Khamis, 16 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Nafi utama ETP, abai MBE

Posted: 16 Jun 2011 03:21 PM PDT

Nasional

pix_gal0
Kerajaan sangkal tuduhan pembangkang, wujud 6 makmal SRI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan hanya aktif untuk menggerakkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berasaskan pelaburan, tetapi tidak begitu aktif untuk melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE).

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, laporan MBE bahagian akhir iaitu langkah dasar strategik memberi maklumat lebih luas dan terperinci mengenai langkah dasar di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI). Beliau berkata, bagi membincangkan pelan tindakan SRI serta tindakan terperinci untuk mencapai matlamat MBE, Majlis Perundingan Ekonomi Negara (NEAC) dengan kerjasama PEMANDU mengadakan makmal SRI selama enam minggu bermula 21 Februari lalu.

"Daripada 51 langkah dasar dalam MBE, sebanyak 37 (langkah) dibincangkan dalam enam makmal SRI. Makmal ini kemudian dibahagikan kepada beberapa makmal yang kecil untuk menterjemah langkah dasar serta inisiatif yang dirancang dalam MBE kepada langkah pelaksanaan terperinci dan realisitik," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sidang Parlimen, semalam.

Nurul Izzah dalam soalannya meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai dakwaan laporan Bank Dunia berjudul Malaysia Economic Monitor: Brain Drain bahawa kerajaan aktif untuk menggerakkan ETP berasaskan pelaburan, tetapi tidak begitu giat melaksanakan MBE yang bertujuan menyelesaikan kebuntuan struktur ekonomi.

Selain penubuhan enam makmal SRI, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bank Dunia sedang menjalankan kajian mengenai kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan dalam sektor awam.
"Ia bertujuan meningkatkan kawalan fiskal ke atas perbelanjaan sektor awam supaya (perbelanjaan) yang dibuat benar berfaedah dan memberi nilai wang sebenar serta mengurangkan ketirisan, selain memberi manfaat kepada rakyat," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gerakan perangi denggi perlu diperhebat

Posted: 16 Jun 2011 03:19 PM PDT

Nasional

 MUHYIDDIN melancarkan logo dan garis panduan komuniti COMBI pada perasmian sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula COMBI peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. Turut menyaksikan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman (kiri).

MUHYIDDIN melancarkan logo dan garis panduan komuniti COMBI pada perasmian sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula COMBI peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. Turut menyaksikan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman (kiri).

KUALA LUMPUR: Gerakan memerangi denggi dan nyamuk Aedes perlu diperhebatkan di seluruh negara dengan membabitkan anggota masyarakat dan pimpinan pada peringkat akar umbi bagi mencapai sasaran sifar kes kematian berbanding 14 kematian pada masa ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun bilangan kes dilaporkan menurun sejak suku keempat tahun lalu, usaha berterusan dengan kerjasama semua pihak perlu dilakukan kerana peningkatan kes dan kematian denggi boleh berlaku pada bila-bila masa, terutama apabila persekitaran tidak bersih.

Mengikut perangkaan terkini, dari Januari hingga 12 Jun lalu, 9,224 kes demam denggi dengan 14 kematian dilaporkan di seluruh negara berbanding 21,309 kes dengan 69 kematian bagi tempoh sama pada 2010. "Walaupun jumlah kes pada tahun ini 57 peratus lebih rendah berbanding tempoh sama 2010, kita tidak boleh selesa dan alpa, lalu lupa untuk melakukan aktiviti pencegahan denggi.

"Ia seharusnya dilakukan secara berterusan dan dijadikan sebagai amalan hidup kita. Saya dimaklumkan daripada pemantauan dilakukan Kementerian Kesihatan didapati di kawasan wabak, hanya 18 peratus aktiviti gotong-royong dijalankan daripada jumlah sepatutnya.

"Oleh itu, diharap pemimpin masyarakat, pengerusi COMBI (Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku) dan penduduk setempat membabitkan diri secara aktif serta mempertingkatkan lagi aktiviti gotong royong demi memastikan kebersihan dan kesihatan masyarakat setempat," katanya pada perasmian sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula COMBI peringkat kebangsaan di sini, semalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan