Berita Harian: Mutakhir |
| TPM pengerusi mesyuarat pembangunan modal insan Posted: 17 Jun 2011 02:38 AM PDT Mutakhir PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mempengerusikan mesyuarat kali kedua Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan di sini.Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beberapa timbalan menteri. Beberapa kertas kerja dibentangkan dalam mesyuarat itu, antaranya Inisiatif Perubahan Strategik bagi Pembangunan Modal Insan, Mewujudkan Peluang Pekerjaan, Tranformasi Pendidikan Vokasional, Mengarusperdana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Pelan Pembangunan Modal Insan Perkhidmatan Awam. Mesyuarat jawatankuasa Kabinet itu dibentuk khas untuk meneliti aspek yang paling penting dalam proses pembangunan modal ihsan bagi memasuki era baru ekonomi negara. - BERNAMAFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| 15 kes penipuan guna nama Kastam KLIA dilaporkan Posted: 17 Jun 2011 02:34 AM PDT Mutakhir SEPANG: Sebanyak 15 kes membabitkan penipuan berjumlah ribuan ringgit menggunakan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan dalam tempoh enam bulan tahun ini.Pengarahnya, Datuk M Govinden, berkata jumlah penipuan tertinggi setakat ini berlaku bulan lalu apabila seorang wanita memasukkan RM100,000 ke akaun bank seorang individu yang mendakwa dirinya pegawai kastam. "Wanita itu dikatakan dihubungi oleh individu berkenaan untuk memberitahu bahawa rakannya yang sama belajar dengannya kini ditahan dan dia dikehendaki memasukkan wang terlebih dahulu sebelum rakannya boleh dibebaskan. "Apabila gagal menghubungi rakannya itu beberapa kali, wanita tersebut terus memasukkan wang yang diminta dan kemudian baru menghubungi pihak kastam yang langsung tidak mengetahui perkara itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Govinden berkata, kelmarin Kastam KLIA merampas empat bungkusan dipercayai dadah jenis ketamin seberat 2.8 kg bernilai RM56,000 yang dibawa masuk seorang lelaki warga asing. "Dadah itu disembunyi di bahagian pinggang dan kaki suspek yang baru tiba dari Chennai, India," katanya. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan