Rabu, 15 Jun 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Premis penagih lepas gian

Posted: 14 Jun 2011 01:39 PM PDT

Wilayah

 Stesen Kereta Api baru Gua Musang   terbiar selepas siap dibina lebih dua tahun lalu.

Stesen Kereta Api baru Gua Musang terbiar selepas siap dibina lebih dua tahun lalu.

Stesen Kereta Api Gua Musang terbiar tanpa perkhidmatan sejak 2009

GUA MUSANG: Sudah dua tahun, Stesen Kereta Api Gua Musang yang baru siap dibina tapi malangnya dibiarkan begitu saja tanpa perkhidmatan dibuka kepada orang ramai sehingga ia menjadi sasaran 'mat gian' melepak dan mencuri kelengkapan di situ.

Stesen yang terletak di laluan jalan raya Gua Musang-Kuala Krai itu dilihat terbiar dan cermin tingkap turut dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tinjauan Berita Harian mendapati kemudahan di stesen kereta api baru itu rosak serta kawasan sekitarnya dinaiki pokok tanpa ada kerja selenggaraan.

Penduduk, Mohd Faris Alias, 42, berkata pembinaan stesen kereta api baru itu dianggap membazir kerana sejak siap dibina, ia dibiarkan begitu saja.

Beliau berkata, pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sepatutnya menggunakan stesen baru itu kerana ia menjadi tarikan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.

"Apa yang peliknya bagi saya, stesen kereta api baru ini dibina bukan di kawasan strategik hingga orang ramai sukar untuk parkir kenderaan di kawasan itu.
"Memang kawasan ini menjadi laluan orang ramai, tetapi jalan ke situ sempit dan berbukit hingga membahayakan orang ramai untuk ke stesen berkenaan, termasuk kawasan berhampiran terdapat pembinaan kuarters Pusat Kesihatan Gua Musang," katanya.

Harun Muhamad, 48, pula berkata, KTMB tidak boleh membiarkan stesen baru berkenaan terbiar begitu saja dan ia perlu dibuka secepat mungkin bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan.

Katanya, selagi stesen itu tidak beroperasi, ia akan menjadi sasaran perbuatan khianat dengan merosakkan kelengkapan yang ada.

"Sebagai bandar yang pesat membangun, tidak sepatutnya pembinaan stesen baru dibiarkan begitu saja walaupun orang ramai sedia menggunakan perkhidmatan berkenaan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru paksa pelajar tinggal di asrama

Posted: 14 Jun 2011 01:38 PM PDT

Wilayah

KUALA TERENGGANU: Di mana silapnya. Tindakan sebuah sekolah menengah di daerah ini meminta pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tinggal di asrama mendapat reaksi negatif.

Malah, ada di kalangan pelajar dikatakan meminta berpindah ke sekolah lain kerana tidak mahu tinggal di asrama yang menghimpunkan pelajar yang berpotensi mencapai keputusan cemerlang.

Tindakan sekolah itu juga dikatakan menyebabkan pelajar dikatakan sanggup ditukarkan ke kelas lain daripada berada di kelas terbaik bagi mengelak 'dipaksa' tinggal di asrama. Beberapa ibu bapa pelajar yang tidak mahu dikenali berkata, pengurusan sekolah dikatakan bertindak sedemikian selepas tidak ramai pelajar memilih tinggal di asrama.

"Kita khuatir tindakan pengurusan sekolah akan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran apabila turun ke kelas lebih rendah walaupun sebelum ini berada dalam kelas pertama.

"Pelajar yang dipaksa tinggal di asrama dikatakan mendapat bimbingan intensif guru untuk mencapai keputusan cemerlang," kata seorang bapa pelajar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Razali Daud, berkata pihaknya akan menyiasat berhubung tindakan sekolah itu.
"JPNT belum menerima laporan berhubung perkara itu tetapi demi menjaga nama baik jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu diminta menyiasat perkara itu," katanya ditemui selepas merasmikan Program Elit 2011 Pelajar Praufniversiti Daerah Kuala Terengganu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, di sini, kelmarin.

"Kita tidak wajibkan pelajar tinggal di asrama jika mereka boleh belajar di rumah dengan selesa dengan diberi perhatian oleh ibu bapa atau keluarga dengan baik. Tetapi kalau pelajar tinggal jauh dari sekolah atau masalah keluarga yang besar sehingga berlaku gangguan untuk belajar, ia eloklah tinggal di asrama.

"JPNT tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana sekolah selain sekolah berasrama penuh untuk memastikan pelajar tinggal di asrama yang disediakan," katanya ditemui selepas merasmikan Program Elit 2011 Pelajar Pra-Universiti Daerah Kuala Terengganu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, di sini, kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Agung Gabungan Pendidikan Melayu Terengganu (GAGASAN), Syed Anwar Syed Mohamad serta 45 pelajar Tingkatan Enam terbaik daerah ini yang mempunyai potensi mendapat semua A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011.

Razali berkata, jika pihak sekolah mahu pelajar tinggal di asrama dengan matlamat memastikan pelajar mendapat bimbingan terbaik hingga menjadi pelajar cemerlang, tetapi ia perlu dilakukan dengan cara betul dan kerelaan hati pelajar, bukannya dilakukan secara ugutan menukar kelas seperti didakwa.

"Bagi saya hubungan pelajar dengan keluarga amat kuat dan kalau pelajar itu lebih selesa tinggal di rumah bersama ibu bapa, kita terima dengan baik tapi sekiranya diminta tinggal di asrama untuk mengikuti sesuatu kem itu mesti diikuti," katanya yang kesal kerana kemelut antara ibu bapa, pelajar dan sekolah itu tidak sepatutnya terjadi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan