Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 22 Jun 2011 03:09 PM PDT MukaDepan KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 1 Mei lalu, dikatakan bercanggah dengan prosedur peminjaman kakitangan awam yang ditetapkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008, Bahagian II Perkara 4(a) untuk sektor awam. Ini kerana pekeliling itu menetapkan peminjaman pegawai memerlukan persetujuan tiga pihak, iaitu pihak peminjam (CIDB), pembekal (JKR) dan pegawai yang terbabit terlebih dulu sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kemudian mengemukakan cadangan serta mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Berikutan itu, Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja (MBJ-JKR) menuntut supaya CUEPACS yang mewakili kesatuan berkenaan berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ia diselesaikan berasaskan prosedur dan pekeliling itu bagi memelihara maruah serta kredibiliti pegawai sektor awam. Dalam suratnya kepada CUEPACS dan salinannya diperoleh Berita Harian semalam, gabungan lima kesatuan sekerja dalam JKR itu juga berharap Najib dan SPA dapat menamatkan konflik pelantikan Ketua Pengarah JKR yang sudah berlarutan hampir dua bulan.Mesyuarat bersama MBJ-JKR di Langkawi semalam turut mengambil ketetapan supaya CUEPACS yang memayungi 1.2 juta kakitangan sektor awam, menjadi orang tengah menamatkan konflik berkenaan. "Baru-baru ini berlaku pertukaran Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Judin Abdul Karim ke CIDB tanpa persetujuan beliau. Perkara ini menjadi gawat apabila pengganti beliau sudah pun dilantik ketika jawatan berkenaan belum dikosongkan," menurut surat itu. Semalam akhbar ini melaporkan, Ketua Pengarah JKR yang baru, Datuk Mohd Noor Yaacob, berkata isu dua nakhoda satu kapal tidak timbul dalam JKR kerana beliau sudah menjalankan tugas secara rasmi sejak dilantik pada 1 Mei lalu walaupun Judin enggan mengosongkan biliknya. Pada 28 April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Mohd Noor sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya mulai 1 Mei 2011 menggantikan Judin yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB pada tarikh yang sama. Wartawan Berita Harian yang cuba mendapatkan ulasan Mohd Sidek mengenai perkara itu selepas satu majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kampus Kuala Lumpur, semalam bagaimanapun tidak dapat menemui beliau. MBJ-JKR juga berharap CUEPACS mengambil tindakan susulan memperbetulkan keadaan, sekali gus memastikan proses pertukaran dan peminjaman pegawai dilaksanakan dengan betul serta telus mengikut prinsip dan lunas yang digariskan Pekeliling Perkhidmatan. "Kami juga amat berharap SPA yang sepatutnya sebuah badan bebas bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam, berperanan secara bijaksana dan sewajarnya bagi menangani masalah itu. "Senario yang sedang berlaku dalam JKR mudah-mudahan tidak merebak ke kementerian, jabatan atau agensi lain. Kemurnian tindakan yang diambil secara berhati-hati dan berhemah dengan menghormati hak penjawat awam perlu, seiring dengan konsep 1Malaysia," menurut surat itu Surat ditandatangani Naib Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Semenanjung Malaysia (MTSU), Sumardi Ali; Setiausaha Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Wilayah Persekutuan, Hashim Mahmud; Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR, Zulkifli Ahmad; Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja JKR dan Air (NUPWDE), Sayuti Dollah dan Katoman Sukiman mewakili Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPAP). Sementara itu, Timbalan Presiden CUEPACS, Azih Muda, menuntut perkara ini diselesaikan segera bagi mengelak imej negatif sektor awam, selain menjejaskan perjalanan urus tadbir JKR. "CUEPACS merasakan konflik ini tidak seharusnya wujud kerana kebiasaannya urusan berhubung pelantikan atau pertukaran yang membabitkan pegawai perkhidmatan awam dilaksanakan secara tertib oleh JPA. Sebagai kesatuan mewakili kakitangan kerajaan, kami memandang serius kemelut dalam JKR dan amat berharap ia diselesaikan segera," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmeizueda mudah-mudahan konflik ini dapat diselesaikan dengan kadar segera supaya pentadbiran jabatan akan kembali tersusun.Kepada warga kerja JKR marilah berdoa supaya kemelut ini dapat diatasi... DINO Seharus pertingkaian pihak atasan harus diselesaikan secara hikmah dan ikut peraturan yang ada tanpa melibatkan Perdana Menteri. Pihak berkenaan harus ambil perhatian serius. Intan Mamai Jangan jadikan pegawai awam mangsa konspirasi. tindakan ini sangat menyedihkan. Berbincanglah dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil. Jagalah maruah. Jasa selama ini perlu diambil kira. jangan ikut perasaan ayah mat CUEPACS harus memainkan peranan yang tegas dalam hal ini untuk menjaga kredibiliti pegawai sektor awam dimata rakyat Roti Planta Inilah dilema pegawai kerajaan. Ahli politik sering mengganggu urusan pentadbiran kerajaan demi keuntungan peribadi mereka. Bila tidak memuaskan hati mereka maka kakitangan kerajaan menjadi mangsa. Kakitangan yang berintegriti sering menjadi mangsa mainan politik mereka. Jika diikutkan pula maka akan mendapat kecaman rakyat kononnya agensi kerajaan tidak cekap menguruskan wang rakyat atau memberi kontrak kepada syarikat yang diragui. JKR adalah 'lubuk' bagi projek kerajaan. Jadi mesti diketuai oleh pegawai yang berintegriti tinggi. khunshikang ini mainan politik ke ape ni?.JPA sepatutnya bebas dari pengaruh politik (tidak tunduk kepada tekanan politik jika ada) dan tahu apa yang betul dan apa yang salah.Pekeliling Perkhidmatan kan dah ada..ikut je lah dgn prosedur yang sepatutnya demi untuk kebaikan sektor awam dan negara.Buat apa timbulkan masaalah yang tidak sepatutnya berlaku.Kesian sektor awam... Yangretibase 'Perkara' yang semudah itu pun menjadi rumit sangat ni kenapa hah? Apa perlunya CUEPACS campur tangan? Alangkah lemahnya pengurusan kita. zzr fitrahnya empunya diri akan menentang sesuatu keputusan jika ada unsur-unsur ketidakadilan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan