa peluang Malaysia yang terhidang gagal disempurnakan dengan baik oleh Wan Zack dan penyerang gantian Syahrul Azwari Ibrahim sekali gus menyaksikan perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan. Namun Kim Swee tetap berpuas hati dengan komitmen pemain selepas dikritik hebat gara-gara aksi buruk dalam perlawanan persahabatan dengan Kemboja dan Qatar sebelum ini. "Strategi kami menjadi kerana tidak membenarkan pemain Lubnan bermaharajalela di tempat mereka, saya berharap pemain-pemain dapat menunjukkan prestasi lebih baik untuk memastikan kita layak ke pusingan seterusnya," katanya. Skuad Olimpik negara sebelum ini layak ke pusingan kedua selepas mengatasi Pakistan menerusi agregat 2-0 Mac lalu. Jika melepasi pusingan kedua, mereka akan layak bersaing ke peringkat kumpulan bagi merebut slot ke Olimpik London 2012. Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar itu di Olimpik Moscow 1980 selepas beraksi di Olimpik Munich 1972. MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat (C), Mohd Zubir Azmi, Mohd Fadhli Shas, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Irfan Fazail, K Gurusamy, Gary Steven Robart, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fandi Othman, Mahali Jasuli, Izzaq Faris Ramlan. LUBNAN: Mohamad Dakramanji, Omar Quaida, Nour Mansour, Ali Bazzi, Chad Atie, Hassan Chaito, Abdallah Taleb, Haitham Faour, Mohamad Haidar, Mahmoud Kojok, Kassem Leila. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 19 Jun 2011 10:47 AM PDT KUALA LIPIS: Empat sahabat karib yang sedang dalam perjalanan ke sebuah restoran, maut dalam keadaan mengerikan apabila Toyota Vios dinaiki mereka terputus tiga akibat bertembung dengan sebuah bas ekspres dua tingkat di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta, berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Lipis, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, pemandu kereta, Hoi Wai Kin, 20, dari Benta Jaya, Lipis, penumpang, Wong Kok Heng, 17, Wong Chin Xion dan Yap Chung Hung, kedua-duanya 15 tahun, dari Kampung Penjom, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan mendapati, kereta dinaiki mangsa menghala ke Benta dari Penjom dipercayai dipandu laju menyebabkannya hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres yang menghala ke Kelantan dari Kuala Lumpur.
Menurutnya, pemandu bas, Wan Seman Wan Yi, 48, pula hanya cedera ringan dan turut menerima rawatan di HKL manakala pemandu kedua serta 42 penumpang bas tidak cedera.
Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan pemandu bas terbabit untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan 1987.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan