Sabtu, 18 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Surat Najib untuk PBB

Posted: 18 Jun 2011 04:00 PM PDT

Nasional

NAJIB menyaksikan majlis penyerahan cek RM20,000 kepada Noorazman (kiri) oleh Khairy pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Pasukan Lifeline4 Gaza (LL4G) Malaysia untuk International Freedom Flotilla II ke Gaza di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

NAJIB menyaksikan majlis penyerahan cek RM20,000 kepada Noorazman (kiri) oleh Khairy pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Pasukan Lifeline4 Gaza (LL4G) Malaysia untuk International Freedom Flotilla II ke Gaza di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

PM minta laluan selamat misi Malaysia ke Gaza

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan mengutus surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon meminta badan induk itu campur tangan memastikan misi kemanusiaan ke Gaza tidak diganggu rejim Israel.

Perdana Menteri menegaskan, misi pasukan Lifeline4Gaza Malaysia adalah suara masyarakat dunia yang menyokong misi pembebasan antarabangsa Flotilla II ke Gaza. Beliau berkata, permohonan pasukan Lifeline4Gaza Malaysia supaya PBB menguatkuasakan undang-undang antarabangsa adalah wajar untuk memastikan tidak berlaku sebarang jenayah yang mengancam misi pasukan sukarelawan dunia.

"Kalau tidak ada suara lain (dunia lain) yang berani untuk memperjuangkan isu penduduk Palestin, Malaysia akan bersuara untuk membuktikan masih wujud rakyat berjiwa besar yang menentang kekerasan dan kezaliman ke atas penduduk Palestin," katanya ketika melancarkan pasukan Lifeline4Gaza Malaysia bagi menyertai pembebasan antarabangsa Flotilla II ke Gaza di Stadium Badminton Cheras di sini, malam tadi.

Seramai 10 wakil Malaysia akan menyertai misi itu bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara yang akan berangkat minggu depan melalui jalan laut dan darat.

Pasukan Malaysia diketuai Pengerusi LifeLine4Gaza Malaysia, Dr Noorazman Mohd Samsuddin. Turut serta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri secara berseloroh berkata, semua anggota mesti pergi dan pulang dengan selamat supaya tidak perlu diadakan pilihan raya kecil selepas ini.

Bagaimanapun, beliau cukup yakin pasukan Lifeline4Gaza Malaysia akan berjaya menunaikan matlamat mereka walaupun berdepan ancaman tentera rejim Israel.

"Kita tidak boleh menggunakan kekerasan untuk menangani isu ini, tetapi kita ada cara lain untuk menunjukkan rasa simpati ke atas penderitaan Palestin. Kita tidak tahu bila isu ini akan selesai tetapi lambat-laun misi seperti ini akan memberi kesan kepada masyarakat dunia," katanya.

Najib turut menyokong cadangan Dr Noorazman yang meminta PBB melantik wakil mereka untuk memeriksa kapal yang membawa bantuan kemanusiaan bagi mengelak sebarang prasangka buruk serta bukti mereka tidak membawa senjata.

Selain itu, Perdana Menteri juga bersetuju sekiranya Malaysia menubuhkan pusat trauma di Gaza yang dinamakan Pusat Trauma Malaysia bagi membantu anak yatim yang kehilangan ibu bapa dan mengalami tekanan hidup.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AEC perlu wujud blok perdagangan serantau

Posted: 18 Jun 2011 03:57 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN menyampaikan ucaptama perasmian Forum Perniagaan Malaysia-Afrika di Putrajaya, semalam.

MUHYIDDIN menyampaikan ucaptama perasmian Forum Perniagaan Malaysia-Afrika di Putrajaya, semalam.

Potensi Malaysia-Afrika belum diterokai sepenuhnya

PUTRAJAYA: Asean dan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC), terutama usahawan harus mewujudkan blok perdagangan serantau untuk dimanfaatkan bagi pembangunan ekonomi dua hala selain meneroka bidang pelaburan baru serta menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tahap perdagangan dan pelaburan semasa antara Malaysia-Afrika belum diterokai sepenuhnya dan usahawan kedua-dua negara perlu berusaha bersungguh-sungguh mengeksploitasi potensi masing-masing. "Perdagangan Malaysia dengan Afrika hanya AS$7.8 bilion (RM23.4 bilion) tahun lalu berbanding dagangan AS$12 bilion (RM36 bilion) dengan Jerman walaupun negara itu hanya satu peratus daripada keluasan benua Afrika.

"Saya yakin masih banyak peluang ekonomi belum diteroka. Kedua-dua pihak juga perlu mewujudkan suasana ekonomi mesra pasaran dan peniaga untuk mengga-lakkan FDI dan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk membuat komitmen jangka panjang dalam perniagaan yang diceburi.

"Langkah ini dapat membantu membina kemakmuran ekonomi yang mapan Malaysia-Afrika dengan memperkukuhkan perkongsian perniagaan dan mengembangkan ekonomi kedua-dua pihak," katanya dalam ucapan perasmian Forum Perniagaan Malaysia-Afrika (MABF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini semalam.

MABF dengan tema 'Meneroka Dimensi Baru', menjadi antara agenda utama Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 edisi kesembilan selama tiga hari bermula hari ini, disertai 800 anggota delegasi termasuk 180 orang dari serata benua Afrika.
Muhyiddin menegaskan, jarak antara Malaysia dan Afrika bukan halangan dalam dunia telekomunikasi canggih sekarang dan mengesyorkan syarikat daripada kedua-dua pihak merapatkan jurang dalam mewujudkan peluang pasaran baru yang lebih menguntungkan.

Katanya, delegasi Afrika yang berada di sini sewajarnya mengenal pasti peluang di negara masing-masing dan memadankannya kepada rakan niaga di Malaysia dengan bantuan agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Muhyiddin juga mengesyorkan mereka meninjau potensi Program Transformasi Ekonomi (ETP) Malaysia yang menawarkan peluang yang hebat untuk sektor swasta termasuk pelabur asing, umpamanya 131 Projek Permulaan (EPP) bernilai AS$145 bilion (RM435 bilion) dan 60 peluang perniagaan bernilai AS$117 bilion (RM351 bilion).

Antara lain, beliau merujuk kepada sektor elektrik dan elektronik, pendidikan, pelancongan, penjagaan kesihatan serta pendidikan sebagai industri yang mempunyai potensi lebih luas untuk menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi bersama.

Katanya, pelabur asing dipelawa menjadi sebahagian agenda pembangunan ekonomi Malaysia yang menarik dan meneroka peluang perniagaan baik secara persendirian atau menerusi perkongsian dengan usahawan tempatan.

Muhyiddin juga memberi jaminan Kerajaan Malaysia akan bertindak selaku fasilitator dan meminta usahawan Afrika yakin dalam memainkan peranan mereka sebagai pelaksana.

Katanya, MABF boleh dijadikan batu loncatan untuk menjana idea perniagaan serta membina perkongsian perniagaan baru.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan