Berita Harian: Mutakhir |
Tiga rakan cedera dipanah petir Posted: 23 Jun 2011 02:59 AM PDT Mutakhir BESUT: Tiga lelaki cedera dan pengsan selepas disambar petir ketika sedang berteduh daripada hujan bersama sembilan yang lain di sebuah wakaf di Kampung Durian Telur, Pasir Akar, Hulu Besut, semalam.Ketika kejadian 5.30 petang itu, semua mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun berteduh di pondok berkenaan sementara menunggu hujan reda. Mohd Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail, 15, dan Mohd Zailani Keria, 23, yang semuanya berasal dari Kampung Durian Telur di sini, dikejarkan ke Hospital Daerah Besut oleh penduduk kampung pada 6.15 petang. Keadaan ketiga-tiga mereka yang masih dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.Rakan mangsa, Saiful Bahari Ramli, 15, yang turut berteduh di wakaf itu ketika kejadian, berkata petir secara tiba-tiba memanah ke arah sebatang pokok berhampiran wakaf tersebut menyebabkan mereka bertiga rebah dan tidak sedarkan diri. "Selepas melihat keadaan ketiga-tiga mereka terjatuh, semua yang lain melarikan diri kerana panik. Sebaik hujan reda penduduk yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian datang menyelamatkan mangsa dengan menghantar mereka ke hospital," katanya ketika ditemui di hospital itu. Katanya, ketika kejadian, ada di antara mereka menggunakan telefon bimbit untuk berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Daftar semasa pemutihan elak tindakan: KDN Posted: 23 Jun 2011 01:30 AM PDT Mutakhir PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa pendatang asing tanpa izin (PATI) dan majikan yang menggaji mereka supaya tampil dan mendaftar di bawah poses pemutihan dan pengampunan melalui Program 6P yang akan bermula 11 Julai depan.Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam, berkata tiada tindakan atau hukuman yang akan diambil serta tiada bayaran dikenakan bagi mereka yang mendaftar dalam tempoh pendaftaran yang ditetapkan selama dua minggu itu. Beliau berkata, pihaknya tidak menolak proses pemutihan PATI itu adalah yang terakhir yang akan dilakukan di negara ini dan majikan perlu mendaftarkan pekerja asing tanpa izin mereka secara sah sebelum penguatkuasaan dilaksanakan. "Selepas tempoh pengampunan, penguatkuasaan akan dilakukan. Sebab itu, kita minta mereka tampil untuk mendaftar kerana selepas tutup tempoh pengampunan, penguatkuasaan akan dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat Program 6P kepada media di sini hari ini.Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pelaksanaan proses pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk PATI buat pertama kalinya di negara ini. Muhyiddin berkata, langkah itu akan menyelesaikan beberapa isu seperti masalah sosial, jenayah dan hal ehwal ekonomi membabitkan golongan itu serta rakyat tempatan. Mahmood berkata, tujuan pendaftaran itu adalah bagi mempertimbangkan untuk proses pemutihan iaitu menukar status mereka menjadi pekerja sah dan memberi pengampunan dengan membenarkan mereka pulang ke negara asal tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Katanya, selain pendaftaran PATI yang boleh dilakukan di Jabatan Imigresen, sejumlah syarikat pengurus akan dilantik untuk membantu urusan pendaftaran sepanjang tempoh pelaksanaan program itu. Katanya, pemilihan syarikat dan persatuan yang akan bertindak sebagai syarikat pengurus akan diputuskan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai 17 wakil daripada pelbagai agensi yang akan diketahui dalam masa terdekat. Beliau berkata, terdapat hampir dua juta pekerja asing yang sah di negara ini dan lima proses pemutihan sudah dilaksanakan sebelum ini. Katanya, program 6P dianggap sebagai penyelesaian menyeluruh untuk mengatasi masalah PATI di negara ini yang membabitkan penggunaan sistem biometrik dan kerjasama padu daripada pelbagai pihak. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan