Rabu, 1 Jun 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Mayat bayi perempuan ditemui tersangkut celah batu sungai

Posted: 31 May 2011 03:31 PM PDT

Wilayah

MAYAT bayi yang dijumpai dalam sungai berhampiran pusat beli-belah The Mall.

MAYAT bayi yang dijumpai dalam sungai berhampiran pusat beli-belah The Mall.

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui tersangkut di celah batu tepi Sungai Gombak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata bayi, yang sudah dipotong tali pusat, ditemui oleh seorang awam yang terlihat bayi itu ketika berada di stesen berkenaan pada jam 9 pagi ini.

Beliau berkata, orang awam terbabit pada mulanya terlihat satu bungkusan seolah menyerupai anak patung terapung di celah batu di sungai berkenaan. "Mengesyaki objek itu adalah bayi, orang awam terbabit memaklumkannya kepada polis.

"Sepasukan anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul yang dikejarkan ke tempat itu kemudian membawa keluar bayi malang itu dari celah batu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat bayi itu dipercayai dicampak dari tempat lain sebelum dihanyutkan di sungai berkenaan.

"Kita sehingga kini masih menyiasat segala kemungkinan yang ada termasuk mengalu-alukan sebarang maklumat dari saksi kejadian bagi membolehkan kita mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan itu," katanya.
Katanya, polis juga sedang menyiasat sama ada bayi berkenaan sudah meninggal dunia sebelum atau selepas dibuang ke dalam sungai.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

600 cerun, 5 kawasan tani berisiko runtuh

Posted: 31 May 2011 03:29 PM PDT

Wilayah

MPAJ, agensi pantau keluarkan inventori lokasi

AMPANG: Sebanyak 600 cerun dan lima kawasan pertanian yang berpenduduk di sekitar Ampang Jaya di sini, dikenal pasti sebagai kawasan sensitif dan berisiko berlaku kejadian tanah runtuh terutama pada musim hujan.

Kebanyakan 600 cerun terbabit dikesan di Bukit Antarabangsa dan lima kawasan pertanian berpenduduk pula ialah di Kampung Kemensah, Kampung Ampang Indah, Bukit Sungai Seputeh Lembah Jaya Utara, Cheras Baru dan Kampung Datuk Mufti.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohamad Yacob, berkata Unit Bahagian Cerun MPAJ sedang memantau semua kawasan berkenaan dengan kerjasama agensi seperti Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). "Satu inventori mengenai kawasan berisiko akan dibuat dan maklumat mengenainya akan dimaklumkan kepada penduduk tidak lama lagi.

"Setakat ini, Unit Bahagian Cerun MPAJ dengan lapan anggota yang diketuai jurutera bertauliah akan membuat tinjauan secara berjadual ke kawasan terbabit.

"Bagaimanapun, pembabitan penduduk yang lebih peka dengan risiko tanah runtuh di kawasan masing-masing akan lebih memberikan kesan dalam langkah penjagaan ini. Tuan tanah juga perlu bertanggungjawab ke atas tanah masing-masing," katanya selepas Mesyuarat Penuh MPAJ Bil 5/2011 di sini, kelmarin.

Beliau berkata, penduduk di kawasan terbabit sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan menerusi notis pada 3 Mei dan 20 Mei lalu di samping mengesyorkan tindakan yang perlu diambil sebagai langkah awal.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan JKR minggu lalu, kawasan sekitar Ampang Jaya antara yang paling berisiko mengalami tanah runtuh membabitkan 39 kawasan.

Bagaimanapun, MPAJ mendakwa tidak mengetahui mengenai kawasan yang dimaksudkan.

"Ampang Jaya menerima jumlah purata hujan yang melebihi 70 mililiter (ml) sehari. Semua kawasan pembangunan diwajibkan mengambil langkah keselamatan termasuk kawasan aliran air bagi mencegah berlaku banjir.

"Sekiranya kawasan mereka menyebabkan banjir atau tanah runtuh, kompaun sebanyak RM250,000 boleh dikenakan mengikut Akta 133 Jalan, Parit dan Bangunan (Undang-Undang Kecil Kerja Tanah).

"Setakat ini, empat daripada enam pembangunan sudah diluluskan manakala dua lagi masih menunggu keputusan Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar," katanya.

Sepanjang Mei lalu, MPAJ mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM300,000 untuk membaik pulih cerun dan kerja menghalang hakisan di 35 kawasan termasuk 10 di atas tanah PBT itu dan selebihnya di tanah persendirian.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan