Rabu, 22 Jun 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Rebut lesen bazar Ramadan

Posted: 21 Jun 2011 03:35 PM PDT

Wilayah

ORANG ramai beratur untuk membeli borang bazar Ramadan  yang dikeluarkan  MBPJ di  Dewan D’ Klana.

ORANG ramai beratur untuk membeli borang bazar Ramadan yang dikeluarkan MBPJ di Dewan D' Klana.

Orang ramai tunggu sejak tengah malam dapatkan borang tapak jualan

PETALING JAYA: Siapa cepat, dia dapat! Begitulah situasi di kaunter jualan borang Bazar Ramadan 2011 yang dilaksana Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila orang ramai sanggup menunggu di Dewan D' Klana dan Stadium Kelana Jaya, di sini, seawal jam 12.30 tengah malam untuk mendapatkan borang bagi memperoleh tapak jualan bazar yang hanya dijual bermula jam 9 pagi semalam.

Situasi itu juga menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati apabila pihak tidak bertanggungjawab membuat nombor giliran bermula angka satu hingga 135 bagi tapak Bazar Ramadan Damansara Damai yang membolehkan hanya mereka memiliki nombor berkenaan saja layak mendapat borang.

Lebih memburukkan keadaan apabila mereka yang memperoleh nombor giliran itu turut membabitkan ramai kalangan ahli keluarga sama yang kemudian berhasrat menjual borang berkenaan dengan harga berkali ganda demi mengaut keuntungan segera. Suri rumah, Sharifah Maznah Syed Mohd Al Yahya, 60, berkata beliau tiba di Stadium Kelana Jaya seawal jam 4 pagi untuk membeli borang jualan tapak Bazar Ramadan Damansara Damai, tetapi hampa apabila individu disangkanya pegawai MBPJ, memaklumkan dia tidak mendapat borang itu kerana nombor giliran sudah mencukupi.

"Mereka ulat nombor dan saya mengetahuinya selepas itu apabila MBPJ memaklumkan tidak menetapkan sistem nombor giliran. Mereka mengagihkan nombor giliran kepada kenalan dan hanya yang memiliki nombor saja dibenar berbaris di kaunter, manakala yang lain dihalau dari kawasan itu.

"Jadi, saya meminta penguat kuasa MBPJ menyiasat hal ini kerana sebaik proses penjualan borang berharga RM5 selesai, ada di kalangan kami menerima SMS menawarkan pembelian borang itu dengan harga lebih RM300," katanya.

Sebanyak 1,603 petak dibuka untuk jualan membabitkan 21 kawasan Bazar Ramadan MBPJ dan antara lokasi tumpuan peniaga ialah Kota Damansara, Kelana Jaya, Taman Medan dan Damansara Damai kerana strategik, selain bilangan pembeli yang ramai.
Tapak bazar jualan bagi kawasan Damansara Damai dibuka 135 petak, sedangkan peniaga yang menanti untuk mendapatkan borang itu lebih 200 orang hingga menimbulkan ketegangan, manakala di Dewan D' Klana pula, segelintir peniaga terpaksa berasak bagi mendapatkan borang untuk kawasan Bazar Ramadan Kelana Jaya yang mempunyai 220 tapak.

Proses jualan borang itu juga menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati kerana MBPJ seharusnya menjual borang lebih daripada kuantiti petak disediakan, sebelum membuat pilihan mereka yang layak berniaga di situ.

Norziana Ajmain, 35, berkata proses jualan borang semalam, mencetuskan kemarahan orang ramai yang menganggap tindakan MBPJ itu sebagai tidak telus, malah memberi ruang pihak tertentu mengaut untung secara haram.

"Jualan semula borang itu mungkin dilakukan ahli keluarga mereka yang ramai memperolehnya selepas mendapat nombor giliran. Ini tidak adil dan kami berharap MBPJ bertindak tegas membanteras kegiatan ini yang menganiaya peniaga seperti kami yang dinafikan hak untuk membeli borang itu," katanya.

Ahli Majlis Zon 1 MBPJ, Syed Abd Malik Al Jafree pula berkata, beliau akan menyiasat dan meminta MBPJ meneliti semula borang permohonan yang dihantar kerana kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak membeli borang untuk dijual semula dengan harga tinggi.

"Saya akan membincangkan perkara ini serta cuba menyelesaikannya kerana saya sendiri menerima SMS tawaran pembelian borang itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha MBPJ, Ahmad Mahayin Said, berkata pihaknya mengeluarkan borang mengikut jumlah petak disediakan dan setiap borang diaudit Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Peniaga harus menghantar dua keping gambar mereka dan pekerja supaya tidak wujud kes 'Ali Baba'. Pegawai penguat kuasa akan memantau proses jualan di Bazar Ramadan kelak supaya perkara memajak tapak jualan atau menjualnya kepada orang lain tidak berlaku," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

along_lil@yahoo.com

hahaha....yang meniaga pun bukan nyer org kiter sangat..sbb tu depa tak tau selera makan org kiter..org luar..kalau ayam perchik jer org kiter...dengan kueh mueh..kalau mika tak percaya mika tgk nanti...

PAKAR NIAGA

sapa dapat berniaga untung la,tapi jangan kelar leher orang lain,jual lah dengan berpatutan harga.jangan bulan puasa ni jual mahalll jeee...,nanti duit tu kene curik padan muke.

Hampa

Bru sampai kat gate pukul 9 pagi, disuruh balik dgn alasan no. dh abis. No? De no pulak? Tgh cari parking,de org offer jual borang RM350. Fuhhh! Untung niaga lum tentu agi, borang je dh harga ni? Seminggu niaga pn lum tentu dpt cover agi...ni ke melayu yg diagung-agungkan kte? Tamak tak bertempat! MBPJ, skrg dh zaman moden..carilah kaedah yg lebih tamadun dn adil klau nk buat pn..yg kedil trus dihimpit wahal yg kaya trus kaya..
Fed up dgn isu-isu yg lum selesai2 sjak azali agi! Memang M'sia boleh...tetap hormat org2 S'pore..BERSIVIK walau yg tua maupn yg muda. Kat sini, semue belasah je...memang mentaliti zaman purba..

ZaiSri

Wah tak sangka kawasanku Damansara Damai menjadi rebutan. Dari pengalaman yang lepas, makanan tak sedap manapun mahal lagi adalah...tahun ni sape niaga mahal boikot je. Bersederhanalah ketika berbelanja apatah lagi bulan ramadan.

usop

Isu yang sama pernah terjadi tahun-tahun sebelum ini & percayalah, tahun depan & tahun depan lagi, isu yang sama juga akan timbul.

Disebalik kecanggihan IT masa kini, sistem bazaar Ramadhan di MBPJ ni masih lagi pada tahap zaman tok kadok.

HAS

setakat nak dptkan borang untuk bazaar ramadhan pun nak gaduh ker, time puasa niela orang nakk buat untung tapi makanan tak sedap mana pun pastu charge mahal2.

Faizal

cuba buat online pulak... pastu suruh jabatan audit negara check selain dari audit SPRM. jimat masa, jimat belanja, kan zaman dah berubah... so, takde lagi kekacauan spt yg dah berlaku.

Otai

Wahai MBPJ cubalah fikirkan satu cara yang adil dan saksama janganlah asyik nak utamakan keluarga dan kroni saja.

Hamba Allah

Harap orang ramai yang sanggup menunggu di Dewan D' Klana dan Stadium Kelana Jaya bagi merebut lesen bazar Ramadan juga sama-sama berusaha merebut pahala pada Ramadan nanti... Amin!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyambungan haram punca empat rumah terbakar

Posted: 21 Jun 2011 03:34 PM PDT

Wilayah

KUALA LUMPUR: Ekoran mendapatkan bekalan elektrik tanpa kebenaran serta dipercayai menjalankan penyambungan secara haram, empat rumah yang didiami empat keluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Loke Yew, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, api dipercayai bermula dari bahagian bumbung rumah selepas berlaku beberapa letupan daripada sistem wayar penyambungan elektrik di kawasan sekitar rumah berkenaan.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Marzuki Shaffie berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah litar pintas di kawasan berkenaan. Lima jentera bomba dengan 30 anggota dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Pudu dan Chow Kit dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat pada kira-kira jam 10.31 pagi.

Bomba mengambil masa hampir sejam bagi mengawal api daripada merebak ke kediaman lain yang turut dilaporkan berisiko ekoran didirikan dengan kayu.

"Ketika tiba, kami mendapati api semakin marak menuju ke kawasan kediaman setinggan berhampiran dan selepas menerima maklumat tiada mangsa terperangkap, kami mengambil langkah memadam bahagian keliling kediaman yang mula terbakar," katanya.

Beliau berkata, unit forensik bomba sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian yang didakwa bermula dari bahagian pendawaian elektrik serta jumlah kerugian dialami penduduk.
Penduduk, Sew Kee, 47, berkata dia menerima panggilan abangnya sekitar jam 10.20 pagi memaklumkan kebakaran yang menimpa kediaman mereka.

"Saya bernasib baik kerana ketika kejadian, tiada orang di rumah, tetapi sedih kerana kami kini tinggal sehelai sepinggang," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan