Berita Harian: Mutakhir |
| KDN siasat laporan wanita Singapura diarah bogel Posted: 15 Jun 2011 02:47 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan dakwaan dua wanita warga Singapura diarah melucutkan pakaian ketika ditahan pegawai Jabatan Imigresen di Johor, awal minggu ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu inkuiri akan diadakan bagi memastikan ketelusan terhadap siasatan dijalankan yang akan turut membabitkan pihak ketiga selain Jabatan Imigresen. "Apapun jua, kami perlu menyiasat sehingga ke punca masalah itu. Adalah salah untuk mengatakan Jabatan Imigresen menjadi barisan hadapan, kerana ia tidak. Saya bercakap mengenai isu ini di Dewan Rakyat hari ini. Ia membabitkan pusat tahanan. "Saya kata ia bukan hanya inkuiri dalaman, apa jua inkuiri yang dilakukan saya mahu pihak ketiga terbabit, pihak penjara dan pihak polis, selepas itu kita akan mencari punca insiden itu," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.The Straits Times Singapore hari ini melaporkan dua wanita berkenaan yang memandu menyeberangi Tambak Johor pada 9 Jun lalu dari republik itu mendakwa ditahan pegawai Imigresen Malaysia dan dipaksa menanggalkan pakaian sebelum kedua-duanya diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali. Hishammuddin berkata, amalan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel bukan amalan biasa yang dilaksanakan oleh pegawai Imigresen terhadap mereka yang disyaki pendatang tanpa izin dan ia juga bukan prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu. "Banyak tindakan Imigresen bersandarkan SOP, kalau SOP itu tidak memenuhi keperluan sekarang ia boleh diubah, tapi kalau ia diubah perlulah bersandarkan pada siasatan yang bukan hanya pihak dalaman Imigresen tapi pihak ketiga juga," katanya.
"Kita tahu lebih daripada 260 laporan polis dibuat. Saya tahu pihak berkuasa telah memantau keadaan tetapi secara peribadi kalau saya tambah sangat (campur tangan) perkara ini nanti orang cakap ada campur tangan politik kerana saya tengok ada usaha yang cuba mengaitkan apa yang berlaku ini dengan politik," katanya. - BERNAMA Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| Sultan Johor pengerusi mesyuarat Majlis Raja-Raja Posted: 15 Jun 2011 02:36 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, hari ini mempengerusikan Mesyuarat ke-224 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang gering. Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel, dan Kedah oleh Tunku Bendahara Datuk Seri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Kecuali Kelantan, Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka oleh Ketua Menteri masing-masing.Sultan Kelantan diiringi wakil Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan